Posts

Showing posts from October, 2014

Kaya Bawah Payung 10 x 10

Image
Wooi, Salim, hang bila nak buat plan tambah masjid yang janji tu? sapa Bakar dalam bahasa orang Parit Buntar keatas Hj Salim seorang penjual Kain dan Pakaian yang berjaya disini. Kami makan semeja di restoran sebelah Masjid Bandar Parit Buntar selepas solat Jumaat.  Salim panggilan kenalan di Parit Buntar, seorang penjual kain dan pakaian yang berjaya. Beliau berketurunan Pakistan mula berniaga disini sejak 35 tahun lalu. Dikalangan orang Parit Buntar ni, jika nak buat kerja kerja amal, kerja kebajikan pasti nama Hj Salim disebut, dan dia akan ditemui untuk mendapatkan derma sumbangan. Begitulah kayanya Hj Salim. Masjid Bandar Parit Buntar sejak dari tanah lapang sehingga siap tersergam banggunan, Hj Salim dan kawan kawan peniaga disini usahakan. Hj Salim yang berkebolehan 9 bahasa, senang disapa oleh sesiapa saja. Beliau tidak memilih kawan walaupun dia dah berjaya. Kali pertama saya makan tengahari bersama, dia kata, dia dah biasa dengan Klinik Bersalin Muslimah(DBMHospital)