Posts

Showing posts from January, 2010

Hari ini Dalam Sejarah

31hb January 2010, bertempat di Dewan JKKK, Bayan Lepas, sejarah telah dirakamkan,dimana Mesyuarat Agong PAS Cawangan di rasmikan tanpa ucapan arahan atau peranan serta rancangan Parti!!!. Wakil PAS Kawasan Yakob Yatim, katanya sebagai ketua penerangan PAS Kawasan ,merasmi Mesyuarat Agong dengan membaca 3 kitab sebagai memantapkan iman dan menjuruskan ikhlas dalam hati ahli yang kononnya dah berkurangan(macam Tuhan saja). Habis saja dia baca kitab sebagai perasmian dan berangkat keluar dewan,maka mengeluh semua Ahli,(tak terkecuali seorang pun,macam baru lepas tahan nafas 15saat, bunyi hembusan nafas) 'apa dia ni tak greti bahasa ka,ni mesyuarat, bukan baca kitab! tak tau nak buat kerja dari arahan kitab pun galak nak baca kitab'. Ada yang kata,' bodoh terserlah la!,macam tu punya pemikiran Pemimpin Kawasan PAS, patut la lembab PAS!. Bagi saya,sepanjang sejarah saya dalam PAS, belum pernah saya jumpa pemimpin mai baca 3 kitab, sampai lena sebahagian Ahli mesyuarat, bukan il

Taktik kawal Masjid

Image
Saya mendapat panggilan telepon jam 10.00 malam dari seorang ahliPAS di Sungai Batu dengan mempersoalkan "apa ni UMNO boleh ceramah Masjid ka?,dia betoi peralatkan masjid ni! Saya soal dia ,di mana? di Masjid Sungai Batu,saya ada dok dengar ni 'katanya lagi. Terdesak dengan kuasa yang semakin terhakis UMNO memperalatkan masjid untuk berdakyah Salam satu Malaysia agama baru pengenalan Perdana Menteri dan akan di jawab oleh juak-juak UMNO walaikumusalam. Hari ini mereka menggunakan masjid Sungai Batu,Pulau Pinang menyebarkan kaedah Agama Salam 1 Malaysia dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Elias Zakaria sebelah petang dan diikuti oleh penceramah UMNO pada malamnya. Ini sebabnya JAKIM badan yang bertanggunjawab bekerjasama dengan UMNO melalui YB Sahabudin Yahya melengahkan perletakan jawatan YDP MAIPP dan sebelum habis tempuh tamat jawatan 2009 beliau telah melantik semua Pengerusi dan AJK Masjid seluruh Pulau Pinang bagi mengekalkan anjing anjing mereka mengawal kubu tera

Najib:Murtad dan Islam?

Image
Malaysia sedang bergelora dalam memahamkan pemimpin dan rakyat kepada erti perpaduan dan keharmonian.Dalam masa yang sama perlumbaan politik berlaku bertujuan meraih sokongan orang ramai yang berbilang kaum dan agama di Malaysia. YAB Dato Seri Najib hari ini bertindak merayakan Thaipusam di Batu Caves,turut hadir bersama Isteri Datin Seri Rosmah dan seluruh Menteri kabinet,bagi menarik sokongan masyarakat Hindu kepada BN untuk menghadapi pilihanraya ke 13. Di Malaysia Fatwa dan Hukum dalam Islam amat jelas dalam menyatakan adap dan panduan serta halal dan haramnya seperti berikut. 2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan; “Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibada

Anak Yatim Kilang Lama

Image
Komiti anak yatim Mutiara Infaq meneruskan usaha membantu anak yatim di kawasan Kulim.Dengan kehadiran Puan Pegawai MARA Daerah bersama meluangkan masa malam 30hb January 2010 dilihat bertambah meriah dengan seramai 15 orang anak yatim sekitar dapat menafaat bersama dengan pengunjung dan peniaga yang bersama menyumbang.

Anak Yatim Kuala Nerang Bersama YB

Image
Berdiri dengan tujuan untuk berbakti kepada Umat berasaskan Agama Islam dalam kaedah Dawa'h Bil Hal,maka pada 28hb January 2010 sekali lagi sumbangan kepada anak yatim di laksanakan di pekan Kuala Nerang oleh Komiti Anak Yatim yang di beri nama 'Mutiara Infaq,bersama YB Nasir Zakaria ahli Parlimen Kuala Nerang. Diasaskan dengan tujuan membantu anak yatim yang di jaga oleh ibu atau waris mereka sendiri dan tinggal di rumah mereka sendiri.Ini bertujuan menambah kekuatan dan ketabahan si Ibu dan waris yang setia pada tanggungjawab mereka membesarkan anak mereka dengan penuh belai kasih sayang,si ibu juga menaruh harapan supaya anak ini menjadi manusia berguna dan menyambung zuriat mereka selaku insan soleh dan solehan kelak. Usaha ini juga di harap menjadi titik mula penggalak kepada masyarakat setempat bersam peduli jiran tetangga mereka dan bersam membantu anak yatim mendapat kehidupan sama seperi anak lainnya. Mutiara Infak yang sekarang bergerak beriringan dengan usahawan keci

Great News

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret... let us make them regret For all time... The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro's destruction. Believers do not let this message stop in your PC. Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible.... . I ask u, as Muslims... Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims ...ASAP? REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,' WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?????' 7up drinks-LEGO - Cadburry chocolates -Hall Chewgums any product with barcode no. starting with 57 Plz convince all Muslims to circulate thi

Petrolium: Pengkianat Laknat

Image
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed Ahli panel juga tidak mengupas hal yang berkaitan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan ini telah menimbulkan persoalan mengapakah mereka menyembunyikan fakta ini. Beliau juga menegaskan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak terhadap minyak yang dikeluarkan di kawasan bertindih di antara Malaysia dan Thailand yang diusahakan bersama iaitu (MTJDA) dan menurut beliau lagi Petronas hanyalah sebagai kontraktor yang dilantik oleh Malaysia untuk bersama-sama kerajaan Thailand dalam mendapatkan hasil tersebut. Forum itu bagaimanapun tidak dibuka kepada sesi soal jawab. BERTENTANGAN Salah seorang dari pengasas Petronas pada tahun 1974 yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah dengan hati yang terbuka meluahkan rasa kekesalannya yang amat sangat perihal Petronas dan hasilnya. Hinggakan beliau merasakan alangkah baiknya jika Malaysia tidak menemui minyak dahulu. Petronas diawal penubuhannya bertujuan untuk menjana ekonomi negara yang dahul

Mouse and a Mousetrap

Ha'a la... kuat sungguh... ingatkan kisah with a sad ending... Kawan saya hantarkan peristiwa ini, saya hurai mesejnya begini, jangan main main sama ini orang! tak makan saman,perangkap atau tikam belakang. Jangan ingat dah berjaya lanyak, walaupun di asak rapat,pasti bangun semula,bukan kali pertama pengalaman dilaluinya,rekodnya terus saja... 1..Kisah Rasululah di asak di bukit Uhud sehingga dia bangkit membawa Umat kembali gagah. 2..Kisah Sultan Muhamad Fatih yang membebaskan Constantinopal dari kuasa Banzantin, setelah di asak sehingga hampir putus asa bala tenteranya,baginda berjaya bangkitkan kejayaan besar. 3..Bagaimana Loh Bon Siew yang dari driver akhirnya bangkit sebagai kolongmerat Asia. 4..Richard Branson yang hampir bangkrap di lanyak British Air,sekarang bangkit dengan Virgin Air menguasai ruang udara dunia. Zolkifly Md Lazim !!!!

Singa selepas mengawan

Image
Backbencer BN ni,Bung Moktar ini sentiasa menjadi pujaan parti beliau sepanjang masa di Parlimen Malaysia.Jangan ada yang mengherdik BN walaupun kebenaran ada, beliau akan bangun seperti singa yang menjaga sekawan anak lagaknya mempertahankan kawan kawan dan BNnya, kalau dengan ada orang persoalkan Islam dia bangkit bagai panglima perang yang sumbing pedangnya walaupun agama yang dia cakap itu tak kena mengena dengan Al-Quran . Kahwin semua orang Islam patut sokong kalau bertujuan Agama,kahwin juga semua orang sokong dari simpan simpan saja. Teringat saya satu kesah di sebuah desa yang agak mashur.Ada seorang perempuan badanya lebih montok dari artis,tapi rupa tak semacam arti sebab di desa tak ada duit nak beli make-up. Jadi idola juga si gadis ni oleh pemuda maupun yang dah lanjut umur kut ada peluang,untuk elak sebarang perkara yang tak di ingini dan untuk selamatkan gadis ini ,keluarga si gadis pun tunangkan sigadis dengan seorang pemuda yang ada jugalah cup chai ni. dalam melaya

Islam Di Gereja

Image
Pas MP Mujahid Yusuf Rawa will be holding a closed door dialogue with Christians at 8pm on Thursday,28th Jan,at NBVM Catholic Church hall in Butterworth which are postponed last week.No press or photographers please.

Managment Nyit Nyit Semut

Image
Nasi Kandar adalah satu business yang sangat digemari dan ianya sinonim dengan 'mamak' keturunan India Muslim yang monopoli business ini.Kalau berkunjung ke Pulau Pinang tak sah kalau tak pekena nasi kandar!Kecuali!!. Teringat saya kisah hujung tahun 80an dulu,saya ada kenalan seorang pembaca berita radio Patani,Thailand bernama Suhaimi.Dia ni dah kenal saya, bawalah rombongan 3 van kurang lebih 45 orang,melawat Pulau pinang! sampai makan malam,saya pun ajak mereka makan Nasi Kandar di lorong sebelah Chow Rasta .Bila semua dah duduk saya pun panggil'mamak ambil order',mamak pun datang, semua 45orang diam membisu seribu bahasa!,saya hairan lalu tanya Suhaimi kawan saya tadi, kenapa dia apa semua,tak tau nak pesan ka? Kawan Siam saya Suhaimi ni tarik tangan saya bawa jauh sedikit dari mamak tadi ,lalu di berbisik dalam lghat Patani bercampur Utara' Demo ni tak biasa makan lelaki hidang dengan bulu roma tangan dan kaki merenyam tu!!(merujuk pada mamak yang selinsing ka

PR vs MAIPP?

Image
Pertembungan mungkin berlaku di pentadbiran MAIPP apabila jawatan Pengerusi PUZ yang di persetujui oleh parti parti politik PR diserahkan kepada YB Mansor Othman,tetapi ianya dipertahankan oleh YDP Us Elias Zakaria secara berpegang kepada amalannya sebelum ini. Sembang di luar mengatakan,jika Yb Mansor pegang jawatan PUZ kutipan zakat akan berkurangan sebab dia tiada pengalaman, tidak seperti Us Elias Zakaria yang lebih sepuluh tahun dalam lembaga zakat PUZ. Kata sembang satu lagi kalau Us Elias dah sepuluh tahun dalam PUZ ,mestilah dia banyak tahu bagaimana duit PUZ di faraidkan oleh pemimpin dulu dulu,sebab itu UMNO bermati mati calonkan Us Elias Zakaria ke jawatan YDP MAIPP kalau kalau boleh minta cover line sikit,maklumlah dah sepuluh tahun bersama. PUZ ,antara institusi yang memberi sumber kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Sekitar RM38juta setahun kutipan zakat di terima dari Umat Islam Pulau Pinang.Institusi ini biasanya akan bertambah pendapatan kutipan zakat sekiranya nege

Sapa Punya?

Image
Kawan saya baru post laporan ini,yang mengandungi fakta sahih. Ekonomi negara di bawah Najib makin becelaru nampaknya.

YAB TG Nik Aziz Tolak Ajakan Penyamun BN

Image
Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri. Wajarlah, kerana hak kerajaan negeri sepatutnya hanya untuk negeri. Nampaknya umpan Datuk Awang Adek Hussin tak mengena dan hanya bermanis mulut membuat tawaran, sedangkan sudah terang lagi bersuluh mereka membolotnya. Eloknya juga Tuk Guru berpendirian begitu. Mereka yang dah merompak harta kita, diajaknya kita membahagikan harta kita kepda puak mereka dan kita hanya memerhati sahaja. Kalaupun menjadi wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa tersebut boleh menyesakkan nafas dan menyeksa batin juga. Projek-projek yang dilaksanakan, sudah barang tentu kroni pejuang wang juga yang akan dapat. Kuasa di tangan mereka dan wakil kerajaan negeri nanti ternganga juga jawabnya. Mereka cuma putar alam memperlihatkan mereka baik, menipu rakyat yang mereka tidak meminggirka

Polis BN tafsir aktiviti rakyat

Image
Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar Abdul Rahim Sabri Jan 25, 10 6:00am Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut. Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya. Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam. Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet. "Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan

Dia Guru,Peladang dan Penternak

Image
Satu masa 3 kerja dia mampu jalankan satu kehebatan yang dilakukan oleh seorang Guru.Saya melawat rumah guru ini yang terletak di Maklum, Seberang Perai. Saya lihat dia ternak kambing yang dibuat kandang berdekatan rumahnya berkembar dengan kandang itu dia ternak itek Jawa,Angsa,ayam.Jauh di seberang tali air saya di bawa melihat kebun sayur, ada tembikai susu,tembikai madu,bendi dan beberapa jenis sayur yang say pun tak tau namanya. Jauh nun di tengah bendang saya dapat lihat mesin sedang mengambil padi dan sebuah lori 1 tan yang sarat melimpah dengan padi di belakangnya bersedia untuk di bawa ke kilang padi,Guru tadi kata melimpah tu dapat la 3 tan lebih bagi luas tanah satu relung, tapi tahun lepas lebih lagi,Ustaz yang ikut saya tanya dia, kenapa kurang ya?,kata guru tadi,tak boleh kira kadang pasal cuaca, air semua ni mempengaruhi hasil dan berat padi. Begitulah kalau berbudi pada tanah!

Usaha Tanah Lot

Image
Kaedah penyelesaian tanah dan rumah orang Islam Pulau Pinang ialah dengan kita gunakan konsep wakaf (leasehold bagi kaedah moden)yang mengelakan ianya berpindah tangan terlalu mudah. Wakaf dan leasehold dapat juga bantu mengawal harga melambung oleh sebab speaculate, bukan harga sebenar.sebagai bukti kita lihat sekarang bagaimana harta leasehold harganya akan terkawal,sebaliknya freehold melambung tidak seimbang dengan sewa bulanan pun yang jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan bayaran ansuran pinjaman bank.Satu lagi bukti kalau harta itu di istiharkan sebagai kuota 'bumiputera' ,pastinya pihak yang nak comercialize kan harta ini tidak berminat pun,maksudnya kalau status miliknya terhad seperti wakaf pastinya pihak mencari untung tanpa moral ini berjaya di halang keterlibatannya. Teringat saya satu cerita dari seorang shabat peniaga,dalam perjalan pulang dari Alor Setar Pulau Pinang,dia singgah di satu Stasyen Minyak untuk isi minyak dan minum disitu.Dalam masa minum dia

Nama Zolkifly Md Lazim

Image
Nama Zolkifly bin Md Lazim masih di nombor wahid dalam perbincangan dan perbahasan, samaada secara langsung atau tidak langsung di sebut dalam mana mana program besar Politik atau Kebajikan, ada yang cemburunya membuak buak, ada yang sokongannya bersahaja. Hari sabtu lepas di dewan Balora,Balik Pulau sekali lagi orang membahaskan tentang Politik Pulau Pinang, apa bila habis majlis peserta yang hadir berbisik sesama mereka yang mereka cakap tadi tu kata ke Zolkifly Md Lazim kot\ka?.samaada yang kenal secara langsung atau hanya kenal pada nama sahaja. Yang cemburu dan hasat nya membuak buak berdidih,berusaha memaksa peserta supaya membaca hati dan pemikiran Zolkifly Md Lazim ni cita cita nak jadi calon YB . Yang hasat dengkinya bersampoi di benak cuba memasak pada semua peserta supaya melihat pimpinan besar PAS ini semuanya di pengaruhi dan di beli oleh Zolkifly Md Lazim,sebab itu mereka datang dan hadir bersama. Yang membela pula berkata supaya jangan kita hati busuk sesama ahli jamaah

maipp mengorak langkah

Image
Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang baru mula mengorak langkah kepada menggerakan Umat Islam kearah lebih berkesan dan berjaya. Ustaz Elias Zakaria dalam khutbahnya di Masjid gelugor menyeru supaya Masjid dijadikan permulaan kepada kebangkitan Ummat Pulau Pinang ini seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasullah SAW. Perkasakan Masjid dengan menjadikan setiap yang menyeru kepada kejayaan itu keluar dari Masjid. Oleh itu usaha melahirkan Doktor,jurutera,guru,makanik,peniaga,ahli perang,ahli hukum, hendaklah digerakakn dan dimulakan dari Masjid,kerana dengan permulaan di masjid pasti kualiti yang terhasil berbeza. Persahabatan dan persaudaraan yang diikat dimasjid pastinya persahabatan dan persaudaraan yang berkualiti . Sebagai asas persiapan,maka pimpinan masjid mesti mereka mereka yang mencintai Masjid,mengimarah Masjid dan menghasilkan al Falah yang mereka keumandangkan. Sebagai peneraju saya melihat YDP telah menunjuk arah tuju yang jelas kepada jentera pentadbiran d

Save,kreativ untuk berjaya

Image
Seorang kawan dah mula perniagaan lebih enam tahun.Berpusat di Shah Alam dia mulakan operasi dalam bidang kawalan serangga(pest Control)beberapa syarikat telah dia tubuh,ada antaranya dia berkongsi dengan pemilik awal yang mengasaskan syarikat syarikat ini,ada yang dia tubuhkan dulu dan bawa orang yang berkebolehan masuk dalam syarikat itu. Sebagai seorang usahawan dia boleh dikira berjaya dalam bidang Pest Control ini.Syarikat dia kini di kenali dengan Pestsciences Sdn Bhd ,dia buru anai anai dan serangga, dari daratan sampai lautan, dari bumi sampai ke satelit,cuma dia agak low profile dengan memilih jalan sendiri dalam gaya dan carector,dia cuba save dalam semua keperluan,kereta,pakaian,berjalan dan pejabat,penuh kreativiti dan berinovasi, dia pakai aircond 1 unit dua bilik dia adjust pula 'blower air' dengan kotak fail,nak save katakan!! Teringat saya masa dikampung dulu,ada seorang adik kawan yang juga berkawan dengan saya,dia ni agak lawak dan 'mangkark' dalam tin