Posts

Showing posts from 2010

Anak Yatim di Teluk Intan, Perak

Image
Anak yatim dan Radzi 'Malisa' , turut bergambar. Pengarah, Ajk Mutiara Infaq , Ust Radzi bersama anak yatim Mutiara Infaq telah diminta oleh Majlis Agama Islam Perak, untuk membantu anak yatim. MI dan seluruh Ajk telah ke Teluk Intan bagi menjayakan majlis sumbangan ini . Majlis yang berjalan sejak jam 8 malam itu turut dihadiri oleh Pengarah JAIP, serta Exco Kesenian Perak. Seramai 20 orang anak yatim menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Jangan Nanti DiTuduh ULAMA PAS Tak Baca buku?

Dewan Ulama PAS Kedah Tolak Buku Tulisan Mujahid ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk " Menuju PAS Baru " tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan". Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS. "Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan. Persoalan : Apakah Islam tak Syumul dengan menerima Perlembagaan Malaysia? rujuk pakar undang-undang Malaysia. Jangan nanti orang kata, Ulama PAS sama berfikiran macam

Masa Depan PAS Terengganu + UMNO

Image
Masa depan PAS Terengganu, nampak semakin kelam dan tak kesampaian. Idea dan pemikiran, semakin jauh ditinggal zaman. Keyakinan masyarakat kepada PAS di Terengganu tidak bertambah, malah makin menurun. Mapukah PAS mengeluarkan satu taktik baru yang mengejutkan selai dari banyak masa dihabiskan di Pejabat MB Terengganu. Kadang kala PAS Terengganu dilihat tidak ada gaya bergerak dan bertindak. Pemudanya asik dengan HIMPIT berulang kali tanpa kemajuan, Ulama dengan Fatwa yang bercangah dengan PAS di Kuala Lumpur. Seringkali kita dengar PAS cuba bergantung dengan UMNO untuk menguasai negeri. Perlukah PAS Terengganu berubah, atau Pemimpin diubah. Kalau mereka rela pencen, mungkin lebih membanggakan penyokong PAS seluruh Malaysia. Kata seorang pemimpin Ulama PAS di Kuala Lumpur, 'susah nak ubah punggung, kalau dah duduk atas kerusi empuk lama sangat'. Kini sekali lagi Terengganu mendapat nama, apabila Fatah Harun Kelantan mendedahkan, Ada usaha nak dengan UMNO. Apakah mereka sudah bu

KAHWIN MEMBAWA KEJAYAAN

Image
Ramai orang berusah untuk berubah. Semua dilakukan demi untuk mencari sesuatu yang boleh melonjakkan kejayaan dalam kehidupan, ada yang berjaya, atau berjaya selepas beberapa percubaan. Ada yang gagal sampai kesudah(keakhir Hayat). Berbagai perkara dilakukan untuk berubah dan mencapai kejayaan atau mendapat lonjakkan kepada kejayaan. Ada yang mencari perubahan dengan membaca dan membaca. Ada banyak penulis buku di barat menjadi jutawan dengan buku tulisan mereka, dan kebanyakkan mencapai best seller dalam pasaran. Nama -nama seperti Cotler, Tony Buzan, Suzzane Battes, atau di Malaysia seperti Azizi Ali. Tajuk yang menjadi pilihan pula berbagai-bagai seperti 7 habits, How to Mind Map, La-Tahzan, dan berbagai lagi yang berselerak dipasaran. Ada yang mencari perubahan dengan mendapatkan khidmat kaunsling. Ada diantara pencari perubahan ini, sanggup memburu seminar-seminar yang beribu ringgit, yuran penyertaan menjadi pilihan. Seminar dengan tema Kejayaan, Succes dan seumpamanya menjadi

Diundang ke Show Maher Zain

Image
Semalam saya terpaksa tidur dalam kereta. Ini kerana saya keletihan setelah, tiga hari di Selatan Thailand, dan sampai Malaysia jam 1 pagi, dan sebelah tengahari di jemput pula dengan kereta MPV Toyota Alphart. Mujurlah Boss syarikat penaja saya ini ada kereta yang selesa untuk berjalan jauh. Jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik, saya jadikan kereta ini sebagai bilik hotel mobile. Saya bertolak balik dari KL jam 12, kerana hadir jemputan sebagai tetamu di majlis Malam Setulus Kasih bersam Maher Zain di Sunway Subang. Majlis yang di adakan bagi mengutip derma, untuk dijadikan sumbangan kepada yang memerlukan ini, di terajui oleh Muslim Aid Malaysia. Mereka telah berjaya menjual habis meja yang bernilai RM10,000 hingga RM3000. Majlis ini juga berlangsung selama 3 hari, dan jemputan khas mereka ialah, Artis paling popular didunia sekarang ini, Maher Zain. Saya selaku Penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak yatim telah diundang atas tajaan, Tunas Indah Niaga, sebuah syarikat entertainmen

PAS Jangan Ulang Bagan Pinang.

Image
Pilihanraya Kecil yang dihadapi rakyat Malaysia, semakin banyak dan mampu mematangkan pengundi. Dalam masa yang sama mampu menambah koleksi teori pengkaji politik dan para pendidik politik. Pilihanraya kecil, sebenarnya memerlukan jentera yang baik dan berkesan. Dan jentera yang baik dan berkesan, memerlukan maklumat yang tepat dan tidak memihak, maupun maklumat tipu, atau reka-reka saja. Jentera Parti yang baik, dan maklumat yang tepat, perlu dianalisa dengan bijaksana lagi teperinci, bagi menyediakan tindakan yang berkesan. Kalau maklumat yang baik tidak dianalisa oleh para bijaksana, jadilah Pak Pandir cari Imam untuk buat kenduri arwah, yang dimaklumkan berjanggut ! Maklumat yang tepat dan tidak ada kepentingan lain, melainkan untuk kemenangan PRK itu, hendaklah diberi kepada para bijaksana menganalisa dan bertindak mengarahkan jentera parti kearah perkukuhkan Parti, dan mengekang atau melemahkan musuh . Jangan maklumat yang belum masak dan dicanai ini, diberi kepada media untuk b

Kaya Berumah Tepi Jalan.

Image
Selatan Thailand, bukan asing bagi saya dan keluarga. Budaya dan bahasa mereka hampir semua keluarga saya faham. Dalam perjalanan saya kesini,saya melihat ramai dikalngan mereka yang berumah di tepi jalan, begitu mudah membuat duit. Hanya sedikit kreativiti dan usaha mereka berjaya menjadi kaya dan mewah. Ada di kalangan mereka ini berjaya menghantar anak keluar negara belajar dengan tanggung sendiri semua perbelanjaan persekolahan. Ada juga di Cawangan PAS Byan Lepas yang saya ketuai, pemuda yang kreativ membuka kedai aksesori telepon dan kedai internet. Antara yang mudah usaha mereka: 1. Kedai aksesori kereta, Tak perlu kotor tangan dan baju pun. 2. Kedai kasut. tak perlu kemahiran apa pun. 4. Kedai runcit mewah yang hanya perlu duduk bersila sahaja. 5. Kedai makan yang mempunyai ruang terbuka. 6. Kedai aksesori telepon. 7. Kedai ubat/farmasi. 8. Ada yang buka Petrol Pump, yang memberi keuntungan melebihi RM 60 ribu sebulan. Atau kalau dah malas fikir... sewakan saja, sebahagian

Melayu Jangan Jadi 'Ayam mati lapar Di Kepuk Padi, Itik mati lemas di air'

Image
Selatan Thailand, atau lebih di kenali dengan wilayah Patani. Dulunya pernah menjadi kerajaan berdaulat dengan gelaran, Negara Patani Darul Salam. Kerajaan Islam ini pernah sekali meluaskan wilayahnya sehingga ke sempadan Bangkok, bilamana kerajaan Siam lama diasak kuat oleh Burma sekitar tahun 1767, sehingga raja Ayutthaya yang memimpin kerajaan Siam ketika itu, didakwa terkorban kelaparan dalam peperangan tersebut. Kini Patani meninggalkan seribu satu sejarah dan nostalgia. Patani yang mempunyai penduduk Islam yang berdiri dengan kekuatan sendiri, dan semangat umat disini yang berjuang begitu lama untuk mereka kembalikan kekuasaan Islam di bumi Patani. Ini telah memberi kelebihan mereka dalam meneruskan kehidupan, samada dalam politik, sosial, ekonomi dan pendidikan. Ambulan Masjid. Penduduk Islam di beberapa wilayah Selatan Thai ini, menjadi Umat yang berdikari, dan sebahagian besarnya jadi peniaga yang berjaya. Ini kerana mereka tidak berpeluang menjawat jawatan dalam kerajaan, ma

PRK Tenang: Ada Kejutan !!

Image
Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri, Tenang, dalam Parlemn Lubis, akan diadakan pada 30 January 2011, manakala penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Jan 2010. SPR telah membuat pengumuman rasminya sebentar tadi. Pilihanraya ini berikutan kematian ADUN disini, Datuk Sulaiman Taha,59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu.Allahyarham yang mengalami jangkitan kuman dalam darah semenjak 24 November yang lalu meninggal dunia sekitar jam 1.10 pagi Jumaat.Apapun,yang pastinya negara bakal berdepan dengan satu lagi siri pilihanraya kecil,yang keempat belas dalam tempoh tiga tahun sejak Mac 2008.Untuk rekod,pilihanraya kecil terakhir di Johor adalah hampir 21 tahun yang lalu di N33 Tambatan dalam Parlimen Pulai pada 5 Ogos 1989 berikutan kematian Adun kawasan tersebut,Allahyarham Mahmood bin Daud. N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 200

Strategi & Organisasi: Untuk Kalah Atau Menang

Image
Saya baru lepas mesyuarat PIBG sekolah anak saya. Sebagai pengerusi ,saya dimaklumkan akan prestasi pelajar selepas keputusan peperiksaan. Sasaran pihak sekolah, 20 pelajar untuk mendapat 5A. Apa yang terhasil, hanya 11 pelajar dapat 5A. Saya membebel juga kerana, dalam mesyuarat ini, lagi sekali pihak sekolah mensasarkan 20 pelajar mendapt 5A untuk tahun 2011 kelak. Dalam leteran itu saya jelaskan, melihat kepada kesungguhan pelajar hadir kelas intensif dan kelas tambahan melebihi 35 orang, amat konsisten kehadiran pelajar ini, walaupun bulan puasa. Kesungguhan guru juga luar biasa menyumbang tenaga dan masa. Kenapa tersasar? soal saya. Saya minta sekolah buat satu post morterm akan sebab tidak tercapainya sasaran sekolah. Kalau guna strategi dan tektik untuk tidak dapat sasaran, buat apa kita ulang ? tegas saya. Lebih baik cari kaedah lain, dan lebih meyakinkan!!! Tulang Besi melapurkan, Ustaz ADC ada turun Kelantan, bertemu Ust Yahya Osman dan beberapa pemimpin lain. Tujuan beliau,

Persidangan Persaudaran Muslim- Kristian, Istana Umayyah, Damascus

Image
نص كلمة الأمين العام لحركة التوحيد الإسلامي الشيخ بلال سعيد شعبان في مؤتمر الإخاء الإسلامي المسيحي أبعاد مقررات السينودوس لأجل الشرق والبلاد العربية المنعقد في قصر الأمويين للمؤتمرات دمشق الأربعاء: 15\ 12\2010 بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسل الله وأنبيائه سيما إبراهيم خليل الله وموسى كليم الله وعيسى روح الله ومحمد حبيب الله صلوات ربي وسلامه عليهم أجمعين . أيها الاخوة الكرام يقول ربنا تبارك في علاه : "يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ" (الحجرات: 13). على مدى 1400 سنة عشنا في هذا الشرق العربي المسلم بشرا متعددي الأعراق والألسن والألوان، عشنا مسلمين ومسيحيين وحتى يهود إلى جانب بعضنا البعض فتجد في كل حواضرنا في دمشق والقاهرة وبغداد وطهران والمغرب تجد الكنيس وكالنيسة والمسجد ، والراهب والحاخام والشيخ وكل ذلك ببركة دين الله ورسالة السماء التي تدعو إلى التعارف. ولكن الذي بدّل الأحوال من ائتلاف ووئام

Sumbangan Di Konvensyen PR

Image

Suni atau Syiah :Adu Domba Barat

Image
عندما تحدث وزير الخارجية الأميركي الأسبق عن حرب المائة عام بين السنة والشيعة لا يخفي بعض المسؤولين الغربيين ما يحلمون بحصوله في المنطقة من صراع مذهبي إسلامي.. كأنهم على فرح من تلك المغامرة التي رأى فيها وزير الخارجية الأميركي هنري كيسنجر ذات يوم حينما سئل عن جديد المنطقة قال إنها "حرب المائة عام المقبلة" وعندما قيل له بين من ومن أجاب: بين المذهبين الاسلاميين المعروفين، أي السنة والشيعة. الكلام ذاته ردده وزير الخارجية الفرنسي كوشنير أثناء زيارته الأخيرة لبيروت، وكأن ثمة توافقا بينه وبين الاميركي أو ربما هي كلمة السر الإسرائيلية التي يراد من الأميركيين والفرنسيين ترويجها كي تتحول إلى عامل الإطاحة بمكونات المنطقة الإجتماعية والإنسانية إذا ما وقع هذا المحظور الذي يحاط بعناية فائقة من قبل إسرائيل وبعض الأسياد الغربيين كي يصبح سيفا مسلطا على رقاب المسلمين في كل مكان. بهذه البساطة يتم فتح موروثات تاريخية تم تجاوزها وبعدما أغلق ملفها الناشز, وحين يتكلم الاميركي والفرنسي وغيره من الغربيين عن قضية من هذا النوع، وخصوصا كيسنجر الموصوف بقراءته التاريخية وخضوعه لعقل مؤسسات الدراسات الأميرك