Posts

Showing posts from May, 2010

Rezeki yang Di Manafaatkan

Image
'Dan Mereka yang Allah rezkikan , lalu mereka infaqkan'. Saya amat bersyukur dan berterimakasih kepada kawan-kawan yang membawa Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim ini,terus bergerak menjadi pelopor kepada usaha usaha kebajikan dikalangan usahawan penjaja. Artis yang Allah rezki kepada mereka dengan suara dan pengaruh, telah juga men unjuk minat dan komitmen dalam membantu anak anak yatim ini.Amy Search dan Robani telah membantu mengutip dana bantuan melalui lelongan T Shirt yang ditanda tangan oleh Amy.Pada malam yang penuh keberkatan ini, sebanyak RM940.00 telah berjaya dipungut melalui 10 helai T.Shirt ini, ianya mengatasi lelongan di Bertam bulan April lalu.

Seruan Keramat UMNO

Image
Demi menyahut seruan keramat Kerajaan. Perwakilan UMNO akan berjuang supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Genting Highland. Demi duit, UMNO akan lakukan apa sahaja, sebab,kepercayaan UMNO yang berakhidahkan duit boleh beli apa sahaja, Firaun pernah menunjukkan kekuasaan dengan kekayaan yang dia dakwa, boleh beli apa sahaja termasuk nyawa. UMNO mewarisi ekonomi Firaun ini dengan dia halalkan judi. Dengan UMNO halalkan judi, secara langsung dia paksa seluruh kakitangan kerajaan melakukan maksiat dan kerja haram, Polis akan dipaksa berkhidmat menjaga premis ini, dan premis yang dia haramkan.Pegawai Kastam akan dipaksa pastikan import semua hak perjuadian berbayar cukai, Kakitangnan Imigresyen diarah bertindak pastikan tiada pekerja asing tanpa permit di premis judi,warga LHDN akan dipaksa menghambat cukai hasil judi sehingga lubang cacing. dan semua Kementerian dan Jabatan di paksa bekerja dan makan hasil dari perjudian ini.Semua mereka tahu bahawa, daging yang tumbuh dar

Apabila Kerajaan Baik

Image
Majlis Penerangan dan Dailog Gender Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Rakyat hidup Harmoni Program pentas yang lebih 'Intelectual' dari program 'emosional' Setelah saya buat 'prisentation' kepada kerajaan Pulau Pinang, bagaimana membangunkan daerah, membangunkan kebijaksanaan, membangunkan ekonomi rakyat yang di akar umbi, kerajaan terus saja bersetuju dan meluluskan 8 acara sehingga Disember 2010 ini, bertemakan Karnival Rakyat Harmoni. Saya bersyukur kerana Allah izinkan idea ini diterima Jemaah EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang. Acara berjalan pada ke2 kalinya di Padang Awam Jawi, setelah Bertam di Kepala Batas, UMNO mula menunjuk reaksinya dengan menghasut Kementerian Penerangan melarang dan menghalang sebarang iklan, pembabitan pengacara dari kakitangan RTM libat diri dalam acara ini yang di isi dengan 99% usahawan Islam,surat RTM di keluarkan dengan alasan larangan demi 'Kepentingan Nasional'(seolah kerajaan Persekutuan mengha

Mutiara Infaq

Image
Mutiara Infaq : Sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Malaysia, yang menumpukan usaha membantu anak-anak yatim , dengan sumbangan wang dan barangan.Anak yatim yang di pilih, terdiri dari mereka yang masih di jaga oleh waris mereka dan tinggal di rumah mereka.Ini bertujuan mengekalkan kasih sayang sebagai elimen utama pembesaran dan pendidikan asas bagi membentuk jiwa dan peribadi,. Angota : Diangotai oleh beberapa usahawan Malaysia dalam pelbagai bidang, menjadi diri mereka Komiti Anak Yatim bagi menyumbang bakti kepada anak-anak yatim yang masih tinggal dengan keluarga mereka,Sumbangan bakti yang diberikan Komiti Anak Yatim , melaui cara kemahiran serta pengalaman pengurusan dan perhubungan awam, yang disatu dan di padukan dalam Komiti Anak Yatim , MUTIARA INFAQ. Aktiviti : MUTIARA INFAQ, melalui Komiti Anak Yatim , bergerak melaui Pesta, Expo serta Karnival, bagi melobi usahawan lebih ramai melibatkan diri dengan kegiatan bantuan anak yatim in

DI HUJUNG TANDUK

Image
PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat. Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik. Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan. Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka. "Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( kanan, bersongkok

POLIS Pembela UMNO Berjudi

Image
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull. Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat. Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),

Mujahid Tembusi Gereja Sungai Petani

Image

Satu Panggilan bernilai RM2000

Image
Satu Panggilan nilai RM2000, ini satu cerita benar yang sedang belaku sekarang, pada kawan- kawan saya.Sebelum ini mereka semua terkenal dengan kerja yang melucukan dan menjadi bahan ketawa kawan lain, kalau kita semua berpeluang seperti ini, tentu kita semua tak mahu buat kerja lagi. 4 tahun lalu saya kenal mereka sebagai penjual jeruk jalanan dan pesta pantai, selepas 2 tahun saya dapati mereka menjadi pengurus 'Fun Fair', sekarang mereka menjadi kordinator kepada karnival dan expo bagi pihak Kerajaan Negeri , Kementerian, dan Agensi Kerajaan.Sehingga bulan Disember ini mereka bakal mengendalikan hampir 20 acara diutara Malaysia. Ini semua berlaku sejak mereka mengenali saya, dan saya menganjurkan mereka bertukar pandangan dan pengalaman setiap kali berjumpa. Satu lagi ialah, mereka semua bersetuju menjadikan amalan derma dan infaq sebaga budaya kerja, akhirnya selepas 2 tahun, mereka melihat dan merasai hasilnya. Satu penyertaan usahawan dan peniaga,di Karnival dan Expo, sew

Beri Segantang Emas Tukar dengan Segantang Pasir

Image
Sekiranya perniagaan, maka dianya satu yang boleh dirakamkan dalam buku penglipur lara kanak kanak. Sekiranya dianya satu pengurusan, boleh kita jadikan buku sisipan pada buku Kancil satu, dua, tiga, lekuk!! Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009. Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia. "Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya.

Koc Komuter khusus untuk wanita .

Image
2010/04/27 KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok. Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu. "Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB. Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini. Koc

Ibu Negara Turki: Kaum Perempuan, Korban Invasi Barat

Image
03/05/2010 pada 2:41 am · Dikirim dalam Luar Negara and tagged: Dunia Islam Emine Erdogan, isteri Perdana Menteri Turki Recep Tayyep Erdogan mendesak negara-negara Barat dan Eropa untuk memberikan perhatian khusus pada kaum perempuan yang menjadi korban invasi negara Barat. Emine dalam pidatonya di depan Parlemen Eropa di Brussels mengatakan, invasi menjadi penyebab tragedi kehidupan kaum perempuan di Irak dan Afghanistan yang sampai saat ini berada di bawah penjajahan pasukan Barat pimpinan AS dan kaum perempuan di Palestina yang selama bertahun-tahun di bawah penjajahan rezim Zionis Israel. “Negara-negara maju tidak mendengar jerit tangis kaum perempuan yang mengalami penderitaan yang dalam dari sejarah yang terjadi di Afghanistan, Irak, Palestina dan Sudan. Dunia tidak peduli dengan kekerasan yang menimpa kaum perempuan di Timur Tengah akibat perang, pertikaian dan terorisme,” kata Emine dalam pidatonya yang bertajuk “Perempuan Turki Menuju

Pesta kan ekonomi Penjaja Jalanan

Image
Nyanyi sambil berkain pelikat bukan pelik bagi Ustaz Akhil sebaliknya satu kelainan yang dipamerkan. Walaupun berkeadaan begitu namun tidak langsung mencacatkan persembahan bahkan lebih mencuit hati penonton dengan gelagat dan kata-kata yang diucapkan. Beliau berjaya menggunakan keseluruhan pentas untuk menghiburkan penonton di Karnival Rakyat Harmoni di Bertam, Kepala Batas dengan beberapa buah lagu topnya. Manakala isterinya, Waheeda begitu sibuk menjual produk Khall iaitu Cuka Kurma keluaran nrbashirah di mana Ustaz Akhil sebagai duta barangan tersebut. Kertas cadangan saya kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melonjak ekonomi rakyat bawahan di Pulau Pinang menjadi kenyataan, dan ianya di buat dalam bentuk di pestakan ekonomi dan usahawan ini. Pulau Pinang yang terkenal dengan pusat hartanah mewah, memungkinkan tidak akan ada langsung usahawan jalanan(gerai haram) ini memiliki harta dan gedung jualan, sekiranya tidak di buat sesuatu usaha bagi mesrakan usahawan dengan

Pengawal istana Kelantan parah ditembak

Image
Mei 1, 10 5:20pm Seorang pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan cedera parah di bahagian dada apabila ditembak oleh individu yang tidak dikenali dalam kejadian tengah malam tadi di Kampung Sungai Nyior, Palekbang Tumpat. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata kejadian dilaporkan berlaku pukul 12.25 tengah malam ketika mangsa Ramli Mohd, 50, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang selepas tamat waktu bertugas di Istana Negeri pada tengah malam. "Sampai di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai dada mangsa," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini. Menurut Abdul Halim, sebelum itu mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan telah diekori dua lelaki sebelum menghampiri mangsa dan melepaskan tembakan. Beliau berkata maklumat awal juga menyebut suspek yang tidak puas hati dengan tembakan pertama dikatakan berpatah balik dan melepaskan sat

SAMBUTAN HARI BURUH:6 DITAHAN

Image
Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 orang berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam, dekat Dataran Merdeka - tempat pelbagai program awam diadakan. Penyelaras program S Arutchelvan dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul. Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada mereka untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan. Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai dari Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa. Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan