Posts

Showing posts from 2016

Langkah peniaga

Image
Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu. Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling.  Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita. 2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China.  Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone. Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai kertas mahu

Kaya kalau kenal pelanggan.

Image
Saya nak tanya, saya ada masalah dengan pelanggan tempatan, maksud saya, pelanggan yang duduk dekat. Boleh kata 70% pelanggan saya orang luar. Ada dari Penang, ada dari Ipoh, ada dari Alor Star, ada juga mai dari Sabah. Keluhan Cg Shahidan pemilik kedai baju seragam sekolah yang berjaya di Parit Buntar, sambil bertanya pada saya semasa saya hadir melayan anak2 Muallaf mendapat set kelengkapan persekolahan dibiayai oleh Masjid Cina Titi Papan. Pelanggan kita. Kita mesti pastikan pelanggan kita, jadi pelanggan kita. Sebab pelanggan kita itu ialah pelanggan setia kita. Pelanggan orang pula, bukan pelanggan kita. Kita peniaga mesti berusaha kenal dengan budaya dan tabiat pelanggan kita. Kita jangan tamak. Contoh. Syarikat budget hotel tidak akan peduli pelanggan hotel 5 bintang, sebab kehendak dan tabiat pelanggan 5 bintang berbeza dengan tawaran budget hotel sediakan. Tapi kalau dia datang, kira bonus la. Contoh saya bagi disini lagi. Buah durian. Semua orang tahu buah durian

5 tips Rajin di Kaherah

Image
15hb Ogos 2016 lepas, saya singgah di Kaherah Mesir selama 5 hari. Saya sempat berjumpa peniaga dan pelajar di sana. Dalam satu majlis perkongsian pengalaman yang dianjurkan anak Malaysia di Kaherah ini. Dalam majlis ini, saya diajukan soalan oleh seorang pelajar anak Selangor di Kaherah ini. Tuan. Saya lihat tuan berjaya, jadi saya nak Tuan bagi tip2 pada saya. Bagaimana saya nak buang sifat malas? Soalan ini memanggil saya menulis perkongsian ini di blog saya. 5 tip buang malas. 1. Berusaha Kekal Aktif. Untuk lari dari malas, mesti ada usaha untuk kita sentiasa kekal aktif, berfikir selangkah kehadapan untuk persiapan acara selepas acara sekarang adalah cara kita kekal aktif. Sebagai seorang Islam merancang solat waktu berikut, di Masjid mana? Rancangan ini boleh menyebabkan kita jadi aktivi, kerana mencari tempat solat jamaah selepas ini.  Steven Covey menulis dalam cara2 mengubah paradigma. Dia memberi contoh beribadah orang Kristien lemah apabila 5 hari ke Bank, 1 hari ke Gere

Kenali Perniagaan Anda Sendiri.

Image
Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allahﻦﻣﻪﻠﻟﺍ ﻑﺮﻋ ﺪﻘﻓ ﻪﺴﻔﻧ ﻑﺮﻋ Peniaga yang lahir sebab dari tekanan hidup, terpaksa buat, dan tiada pilihan lain, berbeza dengan peniaga yang lahir secara merancang, mempunyai tujuan khusus, dan bercita2 untuk mencipta sesuatu. Peniaga yang tidak merancang ini juga ada yang berjaya pergi jauh memandu perniagaan sendiri. Oleh itu, setiap peniaga mesti kenal perniagaan dia usaha sendiri secara keseluruhan untuk bergerak maju. Untuk peniaga kenal perniagaan sendiri, dia mesti membahagi kepada sekurang-kurang 4 segmen. Cara yang praktikal saya beri panduan kepada kawan peniaga ialah.  Kamu ambil kertas saiz   A4. Lipat empat supaya semua bucu bertemu. Bila siap, buka lipatan dan kamu lihat kertas tadi terbahagi pada 4 bahagian.  Kamu mula menulis ikut bahagian lipatan tadi. Sebab peniaga berjaya mesti banyak menulis. 1.        1. Sumber Manusia Sumber Manusia ini ialah berkenaan hal ehwal pekerja. Bermula dari borang paling ringkas

Gaza

Gaza

Tersenyum. TV Siar Islam Di Korea

Image
Berita dari TV bulan puasa ini pasal perkembangan Islam di Korea menarik minat saya menulis semula pengalaman berada di Korea, dan berkongsi pengalaman Islam dengan pendakwah yang berada Korea.     Pada tahun 2004, saya ke Seoul, Korea Selatan, untuk urusan perniagaan dan meninjau alat-alat perubatan. Disana, saya dibawa dan tinggal dibeberapa bandar utama Korea dari puncak gunung hingga ke lembah. Selama  10 hari disana, agak sukar bagi saya mendapat makanan halal, melainkan saya hanya makan roti dan jem atau nasi berlauk ikan goreng yang dihidang hotel bersama lauk2 lain yang tidak halal. Semasa saya berada di ibu kota Seoul. ada sekali saya telah diajak secara agresif oleh seorang penganut agama Kristian untuk ke gereja dan menerima Kristian. Gereja begitu banyak di Seoul sehingga pada waktu malamnya saya dapat lihat  lampu neon berbentuk salib yang memberi tanda bahawa itu merupakan bangunan gereja.     Di seoul, saya berjalan bersiar-siar dan membeli-belah. Saya dapat lihat

Bina Pelanggan Setia Perniagaan

Image
Peniaga nak pelanggan. Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya” (Hadis riwayat Abu Daud) 1. Peniaga bila meniaga mesti ada pelanggan. Macam mana nak cari pelanggan , macam mana nak supaya pelanggan itu sentiasa beli di kedai kita. 2. Setiap peniagaan wujud dengan ada pelangan. Samada peniaga itu nak pelangan macam mana, terpulang kepada peniaga tadi membentuk dan membudaya jenis pelanggan. 2.a. MacD tumpu pelangan kekeluargaan. 2.b. Kedai runcit Aceh tumpu pelanggan kawasan pendapatan rendah. 2.c. Ada perniagaan yang pelanggan dia kerajaan. 2.d. Ada peniaga pilih syarikat swasta sebagai pelangan. 2.e. Ada peniaga pilih pasaran terbuka sebagai pelanggan. 5 langkah Cipta Pelangan Setia. 1. Mula Dengan Mendengar. Bunyinya mudah, tapi tak ada bahan penyukat yang boleh kita guna macam penimbang di kedai untuk tengok berat/ringan, untuk kita sukat kejayaan menarik pelanggan kita ialah, dengan mendengar mas