Posts

Showing posts from November, 2009

ukuf Arafah

Image
Setelah melalui semangat Arafah yang meruntun semua ego,merata kekayaan darjat dan pangkat,kita berukuf/tawakhuf atau berhenti seketika dalam melayari kehidupan dunia ini, apa pun keupayaan,kegagahan yang kita ada kita diminta berhenti sejenak ketika hingga tergelincir fajar 9 Zulhijah sebagai simbolik kepada manusia semua bahawa setiap perjuangan, setiap perjalanan perlu kepada tawakuf sejenak menghisab atau bermuhasabah diri bagi meneruskan perjuangan dan perjalanan yang jauh. Kemudianya kita diminta korban sebagai satu tindakan selepas bermuhasabah,berfikir dan merancang,korbankan nafsu yang tak berperancangan,keinginan yang melampau, ini adalah tindakan lumrah kepada semua kejayaan yang dijayakan oleh mana mana manusia atau organisasi/jamaah sehingga berjaya.Berjuang tanpa berhenti umpama kisah Zulkarnain yang meneruskan membesarkaan jajahannya tanpa berhenti, atau kita baca sejarah Hitler yang ditipu diri sendiri untuk membesarkan jajahannya sehingga meletihkan balatentera,atau 19

Ed-Adha

Image
Selamat Hari Raya Aid-Adha Moga korban kita dalam mengekalkan kita sebagai muslim terbaik disisi Allah

Subangan Raya Korban

Image
Telok Bahang menjadi antara cawangan cawangan PAS yang sering jemput saya untuk bekerjasama memikirkan pembagunan masyarakat, dari segi sosioekonomi, budaya, keselamatan, belia, dimana mereka nak selarikan dengan tuntutan agama yang diperjuangkan oleh PAS. Semalam 25hb November 2009 mereka memberi peluang bersama Dato Speaker dan YDP PAS Kawasan Ust Fauzi, menyampaikan sumbangan bagi mereka yang kurang berkemampuan bagi meringan dan memeriahkan sambutanyambut aidiladha atau Raya Korban ,majlis dijalankan di surau Telok Bahang. Seperti biasa,apabila dijemput saya berucap, saya menekankan tentang perlunya kita keluar dari kehidupan yang daif itu dengan berusaha mengubah minda,cara berfik dan tindakan kita dulu. Dengan tips yang sedikit saya minta supaya mereka yang menerima sumbangan atau bantuan mesti seberapa boleh atau seberapa mampu menyumbang apa yang mereka dapat itu kepada orang lain pula,dengan sedikit sumbangan itu, pasti pemikiran kita dan tindakan kita akan bermula dengan mem

Ayam Piru Bayar Tanah

Image
Penternakan Ayam Belanda(Ayam Piru) sedang mendapat sambutan hangat atas permintaan yang terus meningkat. Hari ini saya berkesempatan melawat seorang pengusaha ternakan unggas ini terdiri dari jenis Ayam Piru,Angsa,Ayam Selasih yang bulunya sahaja putih lainya semua hitam sehingga kedagingnya.Berpagarkan parit kecil dikelilingi bendang padi yang luas di Kampong Jarak beliau mampu membeli tanah tanpa pinjaman bagi membesarkan usahanya ini,

Program Ekonomi

Image
1 1. Melawat perniagaan sahabat yang telah berjaya dalam perkhidmatan pembersihan dan pengankutan sampah antara yang terbesar. 2. Ziarah dan berbincang membantu membesarkan perniagaan PAU BONDA diusahakan Su PAS Cawangan di Teluk Kumbar , 3. Membawa Pas Kawasan Kepala Batas(wakil KOMTIP) berunding membeli lembu korban dan merangka penambahan tabung Parti. 4. Bersama PAS Cawangan di majlis jamuan kesyukuran semperna pembukaan Pusat Urut oleh ahli PAS Cawangan di Jalan Mahkamah Bayan Lepas. 5. Program ekonomi perdagangan dan penternakan lembu oleh seorang sahabat yang mula nampak berjaya di Bandar Bahru,Kedah 6. Meninjau Tapak tanah lot yang bakal di lancarkan di Tasek Gelugor dengan keluasan projek 6 ekar. 7. Membawa Setiausaha PAS Cawangan Bayan Lepas melawat dan berbincang dengan kilang tenun kain di Butterworth, berunding membekal peralatan dan alat ganti mesin. 3. 4 5 6 7

Anak Yatim Permatang Pauh

Image
Bertempat di Bandar Perda, wakil Permatang Pauh melayan anak anak yatim memilih barangan dan pakaian di gerai jualan,YB baru permatang Pasir tak dapat bersama kerana sibuk dengan YAB Ketua Menteri. Majlis majlis bantuan anak anak yatim anjuran Komiti Anak Anak Yatim yang di pimpin Pengarah Ustaz Izham Hashim nampak berterusan dengan iltizam anggota jawatankuasa badan ini. Saya amat bersyukur selaku Penaung dan Penasihat Komiti ini kerana di anugerahkan Allah pasukan yang bertugas ini,bukan kerana wang,pangkat, keuntungan atau kepentingan peribadi,mereka meredah malam dan hujan untuk berjuang dan berbakti.

Bayan lepas vs bayan baru

Image
Perlawanan antara Bayan Lepas vs Bayan Baru pada 15hb November 2009 pukul 5.30 petang di padang DCA (Lapangan Terbang Bayan Lepas).Walaupun dalam hujan mereka bermain juga.Permainan yang rancak dalam hujan lebat itu berkesudahan Bayan Lepas 8, Bayan Baru 1. Kemenangan bagi pasukan Bayan Lepas ini menjadikan rekod kerana sejak di tubuhkan ini kali pertama mencapai kemenangan.

Merai anak anak yatim sik

Image
18 November 2009 ,Bersama dengan kumpulan nasyid meraikan 15 orang anak anak yatim di Beris Jaya,Sik,di Expo Belia Niaga Kedah dengan kerjasama Expo Riang Ria sebagai pengelola. Sebelum dari itu pada jam 8.30 malam mereka di jamu makan di gerai gerai peserta Expo yang menangung sepenuhnya perbelanjaan makan. Yb Yahaya Abdullah(Cg Ya) sudi meluangkan masa menyampaikan sumbangan berupa wang dan barangan kepada anak yatim pada malam tersebut.

anak yatim Pendang

Image
Bersama YB Dr Hayati menyampaikan sumbangan kepada anak anak Yatim di Parlimen Pendang.

Anak Yatim Balik Pulau

Image

Siapa yang Kena?

Psychological Warfare Operations,telah di amalkan sejak sebelum masihi lagi bertujuan melemahkan musuh menggunakan senjata propaganda yang berkesan keatas kejituan dan perpaduan pihak lawan, Bisanya yang terkena dengan psywar ini akan terpaksa besikap defensif(bertahan/menepis)yang berjaya menjalankan psywar pula akan bersifat ofensif/menyerang/mengasak. Psywar juga mampu merosakan/torture lawan menyebabkan ledakan berlaku dari dalam kumpulan/ketumbukan. Psychological Operations pula ialah propaganda yang digunakan untuk mengukuh/meyakin/membakar semangat dalaman sebagai senjata pertahanan mental dan bersedia berhadapan dengan lawan walau dalam apa keadaan,ini kerana pasukan/kumpulan/kepimpinan berjaya menyembunyikan kelemahan dan kekurangan diri sebaliknya memperlihat akan kelemahan musuh yang di propagandakan. Semua strategi atau tindakkan ini di rancang dan dilaksanakan dengan satu misi, melemahkan musuh, ianya bukan terjadi dengan sendirinya . Sesiapa saja boleh melaksakan rancan

Jadual Ahad 15 Nov

Jadual Ahad 15 Nov 09 3.00 pm penyampaian beras di Telok Kumbar (Mat Sarjan 0124828097) 5,30 pm Bolasepak Bayan Lepas vs Bayan Baru (M Shah 0174131260) 8.30 pm Sumbangan anak yatim di Expo Riang Ria Masjid Daerah Balik Pulau (Ustaz Izham 0195745414)

Bai'ah Dr.

Image
Baiah, satu istilah menjadi tajuk mashyur sekarang,ilmu perjanjian dan ikrar diperbahaskan oleh si cerdik dan si tolol, oleh fakhih dan bloody fool. Secara mudahnya bai'ah boleh difahami dengan rujukan dalil semudah berikut; Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10) Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud: “Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Maka boleh difahami bahawa bai'

Jadual Menunggu

Image
Pasukan Bola sepak PAS Bayan Lepas terus menjadi pilihan ramai apabila pasukan ini menerima tempahan permainan persahabatan untuk jadual sebulan akan datang, minggu lepas mereka terpaksa tangguhkan perlawanan sebab tiada padang kosong untuk bermain Jadual menunggu terdiri dari Teluk Bahang, Fast Lane Penaga,Pemuda Tasek Gelugor, Sg Pinang Jelutong. Harapan saya ianya akan menjadi laluan baru kepada PAS menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan menjadikan masyarakat hidup bertoleransi dan harmoni

Kg Melayu

Image
Kampong orang Melayu di Jelutong ,gambar ini diambil dari tingkat 29 pan house, yang mewah. Sudah berapa ratus tahun mereka tinggal disini? Di Korea Selatan dilereng lereng bukitnya menuju ke Seoul, melalui tingkap kenderaan kita dapat lihat betapa nyaman kampung tradisi ratusan tahun sejak kerajaan koguryo.Mereka tanam padi,dan tenggala tanah yang sedikit tepi rumah mereka dengan mesin mesin kecil yang efisyen. Kenapa mereka tak macam kita? Kenapa kampung mereka masih ada dan selamat? kita minum air zam zam,dia tak!

Pelawanan Bola dan Iman

Image
Bolasepak di Balik Pulau mula nampak tunas untuk hidup subur dengan perlawanan perlawanan persahabatan yang di gerakkan oleh PAS Cawangan Jalan Mahkamah Bayan Lepas. Dalam permainan persahabatan Bayan Lepas FC lawan Pulau Betong di padang Kongsi,Ahad 1 November 09 lalu. Ketika permainan berlangsung ramai kalangan aktivis sukan ini datang bertemu dan merayu serta meminta saya menghidupkan semula sukan bolasepak daerah ini, dengan menganjurkan liga dan lebih banyak perlawanan persahabatan, mereka juga meminta saya membantu bagi memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengurus padang Kongsi yang mana sekarang ini tidak di selenggara, tanpa garis padang ,tiada jaring gol dan tempat penonton penuh dengan kaca lampu kalimantang. Saya dimaklumkan bahawa padang ini di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Barat Daya dan Pegawai Daerah Balik Pulau ini. Dalam pada saya membantu belia yang baik ini ketiaka memandu kereta melintasi liku liku jalan Balaik Pulau yang sangat nyaman it