Posts

Showing posts from December, 2016

Langkah peniaga

Image
Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu. Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling.  Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita. 2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China.  Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone. Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai kertas mahu

Kaya kalau kenal pelanggan.

Image
Saya nak tanya, saya ada masalah dengan pelanggan tempatan, maksud saya, pelanggan yang duduk dekat. Boleh kata 70% pelanggan saya orang luar. Ada dari Penang, ada dari Ipoh, ada dari Alor Star, ada juga mai dari Sabah. Keluhan Cg Shahidan pemilik kedai baju seragam sekolah yang berjaya di Parit Buntar, sambil bertanya pada saya semasa saya hadir melayan anak2 Muallaf mendapat set kelengkapan persekolahan dibiayai oleh Masjid Cina Titi Papan. Pelanggan kita. Kita mesti pastikan pelanggan kita, jadi pelanggan kita. Sebab pelanggan kita itu ialah pelanggan setia kita. Pelanggan orang pula, bukan pelanggan kita. Kita peniaga mesti berusaha kenal dengan budaya dan tabiat pelanggan kita. Kita jangan tamak. Contoh. Syarikat budget hotel tidak akan peduli pelanggan hotel 5 bintang, sebab kehendak dan tabiat pelanggan 5 bintang berbeza dengan tawaran budget hotel sediakan. Tapi kalau dia datang, kira bonus la. Contoh saya bagi disini lagi. Buah durian. Semua orang tahu buah durian