Wahabi Dalam Pengurusan dan Perniagaan

Dunia terus berkembang laju, dan teknologi maklumat telah sekali lagi meledakkan perkembangan dunia yang bergerak lebih pantas dan maju.

COX Bazar Rohingya di Bangladesh
Kepantasan dunia berkembang dalam semua bidang, memberi peluang semua disiplin amalan, dan ilmu, boleh diketahui oleh semua manusia yang boleh membaca dan menulis. Kelajuan perkembangan dunia ini juga membuatkan manusia saling berhubung dimana saja mereka berada.

Ketika saya berada di COX Bazar, sebuah bandar pelancungan Bangladesh yang dipenuhi oleh pendatang Myanmar atau lebih tepat Rohingya. Mereka menjadi penghuni yang dinafikan pendidikan dan kerakyatan. Ramai anak muda mereka tidak bersekolah, tetapi boleh berkomunikasi dengan internet, Facebook, email.
'Where can I find internet cafes'? , terus saya dibawa ke satu komplaks yang sesak dengan anak muda yang tidak bersekolah secara formal, sedang berkomunikasi dengan komputer masing2

'Borderless' atau 'dunia tanpa sempadan' telah menjadi realiti. Apa kejadian yang berlaku di Barat dunia, diketahui dalam masa yang sama di Timur dunia, Pendaki kita di puncak Gunung Averest dapat diikuti oleh mereka yang berada dalam kapal laut Virgo yang sedang belayar di Laut Selat Melaka.
berjemur di pantai COX Bazar

Tiada siapa boleh mendabik dada mengatakan dia yang lebih mengetahui,atau dia lebih dominasi dalam dunia siber sekarang ini.

Mengurus sebuah organisasi perniagaan tidak boleh lari dari kritikan pengguna yang mendambakan janji dan tawaran organisasi. Samsung mesti menjual gajet telepon tangan dengan janji aplikasi, sistem, warna, dan bentuk yang dipaparkan. Sebarang perbezaan dari janji tawaran tadi, belh menyebabkan Samsung gulung tikar, sebab ditinggalkan oleh pengguna dan pelanggan setia.
Mereka tidak boleh mendabik dada dengan kata 'IKLAS' melainkan mereka mampu Delever on The Promise. Atau akan terima jawapan Promise Everything Delever Nothing,

Pengeluar utama kereta, Toyota menarik lebih tujuh juta kenderaan keluarannya termasuk model Yaris, Corolla dan Camry kerana mengalami kerosakan pada suis tingkap.
Ini secara tidak langsung memberi kerugian ke atas 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China.
Ini langkah penarikan balik terbesar selepas pengeluar kereta Ford pernah menarik semula lapan juta kenderaan mereka pada 1996.
Toyota bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku akibat masalah tingkap.



Kisah diatas memberi kita maklumat bahawa tidak ada mana mana pihak boleh mendakwa mereka ada pengikut fanatik, melaikan mereka mesti bertanggungjawab membina kelompok yang bersetuju dengan mereka, tetapi bukan ahli mereka.

Wahabi, fahaman yang mengajar pengamal Islam supaya tidak fanatik atau extrime dengan mazhab, sekarang mula mendapat tempat di seluruh dunia. Dia mengajar pengikut supaya mencari asal yang asli, sebagai rujukan utama. Dan semua mesti terbuka menerima keritikan dan pembaharuan.


Kalau ikut teori Megatrands, oleh John Naisbitt, yang di tulis pada tahun 1982, akibat free media, Organisasi dunia akan mempunyai kelompok2 kecil dan mereka tidak akan berada dibawah mana mana telunjuk, melainkan kita berkomunikasi dan mereka bersetuju dengan kita, namun tidak akan bersama kita. 'Decentralization'.

Zaman Batu, dimana manusia tinggal dalam gua, Sesiapa yang tidak sependapat(Pembangkang) dengan ketua atau komuniti itu, dia akan di buang keluar dari dalam gua. Dia kemungkinan besar mati, sebab tidak ada pembantu dan maklumat untuk terus hidup.
Zaman siber tidak lagi begitu, manusia , kalau dibuang dimana sekalipun, dia tetap boleh berhubung, menyalurkan maklumat, berkempen dan berpesatuan di alam maya.

Maka pengurusan AMAZON didalam kabinet mesyuarat, telah meletakkan satu kerusi kosong mewakili pengguna. Sebelum mesyuarat buat keputusan, ahli mesyuarat mesti menyelami pandangan pengguna, sebelum keputusan di 'binding'.

Berunding, berhujah, berdebat dan Negotition akan menjadikan sesuatu pendapat/pendirian itu padu dan mendapat sokongan.

'Negotiation' juga akan menghasilkan kuasa kuasa kecil yang menuntut atonomi khusus. Ini membuatkan ramai pengkaji Politik berpandangan, Indonesia di bawah Jokowi akan lebih berpecah kepada kuasa kuasa khas yang diberikan kepada wilayah. Ini dapat dilihat dari Negotiation beliau semasa berkempen .
Di E.U juga sama, Scotland akan berpecah menjadi kuasa otonomi baru, sebab ledakan maklumat dan Negotiation yang tinggi peranan.
 Kalau nak beriaga yang berjaya , berniaga jual Kreatif...

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.