Posts

Showing posts from February, 2013

Kayuhan Rakyat

Image
HAPUS tol jambatan pertama Pulau Pinang sudah menjadi buah mulut dikalangan rakyat Pulau Pinang. Ini semua berlaku atas kesungguhan ank muda yang membawa isu rakyat ini ke pesada politik Malaysia, Ketajaman Ketua Pemuda PAS Bukit Bendera melontar idea ini dengan disambut oleh Ketua Ketua Pemuda PAS peringkat Kawasan dan AMK, serta DAPSY telah mempercepatkan lagi cetusan ini merebak keseluruh negara. Kini fasa pertama pengenalan telah berjalan dengan baik dan ikut perancangan. Fasa kedua membawa semua rakyat Pulau Pinang bersama mendesak kerajaan Persekutuan membatalkan syarikat pemegang konsesi yang tamat pada 2018 tetapi telah secara diam diam disambung kepada syarikat baru dengan tambahan 20 tahun lagi , menjadikan 2038 sebagai cagaran kerajaan Persekutuan kepada syarikat kroni bagi mengutip tol Jambatan pertama ini. Sasaran sejuta tandatangan rakyat sedang giat diajalnkan bagi menjayakan usaha ini. Kronologi tidak dapat di sahkan Jambatan Pertama Pulau Pinang. Mula bina