Posts

Showing posts from October, 2009

Kedaulatan

Image
Empayar Cina dibawah Maharaja nya telah membina Tembuk Besar Cina bagi menjelaskan sempadan haknya dan mengawal wilayahnya dan sebagai lambang kekuasaan kerajaan itu tembuk yang panjang dengan merintasi bukit dan lembah,apabila kita berdiri diatas tembuknya dengan dihembus angin sejuk di bulan January itu dapat jelas melihat ke sebelah dalam wilayahnya tersergam sungguh luas kekuasaannya dan bila kita toleh sebelah luar sempadanya , bertapa bergunung ganang nya kesukaran pesaingnya ,sehingga ternampak dimata hati bahawa begitu segnifiken dengan kekuasaan, kekuatan dan kesungguhan kreativiti politik pemerintahnya. Begitulah sikap seorang pemimpin politik meluas dan mempertahankan wilayahnya ,kalau sikap itu tidak ada jadilah kita seperti mana Pemimpin Malaysia yang sanggup melihat wilayahnya satu persatu diserah dengan rela kepada orang tanpa sebab atau alasan, begitulah sekiranya kita berada di hutan bakau Tanjung Kukup,tanah di hujung benua Asia dengan di buai angin bayu laut dan pema

perlawanan bola sepak

Image

Sumbangan Anak Yatim

Image
Anak anak Yatim ini nampak lebih bermakna kalau kita bentuk dan arah mereka,mereka sedia menurut dan bekerjasama dalam apa saja yang memberi peluang dan jaminan hidup mereka,kekadang mereka tak banyak karenah pun bila kita ajak buat apa apa acara atau kegiatan. Orang dewasa dan tua bangka pula kekadang susah nak di bentuk,diajak buat kebajikan,tambah ada kedudukan lebih sikit. Apalah salah kami ahli ahli PAS, diberi pemimpin tak reti buat kerja,tak reti fikir strategik,mesyuarat bab tak kena mengena dengan pembangunan parti boleh makan masa jam bukan minit, Kekadang pimpinan jadi mat Dispetch nak hantar sendiri walau pun surat jemputan maupun pekeliling, supaya dapat nama,, tak ke bangang punya kerja, Ada juga dah dapat tampuk Parti tak menolong dah,minta buat surat untuk recomend Parti pun tak bagi. Macam kertas A4 putih hanyut dalam sungai brisbane, semua orang nampak dia, tapi dia hanyut sorang sorang dia tak tau nak arah.

Pasar Malam Antarabangsa

Image
PAS Cawangan Mahkamah Bayan Lepas sekarang,akan mengorak langkah ke arah menjadikan ianya pusat tumpuan ramai dengan berusaha mengujudkan Pasar Malam Antarabangsa, memandangkan kedudukan yang strtegik dengan Airport Antarabangsa Bayab Lepas. berdekatan pula dengan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua yang dalam pembinaan. PAS Cawangan ini melalui JKKK dengan kerjasama Kerajaan Negeri,JPS dan pakar pakar dari USM akan bertindak secepat mungkin menjadikan ianya satu realiti. Dengan berjalannya Pasar Malam Antarabangsa ini di harap ianya dapat memberi peluang sebagai pusat da'wah dan anak tempatan dapat menjalankan usaha niaga bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka dan ummah seluruhnya. Saya sekali lagi amat bersyukur dengan adanya kerjasama dan kesungguhan pasukan PAS Cawangan dan JKKK yang diamanahkan Allah ,mereka amat progresif dalam membangunkan bumi dan masyarakat berbekalkan Iman dan Islam yang di pasakkan kedalam diri mereka sebagai pejuang pejuang,

Perpaduan menghancur Pengkianat

Image
Saya bersyukur kehadrat Allah kerana diberi satu pasukan yang kuat untuk membangunkan Islam di Bayan Lepas,JKKK yang di pengerusikan Oleh Hj A. Rahim sangat komited dalam membasmi kronisme dalam agihan bantuan,pembangunan kampung dan membasmi kemiskinan. Kerjasama PAS Cawangan ini dengan semua agensi dan JKKK sendiri amat membanggakan. Majlis sambutan Hari Raya dan Depavali yang di adakan pada 18hb October 2009 mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak, Unit Amal dicawangan ini sentiasa bersedia membantu apa saja program dan permasalahan masyarakat setempat. InsyaAllah dengan perpaduan ini saya yakin tiada sebarang ancaman luar atau dalam yang mampu menggugat kami di Bayan Lepas.

Makan Bertih Padi lebih kreatif

Image
Saya sampai di wilayah TAK utara Thailand,melihat perdagangan lembu yang hebat diAsia Tengara ini,mula nya saya jumpa orang jual bertih padi dan ramai peminat makanan ini. Saya amati puak makan bertih i ni lebih kreatif dalam pekerjaan mereka,lebih minima kos mereka,lori dibuat sendiri dengan menggunakan mesin bajak (dulu namanya kobota)sebagi kuasa pengerak lori 6 tayar mereka, dengan drive shaft,kerangka tayar kereta potong mereka berjaya menjimatkan kos operasi dengan hanya belanja tak sampai RM8000.00 untuk sebuah,JPJ tak kacau,Polis tolong jaga jalan,Kastam tak hambat cukai, sehingga penduduk Thai berjaya mengeluarkan 20 ke 30 ribu ekor lembu satu daerah kecil,mungkin ini kata Ibnu Kaldun Cukai Yang Rendah dan Kurang Meningkatkan Produktiviti dan Inovasi. Apabila kita menung kelembapan kejayaan program pertanian dan ternakan di negara kita,kita jangan pening kenapa pertanian dan penternakan dengan kaedah tradisi banyak gagal dari berjaya,kenapa? Apa kerajaan kita tak buat bagi, su

Lelongan Lembu

Image
Selama 4 hari saya dan rombongan berada di utara Thailand dan Myanmar dalam rangka melawat perdagangan lembu yang berjalan dengan berbagai kaedah. Ianya amat mengkagumkan, berbaloi dan berjaya dimana lawatan dan perjalanan beribu kilometer ini berjaya membongkar rahsia para jutawan jutawan 'cowboy' peraih lembu ini,dengan topi,seluar 'jeans',baju kemeja dan gaya, mereka berlumba lumba tawar menawar dengan penternak, dipusat pengumpulan dan lelongan yang menghimpunkan ribuan ekor lembu berbagai baka. Kebayakan mereka bukan Islam tetapi berniaga membekalkan lembu untuk orang Islam makan dan beribadat korban dan akiqah, hanya seorang dua sahaja dikalangan muslim Thai keturunan Pakistan dilihat bersama para 'cowboy' memborong lembu. Semua yang berminat boleh menjalankannya dengan mudah,perdagangan lembu ini menjanjikan laba yang melebihi 20% dan amat minima risikonya.

Cawangan di sekolah kan

Image
Alhamdullilah setelah 5 bulan saya bersama rakan jamaah di Bayan Lepas dah mula nampak perkembangan baik pada pergerakan Parti di sini. Mulanya saya tumpu organisasi, kemudianya kegiatan membina kerjaya ahli selepas itu riadah/sukan. 1. Organisasi nya telah berjaya membentuk unit/lajnah dan telah berperanan kepada masyarakat setempat dengan bantuan fakir,anak yatim,dan hubungan luar. 2 Membina kerjaya, cawangan telah menghantar Ustaz Umai sebagai tenaga pengajar di Madrasah-madrasah, beliau seorang hafiz yang berkeluarga besar tetapi ditinggalkan ibu ayah berdikari sekeluarga, Doyen telah berjaya membuka kedai nasi lemak malam di Jalan Mahkamah, setelah saya bawa dia melihat gerai gerai nasi lemak KL(Nasi Lemak Antara Bangsa,Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman,Nasi lemak Chow kit ,) Hamizan sudah mula jadi plumber, zol dan zaki bersaudara telah tamat latihan di PSDC sebagai Plumber dan sedang praktikal di PBASB,selepas ini sebagai pegawai teknikal atau kontraktor insyaAllah, Mudah mudahan

Bolasepak Pas vs Dap

Image
Bolasepak Pas Bayan Lepas 0 vs Dap 7,tarikh 4 October 5.30 pm di Padang Mutiara.

Cek tak Puasa

Image
Apabila kita bincang kemajuan.pastinya orang akan bekiblat ke barat, ke jepun, kenapa kerana mereka lebih berjaya dan mendapat sokongan, dari segi perniagaan, mereka lebih mendapat sambutan walau dalam apa juga bidang. Dalam satu perbincangan dengan kawan saya semasa nak ke Putrajaya, integriti jadi tajuknya.Dimulakan cerita sikap orang Malaysia berhubung dengan cara guna cek dan pemahaman tentang cek sebagai mata wang. Dia cerita kawan dia Mat Pakistan jutawan dari USA, bepindah ke Malaysia dan berniaga, umur dah 40an, ceritanya dia teramat malu sebab seumur hidup sekali ini cek dia kena tendang sebab dia silap tulis dan kesilapan dia tak mengubah maksud cek itu,dia ke Bank memarahi pengurusan Bank tersebut, ini duit aku,cek aku aku punya suka la nak tulis apa, kerja kamu pastikan maksud cek itu kerana aku dah sahkan dengan tandatangan,dan kalau tak faham call tanya pengesahan! , ini pemahaman orang luar tentang cek. Orang Malaysia pula anggap cek itu Bank punya bapak punya, dia suka

Business trip

Image
Hari ini saya ajak kawan kawan meneroka satu peluang baru yang mungkin jadi kerjaya baru atau pendapatan sambilan. Di Chiang Mai ,Thailand adalah antara pasar jualan lembu hidup terbesar di Asia, mereka berdagang dengan kaedah timbang/berat, kira kepala,borong sekumpulan, dan lelongan terbuka, Saya merujuk kepada satu cawangan PAS di Kepala Batas, iaitu Cawangan Rantau Panjang, Hari raya yang baru ini mereka bergotong royong sembelih dan jual daging lembu,mereka berjaya menjual 5 ekor lembu. Dalam masa 24 jam cawangan ini berjaya menambah tabung mencecah 4 angka RM. Satu lagi rujukan ialah di Malau Kedah, seorang India telah sampai ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya berdagang lembu,dimana negara pengeluar lembu dia akan sampai dan memborong lembu untok di perdagangkan di sini, beliau menjadi usahawan lembu hidup yang kaya raya di utara Malaysia sekarang ini. Bayangkan!! untok Korban Raya Haji ini setiap Daerah di Malaysia memerlukan lebih 30 ekor lembu untok di korbankan,siapa baka