Posts

Showing posts from February, 2014

Bantu Yatim Walau Bukan Islam

Image
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB NIBONG TEBAL - Michael Khor, 12, dan Fanamugesan a/l Maram bersama-sama 18 anak yatim beragama Islam lain menerima pelbagai sumbangan pada Karnival Raud hah @Masjid di Sungai Bakap, malam tadi. Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Mutiara Infak Malaysia (Mutiara Ingat) Zolkifly Md. Lazim berkata, ajaran sebenar Islam menuntut dibantu anak-anak yatim walaupun mereka bukan beragama Islam. "Nak bantu bukan perlu tunggu anak yatim ini mesti Islam, sebab apabila Allah jemput ibu atau ayah mereka, ertinya semua kita ada tanggungjawab sebagai ibu ayah anak-anak ini seperti dilihat pada malam ini," ujar Zolkifly semasa merasmikan majlis ini di perkarangan Masjid Kepala Gajah di sini. Selebriti TV9, Aqhil Hai Rawa turut hadir sebagai tetamu utama keraian tersebut. Hadir sama, penganjur karnival DUA Event Sdn. Bhd. Khairudin Hj. Ahmad (Din Ulaq Ayaq), Izham Hashim (Presiden Mutiara Infaq), Abdul Rahman Ramjan (Yang di-Pertua PAS Kawasan Nibong Teba