Posts

Showing posts from 2023

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Image
Sekolah St.George ini suntik cita2 aku Juara di gelanggang Lawan. Syahadah George @ Panglima Rom. Gregorius Theodore atau di kenali sebagai George oleh bangsa Inggeris moden disaksi Khalid Al Walid dalam berlawan pedang 1 lwn 1.  perang Yarmuk. Kisah yang mengheret aku, sejak dari bangku Sekolah St George Balik Pulau. Sekolah milik gereja. dan gran tanah sekolah ini tersimpan di Vetican City. Tempat ini mengheret supaya aku bercita-cita memburu syahadah lawan dan kawan. Rakaman pahlawan terbilang Komander Rom. George ialah Panglima utama Maharaja Heraclius. Berbadan sasa dan. Dia miliki rekod tanpa kalah. George  yang mencabar Khalid Al Walid. 1 lawan 1. Dengan harapan untuk membunuh Khalid Saifullah@Pedang Allah, depan tentera Islam yang 1/5 dari tentera Byzantine Rome. dan meranap semangat tentera Islam di Yarmuk. Belum sempat penghujung lawan. Dia. Panglima George  telah melafaz syahadah, rukun pertama masuk Islam, apabila diseru oleh Khlalid Al Walid. dan Allah menerima Iman  Geo

Ramadan @ Jutawan

Image
 Ramadhan. Dah kaya dia. bila jumpa di Masjid tadi. Ramadhan pencen YB.  Saya ambil masa, ziarah kawan2 yang banyak membantu saya semasa bertanding dan semasa menjalan tugas YB. Ust Imran. Saya jumpa dia Zohor di Masjid. Dia antara orang yang banyak bantu saya masa kempen dan masa khidmat. Semasa kempen bertanding PRU14 DUN Teluk Bahang di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ust Imran saya tugaskan membina base(bilik gerakan maya) di Butterworth. Dia akan jaringkan saya dan maklumat saya dengan pengundi di Teluk Bahang.  Isi, bahan dan nombor telepon serta FB pengundi akan dibekalkan setiap hari kepada Ust Imran di Base PRU14. Kerja membekal ini oleh petugas lapangan dan studio rakaman yang saya pajak.  Ustaz Imran pula, tugas dia adun, editing dan terus jaringkan pengundi dengan saya, melalui berbagai platform media baharu, dari base. Pendekatan saya, serta pendedahan dan kerja Online ini, telah menjadikan Ustaz Imran semakin mahir dan bersikap komersial.  Ramai yang dekat dengan saya, mereka

Rumah Guru

Image
 Ini rumah Guru. Tahun 2023 Guru menjadi manusia yang melahirkan semua bidang kejayaan hidup manusia di dunia ini.  Dalam menjayakan anak murid.  Guru tidak mengutamakan kemewahan hidup sendiri. Asalkan dia ada sekadar rumah tempat tinggal, makan minum mengenyang dia dan keluarga, dan kenderaan yang condition ok  untuk dia bergerak. Guru. Sejak dia mula bertugas. Guru akan mengajar anak murid dalam bilik darjah supaya faham dan lulus peperiksaan. Guru.  Matlamat hari2 dia. Mengajar dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia mengajar dengan bersungguh-sungguh untuk melihat anak murid faham dan berjaya membalas semua soalan yang dikemuka kepada kamu .  Apa warna kulit anak murid dia tak kisah. guri hanya ada satu citi-cita, mesti jadikan anak murid faham, dan sebagai bukti faham. dengan setiap anak murid dia ajar, mereka berjaya menjawab apa saja soalan dan lulus peperiksaan. Kepuasan . Satu hari, bila guru di sapa anak murid yang sudah dewasa.. Dia rasa bangga dan lega serta rasa pusa hati.

Ada 20 sen. Modal Berjaya.

Image
Telepon Awam masih ada depan rumah sekarang  Kisah 20 sen aku ini bermula agak panjang.. Semasa kanak2 dari kalangan miskin dan anak yatim ( sekarang istilah B40). Saya ada cita2 untuk keluar dari kehidupan susah ini dan menjadi seorang yang memiliki empayar perniagaan sendiri.  Tetapi  di zaman saya kanak2 sehingga remaja. Saya didendangkan dengan kisah kejayaan dan jadi kaya tidak realistik, keajaiban. angan2, dongeng, kurafat serta magic, adalah cara bagaimana  menjadikan seorang itu kaya dan berjaya.  Film Labu Labi. Film Ahmad al Bab dan banyak lagi filem dari Indonesia, Indiana Jones, National Treasure. Film bikinan Hollywood tidak tertinggal, membawa kisah2 kejayaan seseorang dengan magic dan kisah angan2, terjumpa harta Qaron. Apa cara pelik lain untuk berjaya dan kaya? Untuk berjaya dapat ' Ibu Duit '(kepercayaan mistik. Perlu milik untuk asas berjaya) modal '25 sen' atau ' suku '. bahasa penduduk yang menggunakan amalan mistik ini. Seringgit suku, lima

OPR. Bukan tie. kuliah Sri Perdana.

Image
Menaikan dan menjayakan Islam, bukan hanya dengan cakap bahasa puitis dan kuliah. Tetapi mesti perlaksanaan dan rancangan jelas kesan dirasai khalayak. OPR ini, amalan mengubah janji selepas dapat pelanggan.  Sama seperti PM10 ubah janji2 pada pengundi semasa kempen PRU15 selepas dapat kerajaan.  Usaha mertabat Islam ialah, kebaikan untuk semua, meneguhkan amalan kewangan dan penguasaan Islam dalam hukum dan semua amalan. Menerus dan menurut amalan OPR Amarika dan lain2 sekutu mereka, dengan menaikan kadar riba dan bunga dalam amalan kewangan negara,  bakal membunuh kebaikan dan keadilan kehidupan sesama manusia dalam amalan ekonomi dan sejahtera rakyat. Dan membawa politik perhambaan berterusan kepada pemodal dan menekan kehidupan rakyat. Kita melihat PM10 pegang menteri kewangan memilih isu2 populis seperti.  Buat Kuliah Agama di Seri Perdana.              Buang Tali Leher.                                          Bercakap istilah asing dan dengung arab. Menaikan nama sebagai Islam P