Posts

Showing posts from June, 2010

Masih berpeluang sertai Misi Ramadhan ke Palestin

SHAH ALAM, 27 Jun: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu. Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya. "Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan

Bersama Anak Yatim Baling,Kedah

Image
Bersama Yb Johari menyampai Sumbangan bagi Pihak Peniaga Bergambar bersama Petugas DUN Kupang dan DUN Bayu ,dengan Anak Yatim di Baling. Membantu Yb Johari menyampaikan sumbangan di pentas Berucap ringkas, meraikan penderma dan petugas Asyik mendengar taklimat wakil Usahawan

ledakkan Kebajikan

Image
Mampukah kita jadikan negara ini sebagai negara kebajikan, Muktamar baru lepas di Putik, Kelantan, kita lihat dan dengar dah berkurangan dan tak bermaya asakan ,ajakan, seruan, laporan dari perwakilan berkenaan kepentingan selogan 'kebajikan' Marilah sekali lagi kita sama-sama perkuatkan kebajikan, sebagai pendekatan gerakkan da'wah dan kempen, ramai sangat di luar sana sedang menanti dan berharap, setelah polisi Kerajaan BN terus membangunkan negara dengan 'cukai,cukai,cukai', 'komisyen,komisyen,komisyen'. Moga Allah jauhkan kita dari perangai dan idea,'cukai,cukai,cukai', 'komisyen,komisyen,komisyen'.Jangan sampai sembahyang mayat pun nak commercial dan Komisyen.

Paramugari Tak Ada Perut

Image
Pengalaman terbaru saya terbang bersama AirAsia ,dari Hong Kong balik Ke Pulau Pinang, banyak memahamkan lagi saya, akan perinsip syarikat penerbangan ini. Prinsip dan asas koperat yang diamalkan dan dibudayakan kepada amalan kerja dan business syarikat ini amat dibanggakan sebahagian orang. AirAsia juga memenagi banyak anugerah tempatan dan antarabangsa dlam pengurusan dan perkembangana syarikat penerbangan tambang murah ini, tak kurang juga bos nombor 1 sysrikst ini juga, banyak mendapat penghargaan dan pengiktirafan dunia. Tetapi setelah beberapa kali saya menjadi penumpang syarikat ini, baru saya nampak sikap sebenar syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata, bukan perkhidmatan atau moral koprat yang dimiliki.Ini berikutan satu kes dimana, seorang budak berusia tahun yang duduk di bangku paling belakang dan paling hampir tempat simpanan makanan dan pekerja penerbangan ini menyediakan kehendak penumpang.Budak ini terbang awal pagi dan menaggis kelaparan, siibu berusaha m

China yang menggamit

Image
Lawatan ke Hong Kong dan China tahun ini amat bai. Dari 11 June hingga 16 June banyak memberi peluang dan hubungan yang lebih kepada syarikat. Keluarga serta anak-anak saya juga mendapat banyak maklumat baru dan perkembangan terkini pasaran, teknologi, kenalan serta fesyen yang terkini. Bermula dengan ketibaan di Hong Kong Airport, kami terus ke Shenzen di tanah besar China, dimana hotel penginapan dan acara telah tersedia. Pertemuan dengan Gadis genit yang berjawatan serta ber 'career', Linor Wang, Pengurus serantau bagi Asia Tenggara dan Jepun Korea serta Taiwan bagi Shenzen Spring Medical Tecnology Ltd. yang berpusat di Shenzen, China , banyak memberi peluang hubungan dan peluang kepada perniagaan serta teknologi terkini.Setelah berbincang dan bertukar maklumat kami di jamu selera di Restoran besar yang kami kena modifikasi menu makanan kerana di sini tak ada restoran Muslim yang berdekatan, Alhamdulillah! itu pun hampir lincin pinggan. China di landa fenomina 'Free Thin

Selak Kain sendiri

Sedang saya minum petang di Taman Tun Sardon, Gelugor, bersama kawan kawan , saya menerima sms sahabat sebegini,. 'A,kum,Akhi,respon 2 isu>1-ada ka masjid di penang dilarang azan masa dap perintah. 2-tanah melayu drampas d penang?nak jawab ke umno dalam fb.Dia kata apa peranan pas dalam isu tu?. Saya malas sebenarnya, nak jawab soalan bodoh UMNO ni, sebab UMNO ni duduk di Pulau Pinang 50 tahun, dan selepas 2008, PR bagi dia duduk diam-diam.dia kata meja kerusi kotor, kita tanya dia mana kotor?, dia tunjuk dalam kolar baju dia, dalam pegelangan tangan baju dia, itu daki dari badan dia. bukan kotoran dari luar!! Saya jawab sms tadi begini,'Guan Eng hadir sama rasmi surau KOMTAR, 2 hari lepas, Melayu yang tanya AZAN tu,tak sembahyang di masjid surau kot?, UMNO Jelutong dok dalam laut 50 tahun dah,pasal Guan Eng jual tanah depa dulu-dulu!!. UMNO sekarang menjadi semakin jahat, dengan perangai suka selak kain sendiri, bagi orang ramai tengok kemaluan dia, UMNO dia tak malu. dia d

Pulau Pinang Tetap Halang Judi Sukan

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp. Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri. Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya." "Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini. Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan. Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan. Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Cabutan Bertuah Di Jawi

Image

PAS serah memo ke Kedutaan Amerika, bantah Israel

Image
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali. Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid. Lebih 200 warga prihatin turut ber