Langkah peniaga
Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu. Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling. Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita. 2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China. Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone. Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai ke...