Posts

Showing posts from June, 2014

Gerakan koperasi penjaja mampu banteras 'Along'

Image
Gerakan koperasi penjaja mampu banteras 'Along' - Zolkifly Md. Lazim BUKIT GELUGOR  - Gerakan Koperasi yang dilaksanakan di Ropewalk Bagan sejak tahun 2007 bukan sahaja berjaya mencegah aktiviti 'along' ke atas kaum penjaja berwajib, malah Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) berjaya mencapai sifat hutang tak berbayar (BLR) kini.  Penasihat KPATSBB, Zolkifly Md. Lazim berkata demikian pada majlis penubuhan jawatankuasa penaja Koperasi Penjaja Astaka Taman Tun Sardon di sini, semalam. "Tak guna kita hanya cabut risalah ceti haram ini atau halau mereka dari tempat berniaga kita kerana penjaja akan tetap cari along sebab perkhidmatannya cepat, mudah, warga emas atau yang blacklist bank pun boleh pinjam. "Tapi, kita kena sedia sistem pinjam meminjam yang jauh lebih baik untuk angkat suara serta martabat penjaja di negeri ini," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Ekonomi dan Pengembangan Usahawan  

Meniaga Pilihan Pelanggan

Image
Razak Hashim, pengusaha jahitan jalin kontrak dengan pasaraya Makin ramai yang berminat berniaga, lepas sekolah saja, meniaga, Lepas kerja saja, meniaga. Kenapa berniaga? Pasti ramai akan jawab, nak berjaya, atau nak berdikari, atau nak freedom. Akan ada ramai mangkaq, yang berniaga nak kaya raya, jadi jutawan dan bilionair. Jadi semua pun berniaga! Setelah berniaga , akan ramai pula tercari cari, macam mana nak lariskan perniagaan. Jual Char Kueh Teaw akan masak sehingga api menyembur ke bumbung. Yang Jual Tom Yam, akan pasang lampu nion yang berwarni warni depan kedai. Yang baiki kasut, akan letak kasut gergasi di gerai kasut. Ada penjual kereta yang lebih kreatif, dengan meletak kereta tergantung pada dinding atas banggunan.. Semua ini bertujuan,  nak tarik pelanggan . Saya bertemu seorang makanik kereta, yang minta khidmat nasihat saya.. Dia membaiki kereta mewah, Kereta penuh dalam workshop dan padang parking, serta atas jalan, semua kereta menanti untuk dibaiki. Perni