Tersenyum. TV Siar Islam Di Korea

Berita dari TV bulan puasa ini pasal perkembangan Islam di Korea menarik minat saya menulis semula pengalaman berada di Korea, dan berkongsi pengalaman Islam dengan pendakwah yang berada Korea.


    Pada tahun 2004, saya ke Seoul, Korea Selatan, untuk urusan perniagaan dan meninjau alat-alat perubatan. Disana, saya dibawa dan tinggal dibeberapa bandar utama Korea dari puncak gunung hingga ke lembah. Selama  10 hari disana, agak sukar bagi saya mendapat makanan halal, melainkan saya hanya makan roti dan jem atau nasi berlauk ikan goreng yang dihidang hotel bersama lauk2 lain yang tidak halal. Semasa saya berada di ibu kota Seoul. ada sekali saya telah diajak secara agresif oleh seorang penganut agama Kristian untuk ke gereja dan menerima Kristian. Gereja begitu banyak di Seoul sehingga pada waktu malamnya saya dapat lihat  lampu neon berbentuk salib yang memberi tanda bahawa itu merupakan bangunan gereja.
    Di seoul, saya berjalan bersiar-siar dan membeli-belah. Saya dapat lihat pembangunan negara Korea yang sangat pesat. Dalam masa yang sama, saya mencari Masjid kalau-kalau ada yang berdekatan. Akhirnya saya berjumpa sebuah masjid yang tersergam indah iaitu Masjid Jamek Seoul yang terletak di Itaewon. Rupa-rupanya, itulah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. Jalan yang curam ke Masjid tersebut memaksa saya mendaki perlahan-lahan.
    Sesampainya dipagar masjid,terdapat beberapa tentera Korea lenkap seragam tentera dan senjata mengawal pintu utama masjid tersebut. Hal ini mungkin kerana kerajaan Korea telah menghantar sebilangan tentera ke Baghdad dalam misi bersama Amerika untuk perang menjatuhkan Sadam Hussain. Oleh sebab itu, kerajaan Korea mengambil sikap berjaga jaga dengan menempatkan beberapa orang tentera di masjid untuk menghalang kemungkinan sebarang tindak balas penduduk yang tidak berpuas hati akan tindakan kerajaan Korea.
     Setelah menjejakkan kaki ke dalam masjid tersebut, saya dapat lihat penjagaan yang sangat baik, bersih dan kemudahan asas yang mencukupi.Tetapi keadaan agak sepi dari kelibat orang ramai. Tanpa berfikir panjang, saya terus mencari Imam untuk berkenalan dan mendapat maklumat perkembangan Islam di Korea. Saya berjumpa Imam. Kebetulan, Imam masjid tersebut berasal dari Pattani, Thailand.


     Haji Ramli berusia sekitar 50-an dan beliau sudah 15 tahun bertugas disini, dan dia memberitahu saya yang dia bertugas dibawah pembiayan dana kerajaan Libya. Sedang saya berbual dengan Imam Ramli,saya mengambil kesempatan bertanya kedai yang menjual makan halal untuk saya makan. Beliau memberitahu saya bahawa hanya 2 kedai halal yang berhampiran masjid tersebut yang diusahakan oleh orang-orang Turkey dan Pakistan.Beliau juga memaklumkan yang dia juga membuka sebuah kedai yang menjual daging halal untuk umat Islam di Korea.
     Saya juga bertanya pada Imam Ramli tentang bilangan rakyat Korea yang memeluk agama Islam sepanjang 15 tahun bertugas di sana. Imam Ramli menjawab. hanya 5 orang sahaja rakyat Korea yang memeluk agama Islam. Jawapan yang diberikan menyebabkan saya berasa tidak sabar untuk berkongsi pengalaman yang boleh membawa kepada perubahan keadaan dan hasil dakwah di Korea.
      Saya menyampuk kata-kata Imam Ramli dengan menyatakan bahawa rakyat Korea ini mempunyai kelebihan jauh dari orang orang Islam di negara2 orang Islam seluru dunia. Orang Korea yang saya lihat dengan mata sendiri ternampak kerja lebih rajin, belajar lebih tinggi dan Universiti2 Korea menawar bidang khusus pelajaran yang lebi baik. Orang Korea berjalan lebih cepat dari orang orang dari negara2 orang Islam, dan pendapatan orang Korea yang bagus berbanding umat Islam sendiri. Cuma rakyat Korea ini tidak mempunyai 'Family Life', kata saya kepada Imama Ramli. Orang Korea keluar rumah sebelum matahari terbit, samada bekerja atau bersekolah, dan pulang ke rumah selepas matahari terbenam.  Kalau kita boleh pinjam kaedah atau cara Islam berkembang dikalangan penduduk di Kemboja ke sini, dakwah kepada rakyat Korea pasti berjaya, tambah saya.
      Imam Ramli tanya saya orang Kemboja buat apa? Saya serba salah juga nak cerita memandangkan Imam Ramli berasal dari negara Thailand yang bersebelahan dengan Kemboja.Tapi keinginan melihat Islam berkembang di Korea, saya memberanikan diri untuk bercerita.
     Di Kemboja, telah berlaku kehadiran tentera USA pada zaman Pol Pot. Terdapat sebilangan tentera Amerika yang dikerah ke Teluk Campa ini berugama Islam. Untuk kekalkan amalan beragama dengan mencari yang halal dalam semua hal, termasuk kehendak sex. Hubungan dengan perempuan di Kemboja semasa mereka berkidmat di sana, mereka mengIslamkan wanita-wanita tadi untuk berkahwin dan ada yang mendapat anak.
     Bila tamat tempoh kerahan, tentera-tentera tersebut dihantar balik ke US. Sebagai tentera, mereka tidak dibenarkan kahwin.Tindakan yang baik adalah dengan ceraikan isteri meraka dan pulang. Mereka terus menghantar wang nafkah sara hidup selepas cerai.
      Kisah dan kejadian ini menjadi cerita baik kepada wanita Kemboja dan cerita ini berkembang ke seluruh Teluk Campa. 'Kalau berkahwin dengan orang Islam sampai mati makanan,minuman, pakaian dan tempat tinggal kita dijamin!'.Dalam agama lain,tiada sistem cerai. Contoh dalam agama Kristian tidak boleh kahwin buat kali kedua, dalam agama buddha pula, hanya boleh simpan wanita kedua.Dalam agama hindu,amalan isteri mesti terjun ke dalam api yang membakar mayat suami untuk mati bersama. Penganut agama lain akan guna undang-undang sivil untuk.

     Perkara ini meyebabkan Kemboja menerima kemasukan Islam yang tinggi dari wanita-wanita yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan orang Islam. Wanita-wanita ini mendaftar nama mereka di masjid dan kepada ketua-ketua masyarakat Islam, dengan memaklumkan apa yang mereka ada. Ada yang mendaftar diri dengan memaklumkan, dia janda sudah ada 1 atau 2 orang anak. SAda yang memaklukan dia ada puluhan ekar tanah. Mereka juga suda ada rumah, Kadang kadang ada juga memberi laporan yang dia ada beberapa pintu rumah kedai, dan  ada ternakan. Ada juga yang maklumkan mereka ada simpanan puluhan ribu wang tunai dalam bentuk US Dollar, dengan tujuan untuk berkahwin dengan orang Islam demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

     Maka ramailah orang Islam dari Malaysia,Brunei,Arab,  Indonesia dan Thailand telah pergi ke Kemboja mengIslamkan wanita ini dan berkahwin dengan wanita-wanita Kemboja ini. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan Islam mendadak di Kemboja. Ramai yang memeluk Islam berkahwin dan beranak pinak. Kawan kawan saya yang lebih senior pun sudah ramai yang amalkan kaedah ini

     Mendengar cerita saya, Imam Ramli diam dan nampak slamber. Selepas solat di Masjid Jamek Seoul, saya pun keluar meninggalkan masjid untuk mencari makan halal citarasa rempah dan kari. Dah lama kemaruk nak makan makanan halal masakan orang Islam.

     Selepas tujuh tahun, saya kembali ke Korea lagi berurusan niaga di Seoul. Sekali lagi saya bejalan kaki mendaki ke Masjid Jamek Seoul. Perkara baru semasa saya berjalan kaki, saya dapat mendengar kalimah 'assalamualaikum' kerap sekali didengar di sepanjang kaki lima jalan.Hati saya mula mendesak rasa ingin kepastian. Sesampainya saya di halaman masjid, saya dapat melihat anak-anak kecil berlari-lari bermain. Rambut mereka kerinting seperti orang Afrika atau Asia dan berkulit putih dan mata seperti orang Korea. Saya sekali lagi tersenyum puas,mungkinkah saranan saya dakwah melalui kahwin campur itu yang diamalkan dan kebetulan sudah ramai orang Islam datang ke Seoul.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.