Posts

Showing posts from June, 2016

Kenali Perniagaan Anda Sendiri.

Image
Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allahﻦﻣﻪﻠﻟﺍ ﻑﺮﻋ ﺪﻘﻓ ﻪﺴﻔﻧ ﻑﺮﻋ Peniaga yang lahir sebab dari tekanan hidup, terpaksa buat, dan tiada pilihan lain, berbeza dengan peniaga yang lahir secara merancang, mempunyai tujuan khusus, dan bercita2 untuk mencipta sesuatu. Peniaga yang tidak merancang ini juga ada yang berjaya pergi jauh memandu perniagaan sendiri. Oleh itu, setiap peniaga mesti kenal perniagaan dia usaha sendiri secara keseluruhan untuk bergerak maju. Untuk peniaga kenal perniagaan sendiri, dia mesti membahagi kepada sekurang-kurang 4 segmen. Cara yang praktikal saya beri panduan kepada kawan peniaga ialah.  Kamu ambil kertas saiz   A4. Lipat empat supaya semua bucu bertemu. Bila siap, buka lipatan dan kamu lihat kertas tadi terbahagi pada 4 bahagian.  Kamu mula menulis ikut bahagian lipatan tadi. Sebab peniaga berjaya mesti banyak menulis. 1.        1. Sumber Manusia Sumber Manusia ini ialah berkenaan hal ehwal pekerja. Bermula dari borang paling ringkas

Gaza

Gaza

Tersenyum. TV Siar Islam Di Korea

Image
Berita dari TV bulan puasa ini pasal perkembangan Islam di Korea menarik minat saya menulis semula pengalaman berada di Korea, dan berkongsi pengalaman Islam dengan pendakwah yang berada Korea.     Pada tahun 2004, saya ke Seoul, Korea Selatan, untuk urusan perniagaan dan meninjau alat-alat perubatan. Disana, saya dibawa dan tinggal dibeberapa bandar utama Korea dari puncak gunung hingga ke lembah. Selama  10 hari disana, agak sukar bagi saya mendapat makanan halal, melainkan saya hanya makan roti dan jem atau nasi berlauk ikan goreng yang dihidang hotel bersama lauk2 lain yang tidak halal. Semasa saya berada di ibu kota Seoul. ada sekali saya telah diajak secara agresif oleh seorang penganut agama Kristian untuk ke gereja dan menerima Kristian. Gereja begitu banyak di Seoul sehingga pada waktu malamnya saya dapat lihat  lampu neon berbentuk salib yang memberi tanda bahawa itu merupakan bangunan gereja.     Di seoul, saya berjalan bersiar-siar dan membeli-belah. Saya dapat lihat

Bina Pelanggan Setia Perniagaan

Image
Peniaga nak pelanggan. Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya” (Hadis riwayat Abu Daud) 1. Peniaga bila meniaga mesti ada pelanggan. Macam mana nak cari pelanggan , macam mana nak supaya pelanggan itu sentiasa beli di kedai kita. 2. Setiap peniagaan wujud dengan ada pelangan. Samada peniaga itu nak pelangan macam mana, terpulang kepada peniaga tadi membentuk dan membudaya jenis pelanggan. 2.a. MacD tumpu pelangan kekeluargaan. 2.b. Kedai runcit Aceh tumpu pelanggan kawasan pendapatan rendah. 2.c. Ada perniagaan yang pelanggan dia kerajaan. 2.d. Ada peniaga pilih syarikat swasta sebagai pelangan. 2.e. Ada peniaga pilih pasaran terbuka sebagai pelanggan. 5 langkah Cipta Pelangan Setia. 1. Mula Dengan Mendengar. Bunyinya mudah, tapi tak ada bahan penyukat yang boleh kita guna macam penimbang di kedai untuk tengok berat/ringan, untuk kita sukat kejayaan menarik pelanggan kita ialah, dengan mendengar mas