Posts

Showing posts from July, 2010

Merejam Di Ramadan

Image
UMNO boleh mampus sikit masa lagi, kalau saya gerakkan fasa 2 event saya!, akan datang saya dah mula konvoi, yang akan lebih meresahkan UMNO dan BN kerana, operasi ini akan bertindak dan menjadi mekanisme untuk diasak pengundi Melayu mendekati PAS. Konvoi ini bakal menarik libatkan ngo's Melayu dan muda lebih ramai, dan tak kurang juga, yang suka artis dan riang ria, mereka pasti menurut dan mengikut serta mendekati PAS dan pimpinan. Experiment pertama yang dijalankan ini, bersamaan dengan apa yang saya lakukan pada tahun 2003, dimana saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri, dan ketika itu, orang ramai takut dan luntur untuk hadir ceramah, akibat road block, ganguan Polis Khas dan Topi Merah.Teringat saya akan acara pertama, saya bawa Ustaz Nik Razi, (adik Tg Nik Aziz) ke Jelutong, lepas ceramah yang dihadiri sekitar 12 orang, 'kalau kita bagi seorang RM10 pada yang datang ceramah lebih untung, dari kita belanja poster,makan,minyak dan letrik, untuk ceramah kepada 1

Penyelamat =Penyanyak

Image
Kampung aku dinoda depan khalayak, malangnya !penguatkuasa tolong jadi penonton bersama.Lori bukan jenis prototype yang boleh masuk kocek, lubang bukan sebesar jarum untuk masuk benang. Pasir yang di curi itu sebelah IPD(Balai Polis Daerah), bunyi engine lori dan mesin korek itu, sudah tentu lebih kuat dari lembu yang sedang ragut rumput disitu menguak.Sudut timur pula berdiri megah Masjid Daerah, yang bacaan imam tak pernah lebih kuat dari operasi korek pasir. Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang menemui bukti bahawa kegiatan pencurian pasir berlaku di negeri itu dalam satu lawatan lapangan berkenaan hari ini. Sebanyak lima kawah pasir, setiap satunya dianggarkan seluas padang bola sepak ditemui di lokasi tersebut, di Balik Pulau, yang didakwa berlakunya kegiatan kecurian pasir . "Lawatan pertama hari ini mendapati ada sekurang-kurangnya lima lubang pelbagai saiz yang wujud kesan korekan pasir dan pagar di kawasan itu juga telah diceroboh. innity_country = "MY"

Badminton Pemuda PAS Bt Kawan

Image
Permainan sedang berlangsung di Dewan Delima, Juru, Bukit Mertajam.Seramai 45 peserta ambil bahagian Bersama Ketua Pemuda Kawasan da n Cikgu penganjur Badminton . Bersama penggerak perlawanan badminton. semperna saya merasmikan, Iklan yang disiarkan di internet

Anak Yatim Piatu Di Taiping

Image
Sumbangan berupa wang dan barangan yang berlimpah-ruah dari Mutiara Infaq. Yb , Ydp Kawasan Bukit Gantang, Drs Nazri Pengurus Tunas Indah Niaga Bersama Club Otai SYM bikers, di Masjid Simpang, Taiping, sebelum berarak ke rumah anak yatim piatu. Doa !dipimpin oleh Pengarah Mutiara Infaq, Tuan Hj Izham Hashim. semperna perlepasan konvoi misi bantuan di jalankan di perkarangan Giant Taiping. Sebahagian dari Motor dari Club Otai, bersedia menjalankan tanggunjawab. sedikit taklimat dan motivasi diberikan pada yang turut serta konvoi misi bantuan

Expo Belianiaga Malaysia

Image
Yb Dato Seri Nizar Jamaludin(Ahli Parlimen Bukit Gantang) Cik Nor Anita (pengurus Komplek Giant Taiping) Zaini B. Aboo Hassan( Pengurus Besar Tunas Indah Niaga Interprise).di pentas utama Expo yang berlangsung perkarangan Giant Taiping Hadiah Bonanza, berupa sebuah Kereta.Telah di Menangi Ribuan pengunjung yang setia bersam Expo ini, terus setia sehingga jam 1pagi, walaupun terpaksa berpayung dalam hujan.

Pekasam Puyu Ubah hidup

Image
Saya berada di Pauh,Perlis melihat ikan Puyu 4 ekor sekilogram, dalam gelap malam sekitar jam 10.00 malam Ikan Puyu yang di sauk oleh pengusaha ini. Pengusaha ini juga menghasilkan benih Puyu. Sepanjang siang hari saya berada di Selatan Thailand di Natawi, meninjau peniaga-peniaga lembu hidup berunding untuk membekalkan kepasaran musim puasa dan Aidil fitri ini.Saya dijamu makan Tom Yam dan berbagai juadah oleh penternak dan pemborong lembu di Thailand, mungkin nak ambil hati atau melobi,kemungkina untuk saya melabur disana atau saya terlibat dalam dagang lembu ini, saya bedal saja apa yang di hidangkan, maklumlah sedap! Bukan sekadar nasi dan lauk pauk, durian yang baru jatuh dari pokok dikawasan kandang, terus dibawa kepada saya untuk saya merasa keenakan durian mereka. Seronok juga di layan begini , tapi kalau selalu alamat , masuk hospital. Saya selalu akan memilih perniagaan yang kurang risiko dan yang benar-benar saya ada kemampuan mengawal. Kerana selalu saya ingatkan kawan peni

PAS: kenal Diri?

Image
Hari ini saya dapat jemputan Jamuan Tea,Di ILP Bertam, semperna sambutan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Pulau Pinang ,Tun Dr. Hj.Abd Rahman Abbas. Majlis bermula sekitar jam 3 petang, dengan ketibaan tetamu dari rakyat jelata dan para JKKK, pimpinan setempat ,Pengurus Koperat.3.40 pula, Ketibaan TYT. Tun beserta YAB. Lim Guan Eng ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Speaker, para EXCO kerajaan Negeri, Ketua Polis Negeri,Ketua Ketua Jabatan. Sambutan versi bukan kerajaan BN ini, dihadiri oleh mereka yang tidak pernah berpeluang hadir dulunya dalam majlis-majlis rasmi seumpama ini.Maka ramailah para lebai dan syekh, kebanyakkan mereka ini dari PAS, nampak lain gaya dan kekok dalam majlis itu agak jelas.Apa tidaknya mereka diminta berdiri apabila Tun sampai dan duduk setelah Tun duduk di kerusi khas.Sebelum duduk mereka diminta memberi hormat kepada lagu Negaraku dan Lagu Pulau Pinang.Saya dapat dengar bisikan tetamu tadi yang meluahkan rasa janggal mereka

Anak Yatim Taiping

Image
Bersama Eksekutif Pasaraya Giant Saudara Aznizan Orang ramai yang hadir memberi sokongan . Muslimat Pas Taiping yang turut membantu. Kumpulan Robani yang merangsangkan lagi majlis Mutiara Infaq, komiti anak yatim yang saya telah bersama mereka lebih 3 tahun ini, sedang berkembang rancak dan bergerak maju.Kini Mutiara Infaq sebagai Ngo yang dianggotai oleh 10 orang usahawan dan profesional, berusaha mengembangkan kegiatannya ke peringkat Malaysia Timur,Insyaalah. Perak sebagai destinasi terbaru yang diterokai amat memberangsangkan, sambutan dan kerjasama tempatan yang diberikan, sumbangan yang diterima dan pihak yang turut libat diri, luar dari jangkaan awal komiti anak yatim ini.Malam ini kami di Taiping, perkarangan Pasaraya Giant, dimana berlangsungnya Expo Belia Niaga Malaysia yang di terajui oleh Alam Gapura Sdn Bhd, dan di kordinasikan oleh Tunas Indah Niaga, satu gabungan padu menggerakan Usahawan-Usahawan muda.Majlis yang dibantu oleh Muslimat PAS Kawasan Taiping

Misi Bantuan Anak Yatim

Image
Bersama Yb.Dato Seri Nizar Jamaludin. Ust Nordin YDP Kawasan Bukit Gantang. Menyampaikan Sumbangan kepada dua orang anak yatim piatu di Kampung Jebung, Matang, Taiping,Perak Sedang menerangkan Mutiara Infaq,Komunita Anak Yatim yang bergerak di Utara Semenanjung Malaysia

BN Tiada Ekonomi Agama

Image
Kerajaan BN, Najib Tun Razak pandai menggunakan masa, dengan mengistiharkan kenaikan harga barang selepas selesai sidang Parlimen, bagi mengelak diasak di Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen, dan beliau juga bijak menggunakan tema dengan menaglih tajuk 'Subsidi Diselaras', tapi saya secara peribadi melihat beliau sedang melengkapkan kubur BN, sebab UMNO tak baca Agama, sebaliknya YAB Lim Guan Eng dan Presiden Ronald Reagen yang baca Islam. Speech on Foreign Policy (December 16, 1988) Ronald Wilson Reagan On the economic front -- I got a degree in economics. I didn't deserve it, but I got it. [Laughter] But I took away -- I remembered something that happened several hundred years ago -- [laughter] -- and it was a man named ibn-Khaldun in Egypt. I didn't know they had economists then, but ibn-Khaldun said that at the beginning of the empire the tax rates were low and the revenue was great. At the end of the empire, the rates were great and the revenue was low. So, I came awa

Dailog Yb di Bayan Lepas

Image
Yb Dato Dr.Mohd Hayati Bin Othman sedang menjelaskan isu kenaikan harga barang yang dirancang BN sebaik tamat sidang Parlimen,bagi mengelak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Beramah mesra dengan pimpinan setempat Sedang pekena kambing kedai mamak ,bersama Ahmad Nasa pimpinan PAS Bukit Gelugor Sedang melayan pengunjung bersoal-jawab.Beberapa Rancangan ini dijalankan oleh Cawangan Bayan Lepas, bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran ahli dan pimpinan setempat

Beriman Di Perkarangan Yang Kufur

Image
Kelmarin, saya sembahyang zohor di Masjid Kupang, Baling.Semasa saya masuk masjid nak sembahyang ,biasanya saya suka meninjau di papan kenyataan Masjid, mencari kreativiti masyarakat setempat, biasanya bulan bulan seperti sekarang yang ada kertas A4 bertajuk Israk Mikraj. Kita semua maklum bahawa dalam peristiwa itu kita akan dikaitkan cerita Firaun yang zalim dan kufur beristerikan Asiah yang beriman, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran. Isteri Firaun Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja. Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu. Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia

Habuan di Dunia.

Image
Pada musim cuti sekolah bulan Jun baru-baru ini, saya berkesempatan membawa keluarga bercuti dan bersiar menambahkan ilmu penegtahuan mereka, saya lakukan dalam lawatan kerja saya dan dalam masa yang sama saya dapat lakukan dua kerja kebajikan di tanah tumpah saya, iaitu berderma kepada program agama ,samada perhimpunan 'Muktamar' atau 'Ijtimak', saya rasa puas kerana dapat libatkan diri dan apa yang saya ada bersama-sama dalam majlis majlis, tersebut, kadangkala saya tak dapat hadir, tapi saya bagi orang hadir atau saya derma, samada wang atau barang. Saya pun puas dengan apa yang ada, dan apa saya dapat, kerana saya dah ada tempat untuk salurkan,dan berbaloi (bagi saya). Saya juga dapat banyak kawan dari pelbagai golongan dengan kegiatan saya ini .Saya juga dapat bermotivasi tinggi dengan saya mengadakan kegiatan peribadi ini, biasanya saya akan letak target tahun hadapan pula apa,siapa,dimana saya akan berkhidmat. Saya yakin kawan-kawan semua boleh menggunakan kaedah

Yang Bodoh, Yang Sombong

Image
14 July, Pas cawangan Bayan Lepas telah hampir 2 tahun, menjalankan kegiatan Usrah Umum di Dewan JKKK Bayan Lepas. Naqib yang dijemput ialah, Peguam muda Ust Rosdi Husain, selaku Timbalan Pesurujaya PAS Pulau Pinang .Beliau nampak Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab menyampaikan maklumat dan menjawab isu-isu yang di bangkitkan. Beliau nampak berwibawa dalam menyampakan maupun menjawab isu-isu dibangkitkan, Latarbelakang peguam yang dimiliki beliau banyak membantu mengukuhkan hujan. Pas Bayan Lepas pula beruntung dengan kehadiran ini , banyak perkara sahih lagi benar dimaklumkan, kalau tidak PAS Bayan Lepas ini hanya mendapat maklumat melalui Harakah, sebab pihak PAS Kawasan tiada yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas. Ketidak mampu mereka itu(bodoh kalau bahasa kampung) dapat dilihat lebih jelas dengan mereka terpaksa melantik penyelaras DUN dan kerja kerja pentadbiran dari ahli Bayan Baru, sebab mereka yang ada tak mampu dan tak layak. Saya beberapa kali sengaja buat soa

Bantu sebelum Buntu

Image
Saya berkesempatan ziarah kawan lama yang terlantar sakit sebab kemalangan, Ustaz Latif, dia lama saya kenal, sejak dia dan isterinya mula mengajar di Pulau Pinang, saya kira sekitar awal tahun 90an lagi. Dia banyak bergaul dengan saya dak kawan kawan sama parti,dan dia pernah pegan jawatan dalam parti, sampai sekarang. Ustaz latif telah sekolahkan semua anak beliau di swasta , iaitu sekolah agama. sepanjang tempuh saya kenal dia, setiap minggu dia berulangn alik ke Kedah dan Bayan Lepas. Baru-baru ni saya di maklum kan dia kemalangan dalam perjalanan ke Alor Setar. Masa saya terima berita saya barupulang dari Hong Kong dan China.Baru sekarang saya dapat kesempatan ziarah dia, tapi dia dah keluar wad dan menumpang dirumah abangnya, kerana dekat dengan Hospital Alor Setar , mudah bagi dia berulang pemerksaan kesihatan.Teruk juga keadaan dia , sendi pahanya pecah sedikit, tulang kaki patah dan dada. Saya ziarah dia dan saya dimaklumkan, tak ada siapa yang bantu dia, bukan dia merungut a

Mutiara Infaq alam maya.

Image
Mutiara Infaq rumah anak yatim alam maya. OLEH: Mohd Sabri Said. BALIK PULAU: Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Mutiara Infaq cuba menjadikan rumah anak yatin yang tinggal dengan keluarga masing-masing sebagai 'rumah anak yatim maya' pada masa depan selaras dengan era globalisasi terkini. Penasihat Mutiara Infaq, Zolkifly Md Lazim ketika berucap di majlis sumbangan anak yatim sempena Karnival Rakyat Harmoni di Komplek Sukan Balik Pulau baru-baru ini menambah, kewujudan rumah anak yatim berkonsepkan maya akan ditentukan oleh Mutiara Infaq setelah mereka ini didaftarkan di bawah kelolaan Mutiara Infaq. Bila sesebuah keluarga anak yatim diselaraskan Mutiara Infaq akan memaparkan kandungan peribadi di samping gambar-gambar keluarga mereka ke dalam website untuk menyenangkan penaja mengambil anak-anak yatim ini serta membiayai keperluan mereka samada persekolahan dan sebagainya. "Indentiti mereka akan dipaparkan serta gambar keluarga anak yatim yang dipilih ke

Helicopter dalam Bag

Image
Pengalaman saya dalam business, sama ada perkhidmatan, pembuatan, peruncitan dan pemborong, sangat mengembirakan dan meng untungkan saya dari segi Ilmu,kenalan dan wang. Saya merantau keserata tempat untuk perniagaan, saya berkenalan bermacam ragam orang sepanjang business, saya dibayar setiap apa yang diuruskan.Saya juga dipaksa membayar sebarang 'try and error', 'experiment(percubaan ) ataupun kesilapan yang dilakukan saya sepanjang berdagang. Nikmat dan Sengsara saya dapat rasakan,Alhamdullilah. Saya merantau sebab melihat bagaimana barang, berapa barang ?,dilain tempat lain harga,dan bentuk serta susunan, kaedah promosi juga amat berperanan dalam mempengaruhi pelanggan image serta alat pelaris. Pamiran dijadikan kaedah yang memainkan peranan membawa pelanggan atau pun membawa barang kedalam pengetahuan Pelangganserta pengguna. Pengurusan boleh di tafsirkan, diamalkan sebagai kelangsungan empayar perniagaan pengusaha. Pengalaman baru saya, saya dibawa melihat pelatih d