Langkah peniaga

Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu.

Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling. 

Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita.

2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China. 

Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone.

Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai kertas mahupun wang syiling.

Saya menggunakan Airport Hong Kong sebab masalah jadual penerbangan. Dan satu lagi sebab, saya boleh terbang langsung dari Airport Pulau Pinang. Sampai saya di Hong Kong, saya ada pilihan menaiki taxi Uber atau Grab yang tidak perlu bayar tunai. Saya juga tidak perlu bertanya, berapa tambang ke destinasi saya pilih. Saya juga tidak perlu beritahu kepada pemandu Uber, kemana saya akan pergi. Semua  ikat janji dalam talian Hp saya. 

Tetapi disini pemandu texi Uber itu gagal berurus niaga dengan saya sebab saya tidak ada akaun bank yang boleh dibaca oleh aplikasi dalam talian Uber di Hong Kong.

Saya ke kaunter tiket bas untuk membeli kupon secara tunai menggunakan wang kerta Hong Kong yang akan di tukar dengan pemandu Bas yang akan membawa saya ke sempadan China, wilayah Shengshen. 

Sampai di sempadan China- Hong Kong. dan setelah selesai urusan imigresen, saya dijemput oleh wakil syarikat China yang banyak menaja saya disana.

Saya di bawa ke hotel penginapan yang telah ditempah tanpa membayar tunai tadi. selepas selesai menyimpan beg di bilik hotel dan menggunakan bilik air, saya turun semula ke lobi hotel, sebab wakil China tadi sedang menunggu saya untuk dibawa makan malam di sebuah restoran Tukey. 

Selesai makan, saya dapat lihat wakil syarikat China itu menggunakan HP dia  untuk membuat bayaran. 

Selepas makan saya dihantar balik ke hotel untuk tidur. sebelum berpisah, wakil China itu serahkan saya 8 kupon menggantikan wang tunai, untuk saya akan gunakan sebagai tambang menaiki Metro, sama seperti LRT di Malaysia.

Selepas solat subuh pagi hari kedua saya di Shengzhen, saya keluar untuk sarapan pagi. Oleh kerana saya tidak ada akaun bank yang boleh dibaca aplikasi di China, saya terpaksa mencari kedai yang menjual makanan secara tunai. 

Sebuah kios kecil Cina Muslim terletak dalam rumah pangsa berdepan hotel saya menjadi pilihan saya menggunakan wang tunai Yuen untuk sarapan. Mee Tarik dan roti berinti daging cincang goreng berempah jadi pilihan saya.

 Semasa makan saya sedang bayangkan. kalau saya tidak ada sistem aplikasi jual beli secara dalam talian, pasti saya hilang pelanggan, sebab kebanyakkan rakyat China tidak membawa wang tunai. Sebaliknya mereka menggunakan HP sebagai alat membayar jual beli.

Sampai di Pusat Pamiran dalam banggunan 4 tingkat seperti keluasan stadium bolasepak kita di Malaysia. Semua urusan termasuk gambar dan identiti serta bayaran pendaftaran sudah sedia melalui urusan dalam talian oleh syarikat di China tadi. saya dibawa melawat dalam pusat pamiran tadi, namun saya hanya mampu pergi kepada syarikat2 yang saya dah buat temu janji. Bukan apa, saya tak larat habiskan semua pameran yang beribu kios itu.

Selesai di pamiran, saya keluar dan ambil peluang bersiar2 di sekitar bandar Metropolitan Shengzhen yang dikhabar kepada saya. 20 tahun dulu, bumi ini jelapang padi seluas mata memandang. Sekarang di Shengzhen cukup susah nak pijak tanah atau pasir. Semua bumi di sini menjadi hutan kongkrit berlantai simen.

Semasa saya berjalan di kawasan gerai2 jualan, saya sekali lagi amat terasa ditinggal oleh kelajuan teknologi mata wang di dunia ini, apabila saya melihat pelancung Eropah membeli Kueh Pau dan dibayar menggunakan HP, dengan mengimbas rajah "QR Code" (Quick Response Code) bersaiz 1 kaki, yang disandar pada kotak Kueh Pau. Semuanya beres berurusan business tanpa menggunakan wang tunai. Pelancung tadi juga tidak menggunakan kata kata, sebab sememangnya ke dua mereka buta bahasa masing2. Semua dibahasakan dalam aplikasi HP.

Otak saya mula imbas kembali semasa saya dengan anak2 di kota London awal tahun. Saya berulang kali bercerita kepada mereka tentang masa depan kerjaya di Bank akan menirus dan berakhir. Urusan mata wang di urus dalam HP. 

Mendapatkan tunai boleh dibuat di mesin2 ATM yang dipasang di semua kedai minyak, kedai2 24 jam dan pasaraya2. Saya sendiri, 2 bulan belum tentu saya berurusan ke bank. Tapi bila saya ke bank, saya tidak melihat orang muda bawah 25 tahun dalam bank. Tidak berapa tahun lagi, pelajar bidang perbankan tidak ada pekerjaan. Mereka perlu kreatif membuat kerja. Saya terus bercerita kepada keluarga dalam bas di London.
Bahan  yang sama saya ceramah kepada pelajar2 Malaysia di Kaherah sebelum saya berangkat ke Paris dulu.

Balik ke Malaysia dari tanah besar China. Saya terus hantar whatsapp kepada anak lelaki saya, Mohamad Syafiq yang sedang belajar dalam jurusan Akaun di London. Ayah hantar Syafiq belajar di London sebab nak mencari ilmu amali(practical) cara dan budaya mengurus di pusat perdagangan mata wang dunia itu. ( perkara sama saya cakap setahun dulu kepada isteri saya dan anak). Sekarang ayah mahu Syafiq tumpu dan meneliti berkenaan mata wang electronic.
1. Asas,
2. Instrument
 3. Development
4. future oppotunity.

Saya menjangkakan sebahagian besar pekerjaan dan amalan pengurusan akan pupus seperti yang berlaku pada filem KODAK, dengan teknologi mata wang elecronic ini.

Minggu lepas saya sembang niaga dengan Shubhi, kawan saya seorang jurulatih (Business Coach). Topik kami, berkenaan matawang electronic ini bakal melahir revolusi baru. Dia juga akui, akan ada revolusi pengurusan dan kewangan dalam dunia ini. Tapi dia juga kata, dia tak tahu apa akan muncul, dan apa lenyap di masa depan, dengan meluasnya pengggunaan electronic money.. Kami bersetuju bahawa generasi baharu mesti mendalami perkara ini, jika ini terus bersama kemajuan dunia business masa depan.  2 hari lepas TV di Malaysia sudah mula bentangkan penemuan oleh pakar2 Malaysia dengan meluasnya penggunaan electronic money ini..

35% jenis pekerjaan akan lenyap, dan 2 juta kerjaya baru akan muncul pada dan selepas 2020 nanti.

sudahkah peniaga semua bersedia.

1. Tiada Mat Dispetch yang akan mengangkut wang tunai dari premis perniagaan ke Bank.
2. Tiada pomen dan jurujual mesin kira wang.
3. Tiada save Box .
4. tiada kehilangan wang tunai.
5. Tiada jual beli jika tiada Aplikasi QR Kod atau insterument kewangan electronic.

Tiada aplikasi electronic money, perniagaan kita mungkin tiada pelanggan. Sebab pada masa akan datang, pelanggan tidak membawa wang tunai.




Comments

mohd azim said…
Back to Barter trading....
Unknown said…
*WoWww! Interesting... Just PM Aura for Malaysia Only. +601116678248
Unknown said…
*WoWww! Interesting... Just PM Aura for Malaysia Only. +601116678248
Cryptocurrency adalah digital money yg buat org jadi jutawan segera, selain dari kelebihan kecanggihan teknologi kewangan yang lain. Tak perlu bank dan kawalan sesiapa. Risiko paling rendah. Pm 0125066751
Cryptocurrency adalah digital money yg buat org jadi jutawan segera, selain dari kelebihan kecanggihan teknologi kewangan yang lain. Tak perlu bank dan kawalan sesiapa. Risiko paling rendah. Pm 0125066751

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ramadan @ Jutawan

Ritorik Ulama, Logik Profesional