Mudah Kaya Meniaga Iklan

USD190b nilai saiz pasaran iklan. Laporan Statista.com.

Iklan menjadi nadi utama pengeluaran barang dan perniagaan selepas Revolusi Indusrti 1760
Tanpa Iklan, seolah-olah tiada perniagaan yang boleh dijalankan dengan berjaya.

Perniagaan perkhidmatan peguam dulu tidak perlu keluar cari pelanggan, atau bahasa kini, tak payah buat marketing. Peguam tunggu saja, siapa nak khidmat peguam, pergi cari dia di Office.Sekarang peguam kena keluar buat marketing.
Akauntan, Arkitek, doktor dan banyak lagi bidang perniagaan perkhidmatan kena buat marketing.

Marketing ini perlu kepada teknik iklan.
Hotel, bus,lori, semuanya perkhidmatan yang tak perlu iklan masa dulu kala.

Kerajaan juga terpaksa iklan perkhidmatan dan kempen kutip cukai. 

Lucu lagi! Ustaz2 pun penuh iklan kuliah/ceramah. Banyaknya banner di kepala.simpang dan FB kempen, sehingga anak murid alim sebelum sampai tempat kuliah.

Cerita 20 tahun dulu. Kawan saya bangsa Cina bercerita. Dulu wa kena pi hantar bunga , ang pow ke Bank.
Sekarang, bank mai hantar itu limau, bunga, hamper, sama saya punya Office. Panggil saya pinjam sama dia punya bank.

Sekarang semuanya berubah. Semua perlu iklan.

Pasaran iklan pula dikatakan berkembang pesat sehingga beberapa syarikat Iklan tersenarai di bursa saham.

Ada pandangan mengatakan bahawa app Pokemon- Go  telah menambah semangat pengiklan sehingga mencecah peluang pasaran RM10b.

Pengiklan media sosial 'U-Tube' telah menjadi instrument utama dari 10 syarikat iklan dunia yang paling berjaya dan mampu menarik pelanggan kepada barang/perkhidmatan yang dipasar.

Meniaga iklan menjadikan seseorang itu cukup berjaya sekarang.
Jangan lengah lagi. Mula jadi tukang iklan

Kawan saya Sabri Said, buka studio iklan atas nama Penang TV. Buat lagu koperat, movie koperat dan advertisement.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ramadan @ Jutawan

Ritorik Ulama, Logik Profesional