Kaya Bawah Payung 10 x 10

Wooi, Salim, hang bila nak buat plan tambah masjid yang janji tu? sapa Bakar dalam bahasa orang Parit Buntar keatas Hj Salim seorang penjual Kain dan Pakaian yang berjaya disini.

Kami makan semeja di restoran sebelah Masjid Bandar Parit Buntar selepas solat Jumaat.  Salim panggilan kenalan di Parit Buntar, seorang penjual kain dan pakaian yang berjaya. Beliau berketurunan Pakistan mula berniaga disini sejak 35 tahun lalu.


Dikalangan orang Parit Buntar ni, jika nak buat kerja kerja amal, kerja kebajikan pasti nama Hj Salim disebut, dan dia akan ditemui untuk mendapatkan derma sumbangan. Begitulah kayanya Hj Salim. Masjid Bandar Parit Buntar sejak dari tanah lapang sehingga siap tersergam banggunan, Hj Salim dan kawan kawan peniaga disini usahakan.

Hj Salim yang berkebolehan 9 bahasa, senang disapa oleh sesiapa saja. Beliau tidak memilih kawan walaupun dia dah berjaya. Kali pertama saya makan tengahari bersama, dia kata, dia dah biasa dengan Klinik Bersalin Muslimah(DBMHospital) tetapi hari ini baru dia boleh berjumpa tuan punya Hospital. Mesra dia berbahasa.

Bila Haji mula berniaga?, tanya saya. Dah 35 tahun.
Dari mula dulu meniaga dalam kedai tu ka? merujuk saya kepada premis perniagan beliau.
Dulu saya meniaga tepi jalan saja, guna payung saja.
Apa prinsip yang membawa kejayaan, diamalkan Haji Salim? tanya saya lagi.
Haji Salim mendedahkan prinsip utama beliau. Saya akan siasat pekerja saya, adakah dia mampu menjaga keluargadengan dapat bayaran upah saya. Kalau tak cukup, saya akan tambah upah dia.
HJ SALIM SEDANG MELAYAN PELANGAN DI KAUNTER BAYARAN
                                                             
PREMIS MILIK HJ SALIM SEKARANG

Mudahnya Hj Salim mendaki dari meniaga dibawah payung sehingga meiliki kedai dan stor pakaian, sehinga mampu menderma harta beliau untuk masjid dan bantuan orang susah.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ramadan @ Jutawan

Ritorik Ulama, Logik Profesional