Posts

Showing posts from February, 2010

besi terpakai bertukar duit

Image
Modifikasi, atau ubah suai, satu kreativiti yang banyak membantu sesorang itu menjadi terkenal, atau berubah menjadi jutawan. Di Jawi, Seberang Perai, sebuah workshop yang jauh dari kekalutan kota, telah beroperasi menjadikan absober terpakai dibaik pulih atau 'recond'. Saya agak kagum melihat ramai pekerja seperti sebuah kilang kecil yang beroperasi, mundar mandir pemuda pemuda Melayu sibuk denngan urusan kerja dan yang tertumpu di meja workshop, menggambarkan kepada saya bertapa sibuknya perusahaan ini.Saya juga melihat kehebatan perusahaan dan perniagaan yang tak perlu kepada apa apa keistimewaan atau kelulusan pendidikan yang tinggi, cuma yang perlu ada ketekunan dan nilai kreativiti dan penumpuan. Saya meneman seorang kawan yang nak mem,baiki absober kerisi pajero yang dia anggap rasak.Sampai disana, dalam terpinga-pinga kagum melihat suasana workshop, saya di jemput masuk ke satu bilik kecil berkaca separuh. Didalam saya di perkenalkan dengan seorang pemuda Cina yang na

Lepas Peluang?

Image
Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam. Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengesyorkan agar semua agama di negara ini tidak membenarkan perarakan keagamaan masing-masing di jalan raya. “Saya melihat secara lebih luas, bukan isu di Pulau Pinang sahaja. Saya berpendapat mana-mana agama tidak wajar menganjurkan perarakan sempena hari-hari tertentu perayaan mereka. “Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain... buatlah di tempat-tempat ibadat masing-masing tanpa menyukarkan orang lain,” kata beliau. “Di negara Arab Saudi tidak ada perarakan Maulidur Rasul, di India pun saya rasa tiada perarakan sempena Thaipusam...,” kata

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

Image
KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta. Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008. “Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008. “Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta. ”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan

Cikgu ? by profesion

Image
23 Feb 2010, 11.30 pagi .aku diundang oleh pihak Sekolah Menengah Hutching Penang, bagi membantu pihak sekolah menambah bahan dan keupayaan pelajar tahun3 dan 5, menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Percubaan ini dilakukan, dan akan di nilai melalui prestasi peperiksaan awal tahun. Sekiranya ada peningkatan dan keberkesanan, pihak sekolah akan menggunakan kaedah mendidik dengan kaedah profesion yang diterjemahkan pada pelajar, melalui pengalaman dan pemudahcara. Pening juga permulaan nak sesuaikan dengan pelajar yang penuh dengan idea dan sifat ego kedewasaan mereka di zamam yang di gelar 'teenage'.Dengan tidak di taklimatkan dulu oleh pihak sekolah, akan isi dan latarbelakang, serta masa yang tidak di tetapkan untuk ber komunikasi. Komunikasi yang digunakan dengan kelaku 'teenage' mesti dua hala, bukan satu hala, kalau tidak lebih suara dia dari kita.

Melayu vs Cina ? siapa Islamik

Image
PUTRAJAYA, Feb 18 — Peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan akan dihadkan pembiayaannya kepada beberapa tujuan sahaja, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Georgetown; Pada perbelanjaan kerajaan negeri kali pertama iaitu tahun 2009, Maipp sudah mendapat limpahan bantuan sebanyak RM20.5 juta yang merangkumi pengurusan dan perbelanjaan, manakala pada tahun 2010 ini, dinaikkan lagi kepada RM24.3 juta.YAB Lim Guan Eng menjelaskan fakta.

Separuh Malaya round

Image
Bersama pemilik Klinik Bersalin Keluarga,Kuala Terengganu. Menziarahi Klinik yang di bina bersama Cawangan Kulim, tahun 1998 di Pengadang Baru. Dari Pulau Pinang ke Perak, kemudian menuju Kelantan, dari Kelantan Ke Terengganu. Pahang lalu saja, ke Kuala Lumpur dan Selangor dan Balik Pinang.Tinjau peluang tambah besarkan perniagaan .

Cambahan Ilmu dan Pendapat

Perbedaan Pendapat tentang Mengucapkan Selamat Natal Diantara tema yang mengandung perdebatan setiap tahunnya adalah ucapan selamat Hari Natal. Para ulama kontemporer berbeda pendapat didalam penentuan hukum fiqihnya antara yang mendukung ucapan selamat dengan yang menentangnya. Kedua kelompok ini bersandar kepada sejumlah dalil. Meskipun pengucapan selamat hari natal ini sebagiannya masuk didalam wilayah aqidah namun ia memiliki hukum fiqih yang bersandar kepada pemahaman yang mendalam, penelaahan yang rinci terhadap berbagai nash-nash syar’i. Ada dua pendapat didalam permasalahan ini : 1. Ibnu Taimiyah, Ibnul Qoyyim dan para pengikutnya seperti Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibnu Utsaimin—semoga Allah merahmati mereka—serta yang lainnya seperti Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Huqoil berpendapat bahwa mengucapkan selamat Hari Natal hukumnya adalah haram karena perayaan ini adalah bagian dari syiar-syiar agama mereka. Allah tidak meredhoi adanya kekufuran terhadap hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya

Jutawan Malaysia

Image
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Kekayaan beliau ialah sebanyak RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu . Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86bilion. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat

Kerak Kepala Roti 'Banggali'

Image
Jadi kaya atau dianggap kaya, satu persepsi yang mengundang pandangan buruk, mau pun baik. Biasanya yang kaya akan jadi tempat bergantung, dan tempat minta bantuan oleh orang orang yang miskin. Kebiasaan orang miskin,bila permintaan mereka ditunaikan, mereka puji melangit akan orang kaya yang beri itu.Tapi, sekiranya mereka tak dapat apa yang mereka minta, biasanya mereka akan mengutuk dan kadangkala memfitnah orang kaya yang tidak memberi itu. Satu lagi kebiasaan yang dialami oleh orang kaya atau di anggap kaya, ialah mereka akan didatangi oleh kenalan atau keluarga,mereka yang ada hubungan ini tidak ada kewangan, tetapi ada idea, dan pandai sembang, datang dengan kertas cadangan usahasama atau pelaburan, dalam projek yang nampak menguntungkan, berdasar pembentangan masa itu.Kalau si kaya tolak pelawan dan tawaran(istilah minta sedekah, tak kena), maka dihebahkan yang si kaya kedekut, tak sedar diri, dan dulu susah tak ingat, dah kaya 'x'. Lebih lagi,akan keluar juga kisah yan

Jangan Sampai Hangit!!

Image
13 February, Sabtu. Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh berusaha keras untuk meningkatkan prestasi pelajar tahun 6. Pada tahun lalu prestasi sekolah menurun, menyebabkan saya terkorban, menjadi mangsa kepada waris dan guru, dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG, menggantikan Cikgu Zaidi ketua Pemuda UMNO dan Wakil Rakyat Angkat 'KADUN', Permatang Pasir. Setelah 2 tahun sebenarnya, saya cuba melarikan diri untuk di pilih. Saya tidak akan hadir mesyuarat Agong PIBG, tapi tahun ini dah tak terdaya nak lari. Bila dah terlantik, apa lagi!, rasmi sana, rasmi sini! jadi kerja baru, 'penceramah'. Sembang kerja!! saya kena sungguh, sekarang ini. Saya di minta merasmikan perjumpaan dengan waris tahun 6 , bagi meningkat prestasi pelajar. Macam, mana nak sembang supaya mereka bekerja, dan menyediakan kerja berkesan. Saya pada majlis ini mengingatkan guru bahawa usaha mereka amat baik, tetapi perlu ada fokus dan strategi, supaya target itu tercapai. Pada waris pula, saya tekan supaya m

Bayan Lepas 5 : Sg Rusa 5.

Image
14 Feb, Ahad, Padang Kongsi, Balik Pulau, sekali lagi menerima tetamu, dalam perlawanan persahabatan antara Bayan Lepas lawan Sungai Rusa.Permainan yang bermula jam 5.40 petang tadi berkesudahan dengan pesta gol di kedua belah pihak,keputusan selepas permainan tamat, seri, 5 berbalas 5.

Lajak dari Tayar

Image
14 February, Ahad. Malam tadi saya berjanji dengan keluarga, nak makan di luar,Nasi Ayam. Bergegas saya selepas bolasepak Bayan Lepas Lawan Sungai Rusa, mengejar janji, untuk makan.Setelah bawa keluarga semua naik kereta, saya terus ke kedai makan yang keluarga suka makanan dan masakan, tapi tutup, pula!.Saya terius makan di kedailain. Selesai makan, saya beritahu keluartga yang kawan saya, Ustaz sorang ni, ajak makan sup rumah dia, kerana nak kenduri esok, jadi perut dan beberapa bahagian kerbau, yang disembelih untuk kenduri, dijadikan Sup makan malam.Mereka semua setuju nak ikut makan sup pula!,di Pekan Darat. Sampai dirumah kawan ni tadi, saya lihat ramai orang balik Isyak di masjid, berbaris mengambil makanan yang di jamu secara 'buffed', melihat keadaan itu, saya kata kepada semua keluarga 'jom kita pusing balik'. Semasa perjalanan kesini tadi, melalui Permatang Tok Jaya, saya nampak sebuah kedai tayar yang belum siap sebelum ini, terang menerang pula!, macam dah

Yang Diuji, Berjaya dan Gagal

Image
Mereka gagal ujian dari serangan musuh luar atau masalah dalaman.Mereka berjaya bertahan dari serangan dan ujian...PAS , DAP, PKR Pulau Pinang hilang seorang, gagal ujian duit dan projek . PKR dan DAP Gagal bertahan,Kerajaan PR Perak tumbang. YB PKR di Selangor, gagal ujianjual beli musuh luar. EXCO Kedah terpaksa passing baton, untuk lari dari serangan dan tekanan lawan. Walau kalah dalam Parti, di singkir, dikambing hitam, Mereka setia Ahli PAS .

Maulid- Ul Rasul

Image
Pulau Pinang tidak akan meyambut Maulid ur Rasul seperti tahun sebelum ini,Kenyataan kerajaan Negeri tidak akan mengadakan perarakkan semperna Menyambut ari keputeraan Nabi Muhamad SAW, telah mendapat kecaman dari pimpinan UMNO/BN. Timbalan PM Muhidin Yasin mengatan PR tidak hormati sensitiviti Umat Islam, kerana perarakan ini adalan amalan Agama Islam ??? Fuad Akashi Menteri Pelajaran juga mengatakan, PR tidak bertindak seperti ucapan YAB Ketua Menteri yang mendakwa, kerajaan Pulau Pinang model Umar Abdul Aziz, kerana PR tidak mahu menyambut Maulid ur rasul dengan perarakan.?? Betulkah Islam anjurkan sambutan Maulid seperti itu? lagi peninglah orang bukan Islam di Malaysia, dengan Islam UMNO.Kalau ikut Nabi, Laksanakanlah Syariat anjuran Nabi!!

Adil bukan sukatan

Image
Perbicaraan Anwar 'tidak adil' Feb 12, 10 7:33pm Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil. Kalau bukan Islam pun tidak iktiraf Mahkamah Malaysia, apalagi amalan Islam Kerajaan Malaysia,siapa nak hormati !!

Zahrin:MP Bayan Baru Keluar PKR

Image
Dato Zahrin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, istihar keluar PKR,hari ini.Beliau juga mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang.Beliau sebelum ini, telah membuat kecaman terhadap pentadbiran Kerajaan PR Pulaua Pinang, terutama kepada, YAB Lim Guan Eng. Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?" Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim. Beliau dikatakan telah kecewa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang tidak meluluskan kontrak pengurusan Bukit Jambul Golf. Sebaliknya Guan Eng dalam jawapan balasnya mendakwa, permohonan Zahrin tidak layak, keranan menggunakan Syarikat RM2, dan baru di tubuhkan pada September 2009 dan mohon tender Disember 2009. Zolazim: kalau nak letak amanah setakat sekarang ini, PAS, boleh diharapkan !.tapi kemahiran kurang p

Burung Walid,Nasi Kukus

Image
12 February 2010, aku bersama 3 rakan peniaga, bertolak ke Kota Bharu, Kelantan, bagi meninjau peringkat akhir, perusahan ternak Burung Walid.Rakan rakan aku ni semua, terdiri dari jutawan senyap,kenapa aku berkata begitu?, sebabnya mereka ini, biasanya mempunyai pendapatan purata sehari mencecah lebih RM7000 , tetapi mereka berpakain seperti orang biasa, tak pernah jerut leher atau, pakai Necktie(tali leher).kereta mereka biasa saja, bukan Merce,BMW atau yang se angkatan itu.Kebiasaan melayan atau merai kawan maupun tetamu, di warung dan kedai mamak saja, jadi tak zahir atau terlihat pun' kekayaan mereka, tetapi kalau di siasat harta dan rumah, serta tiket penerbangan, boleh bulat tersembul, biji mata siapa yang melihat. Kota Bharu!,disana aku disambut oleh seorang kenalan lama, yang takdir aku kenali dia,semasa berada di Phnom Phen, Kemboja. Kawan aku ni aku panggil nama Wan, dan bekas seorang pemain bolasepak Kebangsaan. Memang banyak kenalan yang aku kenal, berlaku di tempat ja

Jadual Perlawanan Bola Sepak

Perlawanan Bolasepak persahabatan PAS Bayan Lepas vs Sungai Rusa di padang Konsi, Balik Pulau pada Ahad 13 February, jam 5 petang. Tolong sebarkan bagi sesiapa yang nak bantu jangan buntu.

Bila Kapal Selam tak boleh Selam dan Kapal Terbang Tak Boleh Terbang

Image
Bila Kapal Selam Scopene dikatakan tak boleh selam, pendedahan ini di buat pada sidang Parlimen 2009 dan pada hari ini dimuatkan di dada akbar berbahasa Cina, bahawa kapal selam ini tak boleh selam. diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan. Ahmad Zahid memberitahu, pena matan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi j et-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

Mahkamah Rakyat juga akhirnya!!!

Image
Keputusan 5-0 Mahkamah tinggi yang memihak kepada Dr Zamri sebagai Menteri Besar Perak hari ini, telah mengahantar isyarat jelas kepada Malaysia. Rakyat yang berhak sekarang, PR perlu berusaha, supaya rakyat yang menjadi hakim kepada keputusan Mahkamah tinggi, hakim akan kenal dunia ini, bila rakyat mengembalikan kuasa yang hak. Mahkamah rakyat adalah mahkamah keputusan mutlak, oleh itu teruskan perjuangan! dan bergantung kepada ALLAH.
Terkini 10.57 am : Mungkinkah Nizar sebagai MB Perak?? Selain itu hujah hakim menggambarkan, mungkinkah Nizar diumumkan sebagai MB Perak pada hari ini?????

Menanti keputusan Allah

Image
Ada dua kumpulan sedang menanti keputusan didalam gambar ini. Kumpulan berbaju kuning, dengan slogan 'daulat Tuanku' menerima upah sehelai baju kuning dan RM20 untuk menjerit kalimah tadi.Mereka menggunakan apa saja peraturan yang sesuai dengan nafsu mereka. Kumpulan yang sedang bersujud, dengan slogan 'AllahuAkbar', sedang menanti keputusan Allah, dan redha dengan apa saja kehendaknya. Mereka ini diwajibkan berjuang menegakkan keadilan dan memakmur dunia dengan peraturan penciptanya.

Mahkamah:MB Perak

Image
09 Februari 2010 Terkini 9.25 am : Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk, selain itu seorang dari anak lelakinya juga dibenarkan masuk. Itulah ketatnya kawalan Mahkamah pada hari ini. Semua yang hadir sekarang dalam keadaan senyap berada diluar pintu masuk utama. Jemaah solat hajat masih meneruskan solatnya. Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk. Peguam Ds. Nizar terdiri.. Cah Kok Leong, Nga Hok Chey, Ranjit Sigh, Razlan, Boon Tai Su, Amir Hamzah, Liang Chit King, Miss Joi Leong, Chiang Lek Choi dan Hanifa Maidin dan Zulkarnain. Dipihak BN, Cecil Ibrahim, Ghani Phatail, Tun Abdul Majid, Dato' Kamaruddin, Hjh. Azizah, Majit Singh, Suzana Tan, Andy Razali Jaya, Pemerhati BN, Hafarizan, Abubakar Sidek dan M Reza Hasan. Wakil Malaysian Bar, Mr. Chen Foo Kin.

Perasan

Image
7February 2010. Bayan Lepas ,JKKK telah bertindak sebagai agen kerajaan, dengan melakukan kerja-kerja amal yang selaras dengan aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat.Seperti biasa, setiap perayaan sejak 2 tahun lalu, hari ini, semperna Gong Xi Fa Chai, pihak JKKK Bayan Lepas menyediakan hamper dan 'ang pau', kepada semua orang miskin dan orang tua, sekitar Bayan Lepas .Sambutan yang baik dari orang ramai ini membuktikan rakyat telah menerima pentadbiran baru Pulau Pinang yang nampak lebih adil dan saksama. Kerana ucapan dimajlis itu saya menerima buah tangan 'sms' sebaik selesai majlis, dan saya paparkan di disini. sms 1. Kalau tolong orang islam bangsa melayu yang di tindas, di katakan perkauman, maka nak tolong orang islam bangsa apa di malaysia yang tidak dikatakan perkauman? Pas did nothing to help peniaga islam di tindas and worst abstain from the giving support. Amat memalukan. Pas Dont deserve victory from Allah swt. Pas fi dolallil mubin. sms2. Guang Eng, khianat kpd