Posts

Showing posts from February, 2011

Hadarah, Proses dan Kematangan

Image
Apabila Pentas yang dimulakan 5 tahun lalu sebagai Expo, Karnival, dan apa juga namanya ini, telah berjaya membawa kerjasama syarikat-syarikat, kelab-kelab, Ngo Kebajikan dan Parti Politik, kearah Makruf dan Menentang Mungkar. 1 .Kemungkaran Feista yang penuh kegiatan maksiat diubah menjadi Ibadat, 2. Kemungkaran pemikiran kelompok yang memesongkan berjaya di bawa bekerjasama. 3. Kemungkaran pemilikan harta melampau berjaya di serahkan kembali kepa haknya. 4 . Kemungkaan amalan, hanya tempat tertentu sahaja boleh berda'wah, telah berjaya dipecahkan dengan seluruh bumi ini digunakan sebagai lapangan Da'wah. Kawan-kawan semua boleh menarik nafas panjang, apabila usaha mereka yang menjadi penganjur ini, terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan dikalangan pelajar sekolah pondok , mula membuahkan hasil spiritual yang bernilai tinggi. Mereka menjadi penganjur acara, antara syarikat yang terhebat di utara Malaysial. Mereka menjadi buruan kepada sesiapa sahaja yang berhajat un

Takziah PAS Kpd Erbakan, Mentor Gerakan Islam

Image
( GAMBAR: Erbakan (kanan sekali) dalam satu majlis makan bersama para tetamu satu perhimpunan. Turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, no 3 dari kanan ). KL 28 Feb 11: PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam. "Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

PAS dan Orang Asal,

Image
Kalau Saya Lahir sebagai Orang Asli... YAB Tuan Guru Dato, Nik Abd Aziz.

Merlimau Mengamit Jiwa

Image
Unit Amal sedang dalam pembarisan, sebelum Penamaan Calon, siap sedia menyumbang khidmat Muslimat yang berjiwa dan bersemangat Sumaiyah, sedang bergerak mehayun buaian perjuangan DAP yang setia dan meyakini, akan kejujuran, amanah dan istiqamah pejuang PAS. Mereka tidak pernah kurang dalam menyumbang bakti. Ust Nasrudin, Timbalan Presiden PAS sedang mengiringi calon ke Pusat Penamaan.

Anak Yatim Kulim Lagi

Image
27 Feb: Anak yatim Kulim kali ini banyak membawa erti. Majlis yang belangsung ini, telah menempa sejarahnya sendiri, Father Claymen yang menjadi pimpinan sebuah Christian Assembly, di Kulim, telah turut naik pentas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, yang ditaja Mutiara Infaq. Pengalaman bersama Yb Dr. Mujahid ketika berdailoq dalam banyak Gereja di Malaysia , telah saya gunakan, bagi menarik minat masyarakat Kristien kepada Islam. Sepasang Peniaga Cina ini juga telah secara aktif melibatkan diri dengan Mutiara iInfaq , dalam menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. Ariffin Bin Abd Rahman, ahli Majlis Perbandaran Kulim, yang juga turut serta, menjadi orang yang bertanggunjawab kepada Dewan Undangan Negeri Kulim. Beliau amat berbangga dengan kerja amal anjuran Mutiara Infaq di Kulim imi

BAS Tempur DiMerlimau

Image
25hb Feb. Malam ini kira-kira jam 9.malam, sekali lagi saya dengan kawan kawan berusaha, dan InsyaAllah akan berjaya menghantar satu BAS penyoko ng, bagi meramaikan penamaan calon Merlimau. Oleh kerana Merlimau yang umum dulu tarikhnya oleh SPR, maka Merlimaulah yang saya ambil kira. Tapi SPR dah buat gila, dengan mempercepatkan tarikh mesyuarat dan membuat keputusan PRK Kerdau, disamakan dengan tarikh Merlimau. Saya kira Merlimau diutamakan sebagai destinasi tempur saya. Ramai adalah satu faktor pengukur akan sokongan serta kejayaan sesuatu kumpulan dan perjuangan itu, PAS memang dikenali dengan ramainya kehadiran dan kesetian serta pengorbanan penyokong serta ahlinya. Ramai juga, diperlu dalam memberi sokongan moral kepada PAS di Merlimau, atau mana-mana lokasi yang menjadi medan tempur pilihanraya. Dan PAS sentiasa berjaya memenu hi keperluan dan tuntutan ini. Tapi perlu diingatkan, PAS pernah tinggal 2 kerusi di Parlimen, dan ketika perhimpunan dan ceramah PAS penuhnya orang sampai

KWSP Di Rompak Terang-Terangan

Image
Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC BN akanTerus jadikan KWSP tabung keluarga mereka, kalau mereka sesak mereka ambil, kalau mereka sengan mereka belanjakan sampi lincin. Berapa gaji CEO GLC, apa hubungan CEO GLC dengan UMNO? Harga rumah teres 2tingkat di Bayan Baru RM800,+++.++. Pemilik perlu bayar ansuran Bank melebihi RM6000 sebulan, sebaliknya harga sewa rumah teres 2tingkat di Bayan Baru Pulau Pinang, bawah RM1000.00 sebulan. Harga sebuah rumah teres di Segambut RM 900,+++.++. Pemilik perlu bayar bulan lebih RM7000++ sebulan. Rumah sewa di Segambut tidak melebihi RM 1000 se bulan. Harga sebuku Roti 600g, melebihi RM3 . Gaji seorang tukang cuci RM20 sehari Nasi kosong sepin

Kaya Berniaga Limau Purut

Image
Store Pengumpulan Limau Purut di Batu Tiga, Klang Limau Purut Yang Dibawa Dari Bangkok Ke Port Kelang Kotak Kaffir, Pembungkus Limau Purut Sebelum Ekspot ke Perancis Buah Limau Purut Yang Baru Sampai Sdr Samuri Sedang Menilai Qualiti Buah, Bersama Hj Hussain Pembekal dari Siam 22hb Feb: Banyak bomoh ka di Prancis tu? Perancis menjadi pintu masuk kepada ekspot buah dari Malaysia. Antara buah yang dihantar, ialah Limau Purut , atau Citrus Hystrix DC bahasa saintifik . Saya dihubungi oleh Hj Ramli pada pagi Isnin. Dia ajak saya temankan dia ke Hatyai, untuk menjemput kawan yang saya juga kenali, Hj Hussain dari Patani. Tapi hj Husain akan datang dari Bangkok, ibu negara Thailand. Beliau dalam perjalanan dari Bangkok ke Pelabuhan Klang, dia membawa buah Limau Purut yang diminta oleh sebuah syarikat Malaysia yang berpengkalan di Klang, buah tadi akan di ekspot ke Prancis, sebagai makanan yang amat digemari di sebelah Eropah sekarang ini. Buah Limau Purut sekarang ini amat berkurangan

Mutiara Infaq Di Kg Asli Slim. Perak

Image
20hb Feb. Bermula seawal subuh, semua anggota Mutiara Infaq, Komiti anak yatim, telah berhimpun dengan bersolat subuh jamaah di R&R Juru Hinghway. Persiapan barang-barang sumbangan dan anggota disusun mengikut aturcara. Dengan 7 buah MPV, dan sebuah Pickup. Anggota Mutiara Infaq akan bertolak, dan dirancangkan supaya sampai di Toll Sungkai, sekitar jam 9 pagi. Oleh kerana subuh agak lewat waktu sekarang ini, 7.30 pagi baru rombongan ini dapat bergerak. Rombongan ini menletakkan sasaran kelajuan, 150km sejam bagi sampai ikut jadual Rombongan ini akan bergabung dengan Otai SYM Bikers seramai 40 armada motor, dan dengan kekuatan 80 anggota, serta 2 buah Pickup yang diisi sarat barang-barang sumbangan untuk anak yatin dan fakir miskin. Mereka dari Otai SYM Bikers ini, sudah berada diGopeng bagi tujuan sama sehari sebelum, dan bermalam di Home Stay diGopeng, dan menyampaikan sumbangan kepada rumah anak yatim di Gopeng. Dengan gabungan ini, KONVOI yang di namakan 'KEMBARA CINTA RASU

Orang Asli Kg Pisang, Mukim Slim.Perak

Image
Dr Mujahid, Lajnah Perpaduan Nasioanl,Sedang Sampaikan Sumbangan Di Perkampungan Orang Asli. Kg Pisang, Kg Rasau, Mukim Slim.Slim River. Mewakili Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim.Mewakili Klab Motor Otai SYM. Dan Tunas Niaga Niaga Amin,(bertuala dileher) Peguam Muda yang menjadi tonggak, hubungan Orang Asli dan PAS di Tg Malim Anggota Mutiara Infaq dan Abd Salam, NYDP PAS Tg Malim, serta Ajk Kawasan. Sedang merancang acara, sebaik sampai di Kg Orang Asli. Separuh Keluarga Terlibat Bersam Di Kg Asli Mukim Slim .

Mahkamah Kekal Adun Pelabuhan Kelang

Image
Mahkamah Malaysia yang tidak digemari pelabur asing Singapura menjadi pilihan tandatangan perjanjian syarikat antarabangsa kerana Mahkamah diyakin i. Isnin 14hb, saya berada diKuala Lumpur, kerana meneman kawan berurusan hartanya yang berjuta Ringgit nilainya. Harta yang disalah urus oleh sebuah syarikat yang tersenarai dibursa saham BSKL. Pada mulanya dia berhasrat nak bawa kes ini ke mahkamah, tetapi dibantah oleh seorang kawan dikalangan mereka. Kawan mereka yang membantah ini, bekas CEO syarikat no 1 di Malaysia. Beliau nasihatkan tidak masuk mahkamah atas pengalaman beliau sendiri. Beliau telah didakwa oleh majikannya 7 tahun lalu. Kes beliau berjalan di Singapura, Nasib baik di Singapura, setahun selesai kes! Kata beliau. Kalau diMalaysia, kita mati dulu, kes dok dalam mahkamah lagi. Kes dia dengan majikan yang sama, satu lagi, tapi berjalan diMahkamah Malaysia, sampai hari ini belum berkeputusan Kenyataan beliau itu saya bawa kepada rakan kongsi saya, sebelah petangnya. Dia penc

Dailog Keamanan Islam dan Kristien

Image
Makan Malam Bagi Membincangkan Hal Pemuda Majlis Gereja Malaysia Isteri Saya Turut Memberi Semangat Kepada Ustazah . Bila saya baca akan komen atau bantahan Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM), berhubung dengan kenyataan Ust Siti Nor Bahyah sambutan Hari Valentine oleh Umat Islam. Saya terus hubungi kawan untuk nasihatkan Siti Nor Bahyah supaya menggunakan kesempatan ini untuk menggerakkan satu usaha besar menggempur maksiat yang dipelopori oleh agen-agen yang di lesenkan kerajaan Malaysia. Ust Wan Akashah, terus hubungi saya bagi mengatur perjumpaan. Saya diminta hadir ke Kuala Semeling, disebuah Restoran bersebelahan sungai yang menempatkan bot mewah. Apabila diminta penjelasan, saya terangkan akan kelebihan keadaan ini, dan keupayaan menonjolkan Ustazah sebagai peledak yang akan memacu dailog keamanan. Kata saya! Apabila Kristien kata, Valentine Day dan Santa Claus bukan dari Kristein, saya rasa, inilah peluang kita mencari kedamaian antara dua agama langit ini. Ustaza

Merlimau Belum Kerdau Pula

Image
Calon Tenang, Cikgu Mala, Antara Komanden dan Pembawa Bendera, Mana Puncanya Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian BN sebelumnya. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos. Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69% pengundi adalah berbangsa Melayu,21.11% Cina,14.16% India dan baki 0.04% pengundi lain-lain kaum. Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya seb

Sidang Diskusi Mesir

Image
Dr Hata, Dr Syed Azman sedang sambung berbincang di luar dewan Dato Mustafa, Dr Rosli, Dr Halimah, masih berurusan selepas bersidang. Saya ada temujanji dengan Yb Dr Hata Ramli di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut. Sampai disana jam 10.30 pagi, dari basement, saya terus ke tingkat 5, biasanya disitu tempat mesyuarat atau taklimat kecil berjalan. 'alahuakbar tuan, sampai masuk terus dalam, ada diskusi Mesir' sms diterima dari Dr Hata, apabila saya maklum saya dah sampai, dan dimana nak jumpa. Saya malas nak masuk dalam, jadi saya duduk berihat dilobi tingkat 5, boleh juga saya membaca. Jam menunjukkan 12.00, tapi majlis belum habis, tapi seorang demi seorang keluar ambil angin dan buang angin. Ada yang keluar dan balik terus,, antaranya Yb Yusmadi (Mp Balik Pulau), semua datang bersalam agak mesra dengan saya, dan bertanya bila sampai, dengan diperhati oleh seorang pimpinan muda yang duduk banku depan saya sejak tadi lagi, saya pun tak berapa kenal dia, dia, lagi tak kenal say

Raya Cina Jangan Jalan, Nanti Jalan Kaki

Image
5hb Feb; Selepas saya selesai majlis sumbangan anak yatim di Changloon bersama Dato Dr.Isa, saya terus masuk Thailand. Selesai urusan pasport dah jam 11.50 malam. Untuk teruskan perjalanan pada malam hari begini, saya perlu mata wang Bath Siam, kalau tidak, semua chargenya akan bertambah, atau tiada siapa akan berurusan dengan saya. Rupanya di sempadan Kayu Hitan atau Danok, di sebelah Siam ini, ada perkhidmatan tukar wang 24jam. Siapa yang berurusan sehingga ke pagi subuh ni? Siapa yang berani bertukar wang melalui jerjak besi , malam buta begini? Rupanya pelangan mereka terdiri dari, kupu-kupu malam yang menjadi pelayan sex kepada pelancong asing, sudah tentu yang paling ramai orang Malaysia. Dalam beratur menunggu giliran, ramai wanita berpakaian sexy yang menunggu Ada yang berpasangan dengan bapa ayam atau ibu ayam, si pengapit akan belegar dalam kedai untuk melihat hiasan dinding atau barangan yang dipamer untuk jualan. Wang yang mereka dapat dari pelangan sex, terus ditukar dalam

PAS Bertanding DiMerlimau

Image
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu. “Tidak benar, tidak benar,” kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau. “Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar,” katanya. Anwar menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan sokongan keseluruhan jentera PR membantu persediaan menghadapi pilihan raya kecil it

Kali Pertama Bersama Dato Dr Isa dan Anak Yatim Di Changloon.

Image
Dato Dr Isa sedang meyampaikan sumbangan Yang kecil nilainya, biar saya yang sampaikan . Kali pertama saya dapat bekongsi pentas dengan Speaker Kedah. Dato Dr Isa bin Ismail, dalam majlis sumbangan kepada anak yatim di Cangloon. Majlis yang diadakan pada 5hb February, semperna EXPO RIANG RIA, telah berjaya disempurnakan dengan baik sekali. Dr Isa yang sering saya dengan namanya, dan mutakhir ini amat popular dalam kes gantung seorang ADUN Kedah, YB dari DUN Siputeh. Dalam kepala saya, pasti garang dan kasar orangnya, manakan tidaknya, seorang YB dari gergasi BN, dia tendang keluar begitu saja. Tapi apabila dia duduk minum bersama, dan dipentas juga bersama, rupanya berhemah orangnya. Dia amat baik dalam susun atur bahasanya. Dalam majlis tersebut, beliau menyeru pihak yang menguruskan anak yatim menyedari, bahawa mereka dan Rasullulah amat dekat, berdasarkan hadis nabi yang mengisyaratkan hubungan mereka itu ibarat, jari telunjuk dan jari tengahnya, rapat dan bergandingan. Dia telah

Di Bagan Serai, Anak Yatim Bersama YB Siti Aishah

Image
Anak Yatim, waris, dijamu sebelum menerima sumbangan yang terpaksa berkandar bawa pulang. Menanti acara penyampaian sumbangan anak yatim di Padang Serai pada 30 January Anak Yatim Yang dilimpahi Hadiah. Bersama YB Aishah, Ahli Majlis Serta Krew Karnival .

Anak Yatim DiPantai Merdeka 6 Feb.KEDAH MULA MESRA.

Image
Badrul Hisham Bin Bahari Ahli Majlis Perbandaran, sumbangan kepada anak yatim Anak Yatim Diraikan Bersama Pemimpin Masyarakat Setempat Wakil Media dan Syarikat, Turut Serta Sampaikan Sumbangan Tapak Pantai Merdeka ini pernah menjadi kontrovesi. Dua tahun lalu, apabila saya membawa pihak Evant Managment ini mementaskan semua dasar kerajaan Negeri Kedah. Masa itu, saya bersama syarikat ini, telah menggunakan portfolio Belia, di bawah EXCO YB Dr. Hamdan. Tapi mungkin masa itu kerajaan Kedah baru dapat kepada PAS, jadi mereka agak berhati-hati dan takut untuk menggerakan rakyat melalui acara-acara pentas, seni, dan budaya, serta platform Belia. Kalau Belia, kerajaan lebih tumpu kepada sukan padang, samada bola, atau lain seumpama itu. Dan masa itu juga UMNO, masih mampu menggerakan jentera kerajaan melalui pintu belakang. Apa yang UMNO buat, mereka mohon tapak Pantai Merdeka ini atas nama tertentu dengan pecuma, dan mereka serahkan kepada Syarikat penganjur Evant ini. Dan dalam masa yan