Posts

Showing posts from March, 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Image
DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesa

Anak Yatim di Serdang dan Bukit Selambau, Kedah

Image
Anak Yatim diraikan di Serdang dan Bkt Selambau. Sempena Ekspo Belia Niaga dan Ekspo Riang Ria bertempat Dataran Serdang dan bersebelahan Masjid Al-Wajdi Pekan Bukit Selambau, seramai 70 orang anak yatim sekitar dua lokasi tersebut diraikan oleh Penasihat Komiti Anak Yatim Mutiara Imfaq, Zolkifly Md Lazim bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husin dan Adun Bukit Selambau, S. Manikumar. Selain itu turut bersama meraikanya ialah CEO Alam Gapura Group Sdn Bhd, Noor Asmadi Saad serta Koordinator ekspo berkenaan, Zaini Abu Hasan dan Pengarah Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise, Drs Mohd Nazri Abdullah. Program di Serdang, Kedah itu merupakan lokasi yang ke 13 setelah berjaya melakukan perkara yang sama di Kulim dan Tanjung Dawai. Menurut Z0lkifly, kesemua anak yatim diberikan beg, wang ringgit, totto dan sejadah sebagai sumbangan manakala mereka akan diberikan lebih banyak barangan lagi apabila kesemua mereka dibawa oleh Adun ke serata gerai yang ingi

Ribut Di Laut,Tenang Darat

29 Mac, 6.40pm, saya sedang dalam perjalanan pulang, memggunakan Feri, (seminggu sekali saya akan berusaha naik Bus dan Feri sebab suka melihat kehidupan yang mencabar) saya hantar kereta ke bengkel, sebab tidak puas hari buatan kedai panel Insuran kereta.Secara tak langsung saya berpeluang naik Feri dan Bus hari ini. Semasa saya sebelah pulau, saya banyak menumpang kawan.Bila keputusan kereta saya tak dapat siap hari ini, saya minta kawan hantar saya ke Feri. Semasa sampai di Jeti sebelah Pulau, saya bergurau dengan kawan, nanti kutip saya di Pulau Kendi, sebuah pulau tanpa penghuni yang jauhnya 23km dari jety, menghala ke Medan, Indonesia, masa itu cuaca terang dan ceria, tanpa nampak tanda hujan atau ribut akan melanda. Semasa berjalan kaki ikut laluan ke Feri, saya terkenang pagi tadi setelah saya serch semua bahan dimedia internet, saya gagal jumpa berita perlantikan Mursyidul AM PAS, lalu saya hantar message melalui email, Facebook, dan Blog hampir semua Pimpinan PAS dan MP PAS,

Nik Aziz,kekal Mursyidul Am,Rakyat Kembali Tenang

Image
Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan. "Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan. "Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini (gambar bawah). Turut serta pada sidang medi

Evidence

Image
28-mac , jam sekitar 1.30, sedang saya nak mulakan taklimat dan diskusi bersama kakitangan DBM Hospital Cawangan Gelugor, Pulau Pinang, saya menerima panggilan telepon dari saudara saya , memaklumkan Dato Paduka Husam Musa berada di Airport Penang, dan cuba hubungi saya, gagal! Saya telepon Dato Husam dan bertanya dimana dia, 'Apa hang, dok mana, call tak dapat',cubaan Husam berbahasa loghat Penang. Saya kata ada Gelugor, Penang!,yang mai, tak habaq awai,, pasai!, kalau di airport nanti saya pergi ambil! jawab saya sebagai komitmen kawan. Saya selesaikan urusan taklimat yang dipendekkan saya 30 minit, terus ke airpot, di sana saya lihat dia di Coffee Bean.Saya ajak dia minum di luar, dia kata, nak cari pasembur, lalu saya bawa dia ke sebuah kedai di tengah pekan Bayan Lepas, bertentangan dengan rumah Al Marhum Hj Mansor JP, bendahari pertama PAS,berbangsa Cina dan berasal dari Tanah Besar Cina, di dalam pagar halaman, hadapan rumah itu ada sebuah rumah kecil, yang dijadikan pe

Takluk

Image
28 Mac Taman Tun Sardon, PAS menempa sejarah persis Fath-ul Makkah, dimana buat pertama kalinya PAS telah dapat mengadakan perjumpaan di Dewan JKKK Taman Tun Sardon yang mempunyai 6 Dewan semuanya. Sebelum ini kerajaan BN, seperti mengharamkan PAS dan organiasi yang dekat dengan PAS, dari menggunakan semua kemudahan awam ini, sehinggakan Masjid pernah di kunci di beberapa Kampung, apabila PAS menjalankan kegiatan berdekatan.Semua ini kerana kianat kepada sokongan orang ramai. Semalam sejarah dilakarkan, apabila saya diminta mempengerusikan Mesyuarat Penaja, PAS Cawangan Taman Tun Sardon, walaupun Tun Sardon sendiri adalah antara pimpinan awal UMNO. Kehadiran yang membangakan semua pejuang Islam juga melihat borang UMNO ber timbun di tukar kepada borang PAS. Gambar timbunan borang UMNO di tebus dengan menyertai PAS, melalui borang baru PAS yangdisebelah

Anak Yatim Bukit Selambau

Alhamdulliah program ini bejalan terus sepanjang tahun , kali ini Anak Yatim Bukit Selambau di raikan pada 26 Mac di depan Masjid Bukit Selambau, Turut hadir YB S.Manikumar, YB Dato Rashid Din Mp . Dapat juga peluang perkenalkan kebajikan Islam kepada mereka.Program anak

Mp Hulu Selangor meninggal Dunia dalam Perjuangan

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9½, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam ini akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md Hambali Ahmad. Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak. Beliau memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno. Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Zainal Abidin (gambar) adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa. Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi

Taubat di Batu Caves

Image
Ganjaran lumayan fitnah PM, isteri KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara. Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut. Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fit nah itu.

KM :diadili melalui pilihanraya

Image
Rabu, Mac 24, 2010 Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan masih wujud - Guan Eng Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk mengadakan Piliharaya Kerajaan Tempatan biarpun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menolak permohonan kerajaan negeri itu. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak terkejut dengan keengganan SPR dan berkata kerajaan negeri akan membawa keputusan suruhanjaya itu ke mesyuarat Exco esok untuk tindakan lanjut. “Kita tetap dengan pendirian mahu teruskan (pilihanraya kerajaan tempatan), dan ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco untuk membincangkan perkara yang perlu dilakukan,” katanya. Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan SPR menolak permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya itu. Malah SPR turut menolak permohonan Selangor untuk mengadakan pilihanraya berkenaan. Guan Eng berkata, pihaknya juga akan meneliti surat alasan setebal 10 muka surat dari SPR. "Kerana Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 masih wujud tidak dimansuhkan, oleh it

SPR, :Penyapu Acaq

Image
Sah..memang main wayang...kata-kata ini keluar dari mulut Lim Guan Eng sewaktu beliau berada di terengganu semalam. BN sekarang begitu takut dan gentar untuk hadapi pilihanraya. Mungkinkah BN semakin nazak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah. Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah. "Kami pun sedar melalui media elektronik dan cetak. Boleh jadi kamu tahu lebih banyak daripada kami. Secara rasmi, sehingga sidang media ini, tiada makluman daripada speaker," katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Yip, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional. "Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa belia

BN Gelabah semacam !!!

"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini". Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”. 1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich. (AK) Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang se

PAS di Gereja lagi

Image
sedang minum selepas dailoq, Father, Chairman Saint Ann, Dr Marry Farnandez di , Bukit Mertajam Gereja St Ann Dailog yang berjalan selama 2 jam telah mendapat sambutan luar biasa, selepas 4 siri penerangan dan dailog di Gereja sekitar Pulau Pinang. Soalan berhubung dengan definasi Tuhan,titik persamaan Islam dan Kristen,Peranan Kahwin campur, pengebom berani mati,pebedaa mazhab dalam Islam,pakaia wanita Islam dan perpaduan telah di ajukan dan dijawab oleh Dr Mujahid dengan amat memuaskan hati penganut Kristien yang belum pernah di dedahkan kebenaran maklumat Islam secara langsung. Rata-rata hadirin minta supaya lebih banyak dailog seperti ini diadakan.

Lawatan Ke Pusat Pembenihan Ikan Besut

Image
Meninjau sekeliling Pusat Pembenihan Ikan dan melihat teknologi dan dan kajian yang dijalankan disini .. Beberapa ekor Induk Kerapu seberat 110kg setiap ekor, yang di bawa dari Pulau Pinang 3 tahun lalu Anak benih yang dihasilkan disini ,ada Kerapu, siakap, Udang Galah. Talapia pula, digunakan untuk merawat dan meningkatkan makana dalam air Plankton juga dihasilkan disini, untuk makanan ikan. Perusahaan yang dihasilkan ini mampu menjadikan seseorang itu lumayang dalam desa dan kampung,disini juga saya ditemukan dengan seorang pengusaha dari kelantan yang mampu menjual hasil ternak ikan RM2500.00 sehari Saya juga dibawa melawat satu kawasan kolam pembenihan ikan,di Besut, dimana seorang pengusaha ini mampu menghasilkan sejuta benih setiap bulan yang menjanjikan pendapatan lumayan Anak ikan memberi makan dan wang pada mereka ini.

Sehari di Pulau Pinang

Image
Ucapan Amanat pada Parti, di Perpustakaan Negeri Makan Pagi Di Seberang Jaya. Pecah Tanah, Malam di Balik Pulau

Hut Hut zaman siber

Image
Hari ini saya diminta temankan kawan untuk ke Sungai Petani, disana ada janji dengan konsultan , dengan Planer dan dengan Penolong Pegawai Daerah. Kawan saya ni dah lama dah, dia usung gran tanah nak majukan buat lot, lepas satu pihak ke satu pihak dia betanya kaeadah terbaik untuk majukan tanah dia ni, cuma tak jadi lagi ........! Di Sungai Petani, saya jumpa banyak pemuda dan dewasa Melayu profesional, yang menjadi pemilik kepada perniagaan perunding, perancang, juru ukur, juru nilai,mereka memang membanggakan, tetapi agak tenggelam perniagaan mereka ini, kadangkala terlalu bergantung dengan projek kerajaan, kadangkala 'link' mereka dikalangan Melayu mereka sahaja, tapi apa pun dari pengalaman dan pengamatan saya, mereka ini semua jutawan belaka. Bila saya kata begitu, kawan saya bertanya saya, macam mana hang tau? Saya kata, saya bila lama berniaga dan berurusan dengan orang ni ! saya dapat lihat character dan kekuatan perniagaan seseorang hampir tepat. Tadi pagi saya bertu

1 Malaysia

Image
1saja diMalaysia , Makkal Sakti jangan cuba jadikan dua, nanti orang ramai dan pelancung tak melawat Batu Caves lagi, hilang mata pencarian pelancungan diMalaysia ?

Satu Lagi PROJEK KERAJAAN NG JOHOR DARUL TA'ZIM (2010)

Image
Pulau Pinang menjadi heboh pada bulan lepas kerana isu Melayu terpinggir, Melayu di khianati oleh Kerajaan Negeri Pimpinan YAB. Lim Guan Eng.Perniagaan orang Melayu di halang, Rumah orang Melayu di roboh, Agama orang Melayu di nodai sepeti perarakan Maulid-ul-Rasul di tiadakan oleh Pimpinan DAP. Mereka-mereka yang lantang bersuara pula, terdiri dari pergerakan yang mendakwa mereka 'Singa Melayu' GPMS, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Kontraktor Bumiptra, PEKASA, dan UMNO keseluruhanya. Nah!! Sekarang berlaku di Johor, negeri bawah ketiak Melayu UMNO, rakyat di halau dan diroboh segala rumah dan premis perniagaan, mana UMNO, Mana Singa Melayu bin Sarkis Melayu, Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Melayu, PEKASA ,peribumi si katak . Inilah yang nabi tak akui Umat dia ' Asabbiyah' ,bukan Abasiah macam Dato Seri Hj Najib Tun Razak kata 15 tahun dulu.Bolehkah orang bukan Islam buat contoh kelaku macam ini?? Bolehkah orang bukan Islam buat ikutan amalan sepeti i

Warga Emas diberi RM100

Image
Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010. Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut: Tuan/Puan, Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi ha

GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN

Image
KENYATAAN AKHBAR 15 Mac 2010 GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN Pakatan Rakyat mengalu-alukan keputusan untuk menunda perbahasan kali kedua Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CPB atau “GST”) yang menandakan sekali lagi, kerajaan BN tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara. Sebelum ini, BN yakin bahawa GST adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah defisit negara dan tidak teragak-agak meluluskannya tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kini, BN mengaku ia telah tersalah langkah kerana tidak mengambil pandangan rakyat terlebih dahulu. Pakatan Rakyat beranggapan bahawa keputusan mengalah oleh BN dalam isu GST adalah satu lagi bukti bahawa kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk turut serta dalam proses membuat keputusan negara, semakin meningkat. Kesedaran ini, yang dizahirkan bermula dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas, akan terus mengawasi keborosan dan amalan tidak sihat kerajaan. Selama ini, Pakatan Rakyat konsisten bahawa GST bukanlah jaw

GST :gastapo?

Huraian tentang GST yang menyebabkan kita perlu berdemonstrasi ( sumber Perak Express ). 1. ST merujuk kepada penambahan cukai sebanyak 4 % terhadap semua keperluan seharian rakyat termasuklah beberapa benda-benda kecil yang dahulu dirasakan tidak membebankan dan kini akan menjadi beban rakyat. 2. Kemungkinan dari akibat kenaikan itu juga akan memperlihatkan kemiskinan rakyat akan menjadi lebih teruk dan tidak seimbang. 3. Rakyat yang miskin akan terus merempat dan merana dan yang berpendapatan sederhana juga tidak terkecuali akan menjadi miskin dan akhirnya bebanan rakyat itu akan membinasakan rakyat itu sendiri 4. jika perlaksanaan GST itu dilakukan maka ia akan membawa peningkatan sebanyak 1 billion iaitu dari 12 billion kepada 13 billion sahaja manakala kos bagi mempromosikannya dan melaksanakanya itu akan memakan jumlah sehingga 5 Billion Ringgit. 5. peningkatan harga barangan runcit juga akan turut terkesan dan kesempitan rakyat akan terus terbeban dan tertindas.Kita akan dapat l

Buku Bertemu Ruas

Image
JK Disiplin: Layanan Mustafa Ali profesional Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Mac: Sejak sekian lama mengkritik PAS secara terbuka dalam internet, Abdul Rahman Talib, 36, (gambar) petang tadi menyuarakan rasa berpuas hati dengan maklum balas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung aduan salah laku disiplin beliau yang membabitkan beberapa pemimpin tertinggi dalam PAS. “Setakat ini, saya tengok segalanya mengikut prosedur, jadi tiada sebab untuk saya tidak berpuas hati,” jelas beliau petang tadi di lobi Pejabat Agung PAS, di sini. Beliau yang juga dikenali sebagai blogger ‘Tulang Besi’ berkata, tindakan Mustafa untuk mengetengahkan aduan-aduan tersebut kepada Dewan Mesyuarat Harian membuktikan Mustafa seorang pemimpin PAS yang profesional. “Datuk Mustafa memberi jaminan bahawa kes ini akan dibuka dan diserahkan pada Dewan Mesyuarat Harian untuk meneruskan (perbicaraan) atau tidak. “Bagi saya, (Mustafa) seorang pemimpin PAS yang begitu terbuka, tidak seperti pemimpin PAS tert

Kedah :UMNO kancing gigi

Image
Mentaloon.14 Mac, Lawatan PAS Bayan Lepas ke Pejabat Menteri Besar Kedah telah di bawa melawat dan mendapat taklimat berkenaan perkembangan pentadbiran dan isu-isu Kedah yang tidak dilaporkan secara adil oleh media perdana. Kedah telah mencatat perolehan luarbiasa dari pengurusan baru di bawah Kerajaan pimpinan YAB Ustaz Azizan b. A. Razak, dengan catatan perolehan melebihi KDNK 4.6% bagi tahun 2009 berbanding KDNK Kerajaan Pusat 48% .Perbanding 3 tahun 2003 hingga 2005 bawah BN hanya RM12juta dari hasil balak sahaja,sedangkan perolehan 2009 sahaja kerajaan baru berjaya membuat penghasilan RM19 juta batu dan pasir, balak RM 35 juta,dividen dari keuntungan GLC sebanyak RM 30juta, sedangkan di bawah BN GLC kerugian berbilion Ringgit. Masalah air yang dihadapi rakyat Kedah di siarkan media perdana dalam bentuk fitnah dan melampau.Kedah ibaratkan masaalah air, seumpama seorang lelaki berkahwin dengan janda beranak empat, mestilah dia ambil tanggungjawab kesemua anak tadi. Kalau dia kahwin

Kedah Sejahtera

Image
Alor Setar.14 Mac.Ahad. Majlis penyampaian jersi bola kepada 4 pasukan bola sepak di dalam KADUN Kubang Rotan. YB Nasir Mustapa telah menyempurnakan penyampaian jersi ini dalam majlis ringkas di Mini Stadium Premba.Majlis yang penuh simbolik ini berlangsung semperna pelawanan persahabatan Bolasepak antara PAS Bayan Lepas dengan Pasukan Pilihan DUN Kubang Rotan. Kedah menunjukkan sikap mesra sukan dalam meningkatkan qualiti sukan negeri, dengan penganjuran pertandingan pertandingan sukan ini, diharapkan pertubuhan sukan di ngeri ini akan mendapat suntikan dan rangsangan.

Nik Aziz Pemimpin sebenar

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa yang diadakan awal pagi semalam, memberi keinsafan kepada lebih 2,000 hadirin apabila hujan mula turun sebaik sahaja rakaat pertama solat dilakukan. Solat bermula jam 8.30 pagi itu diimamkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Padang Perdana, bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, dekat sini. Hadir sama, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad. Ketika Nik Aziz sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, hujan lebat mula membasahi ribuan jemaah yang menunaikan solat tersebut. Solat Istisqa adalah kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali dianjurkan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu seger

Kelantan:;

Image
Pengumuman: Solat Sunat Istisqa' (Mohon Hujan) di Kota Bharu (12/3/2010)

anak yatim Naka Kedah

Image
10 Mac,Rabu, Naka, Kedah, bersam Yb Mohd Nasir Zakaria(baju batik biru),Yb Senator Ir Zamri Yusof(Baju Hijau), Setiausaha Koperasi Naka Berhad(Baju Jalur kelabu), Zaini Aboo Hassan(Kordinator Expo Belia Niaga Kedah), Ahli Majlis Daerah (semua berbaju batik), Peguam Muda Sabarulazman dan Ustaz Hj Izham Hashim,