Ada 20 sen. Modal Berjaya.
Telepon Awam masih ada depan rumah sekarang |
Kisah 20 sen aku ini bermula agak panjang..
Semasa kanak2 dari kalangan miskin dan anak yatim ( sekarang istilah B40). Saya ada cita2 untuk keluar dari kehidupan susah ini dan menjadi seorang yang memiliki empayar perniagaan sendiri.
Tetapi di zaman saya kanak2 sehingga remaja. Saya didendangkan dengan kisah kejayaan dan jadi kaya tidak realistik, keajaiban. angan2, dongeng, kurafat serta magic, adalah cara bagaimana menjadikan seorang itu kaya dan berjaya.
Film Labu Labi. Film Ahmad al Bab dan banyak lagi filem dari Indonesia, Indiana Jones, National Treasure. Film bikinan Hollywood tidak tertinggal, membawa kisah2 kejayaan seseorang dengan magic dan kisah angan2, terjumpa harta Qaron.
Apa cara pelik lain untuk berjaya dan kaya?
Untuk berjaya dapat 'Ibu Duit'(kepercayaan mistik. Perlu milik untuk asas berjaya) modal '25 sen' atau 'suku'. bahasa penduduk yang menggunakan amalan mistik ini. Seringgit suku, lima ringgit suku, Sepuluh Ringgit suku. Harga dan angka ini tak boleh dibundarkan menjadi genap. Nanti tak menjadi. Mungkin semua yang terlibat cuma tau nak kaya, tapi tak faham kewangan dan kunci kira2.
Ada kepercayaan penduduk sekampung dan kampung2 sekitar. Mereka mengadakan upacara ritual 'menurun', mencari 'ibu duit' untuk berjaya dan kaya.
Mempercayai ada 'Telaga Emas' di Pulau Aman yang tempayan emas dan iai dalam akan dapat kepada mereka yang sanggup menjalani upacara2 Ritual dan membaca mentera tertentu sebagai alat dan kaedah untuk sampai, atau dapat kekayaan itu.
Akan ada pula, seorang yang menjadi penyusun atur, minta sediakan semua kehendak ritual itu. Seperti garam, kain putih. Ada minta ayam golek siap masak. Ada minta wang siling lama dan berbagai bahan dipanggil 'Pengeras'.
Dalam 'Pengeras' ini ada harga 'suku' perlu dibayar.
Realistik
Sebagai manusia yang hidup dibandar dan separa bandar. Saya terdedah dengan bahan bacaan dan promosi kejayaan. Dan banyak badan membuat sukatan/rating kejayaan, dan menghebahkan. Saya pula suka mencari biodata atau membaca kisah kejayaan tokoh2 dan syarikat di dunia.
Saya berusaha mencari sesuatu yang realiti dan realistik. Apa itu alat, apa amalan serta perbuatan untuk membawa kejayaan dan usaha itu berjaya.
Hubungan dengan makluk ghaib untuk bawa seseorang menemui harta dan kekayaan boleh diganti dengan. perhubungan atau satu engagement dengan individu 'somebody'. institusi kolongmrat. Bank dan badan kewangan serta penjawat2 awam peringkat atasan.
Dikalangan mereka tokoh2 ini, ada perantara tersendiri. Guru sekolah mereka. Ustaz ajar mengaji dia, saudara rapat dia atau seumpama. Mereka ini boleh digunakan jadi sebagai perantara dengan agensi atau individu 'somebody' tadi.
Perantara ini 'Ibu Duit' yang sebenar. Bila saja perlukan bantuan dan sokongan. Mesti berzikir dengan nama2 ini dan sentiasa 'asapkan' mereka dengan cara. Siang dan malam telepon dan wasap sentiasa belanja nasi kandar atau makan di hotel.
Hubungan dan Peluang
Bila saya mula belajar sediakan kertas kerja usaha sebagai plan perancangan untuk berjaya?
Saya berkawan dengan seorang kakitangan bank. Masa itu ada lagi Southern Bank. Dia kakitangan yang ditugas semak dan persiapkan semua komen, peroses dan check list pemohon kepada bank dia, untuk di kemukakan kepada Pengurus dan pihak Bank cawangan wilayah bekerja.
Dia bomoh pertama untuk nasihat, apa nak sediakan, dan semua senarai kehendak pihak pemodal untuk membiayaai usaha saya.
Peringkat mula ketika awal usia saya 20an. Saya meniaga kertas kerja dan jadi juru runding kepada semua peniaga kecil yang nak modal bank.
Sebulan aku dapat 4 klien.
Upah konsultansi untuk saya agak murah, sebab tak bertauliah. Tapi pasti dapat dan berhasil. Sehingga sekarang saya dianggap kawan2 sebagai 'Result Oriented'.
Mereka kena bayar saya RM250 setiap kertas pemohonan. Setiap bulan saya dapat 3-4 pemohon. Ada syarikat servis aircon ada workshop kereta, ada kontraktor kecil dan berbagai orang peniaga minta khidmat saya.
Saya ambil RN200. dan baki RM50, saya bagi upah pegawai bank tadi buat kerja di rumah dia.
Saya sendiri. Secara pribadi, sudah ada banyak kertas cadangan meniaga. Itu hasil setahun masa saya ambil berniaga jadi perunding kewangan dan Pembangunan Perniagaan kepada mana2 pihak yang perlukan kewangan.
Langkah ke Pentas Realiti
Saya maju selangkah lagi dengan saya mula mencari jalan berhubung dan berkawan dengan CEO bank. Iaitu. Seorang tertinggi dalam institusi kewangan untuk saya dapatkan modal.
Projek awal saya. Menjadi pemaju atas sebidang tanah seluas 20ekar di Kedah.
Aku dah jumpa 'ibu duit'.
Aku berjaya jumpa seorang. Dia pencen ustaz sekolah. Dia pernah mengajar CEO Bank semasa CEO ini belajar di sekolah rendah di Kedah. Kami susun satu perjumpaan bersama CEO. Perjumpaan ini berjaya, dan berhasil perjumpaan ini. Saya mendapat jaminan untuk 100% membantu.
Tapi saya tidak teruskan jadi pemaju perumahan. ini sebab tanah yang nak dijual mahal 50% dari harga nilai yang disedia syarikat penilai.
Bank hanya bagi pinjaman 100% atas harga nilai tanah 20 ekar.
Mana saya nak cari baki modal lagi, untuk beli tanah. sebelum tukar syarat tanah dan buat nilaian baru, untuk tambah pinjaman baharu memaju?
Semasa sedang berfikir dan berusaha menjayakan juga usaha saya majukan perumahan. Saya tidak diam berhenti.
Dengan 'ibu duit' yang sudah dalam genggaman
Untuk terus usaha saya. dalam keadaan saya tak ada modal. Cuma ada kertas kerja buka Hospital Bersalin.
Saya seluk poket seluar. Ada 20sen.
Saya ke pondok telepon awam di Kampung saya Pulau Betong.. Masa itu telepon ini paling efisyen. Semua irang memerlukan telepon ini untuk berhubung dengan luar
Aku masuk duit, dan dail.....jika peti telepnn awam ini gagal . Hilang 20 sen modal terbesar aku ini.
Tut..tut..tut
Asalamualaikum Dato.
Bila Dato ada masa. Saya dengan Ustaz nak jumpa 3 minit.
Isnin nanti datang. 2.30 petang. Sebelum saya masuk mesyuarat. Kita jumpa di pejabat saya. Jawab Dato CEO.
Semasa jumpa pada masa yang ditetapkan. Saya hulurkan kertas kerja 30 helaian bertajuk 'Hospital Bersalin Muslimah'.
Saya nak berniaga ni Dato. Semua maklumat dalam ni. Tak ramai orang berniaga bidang Hospital ni.
Kamu ada akaun bank di mana? Tanya Dato CEO Sambil membelek buku kertas kerja saya itu.
Saya punya akaun bank di Bayan Baru Pulau Pinang. Jawab saya dengan nada tergejut.
Hari ini saya dapat lebih masa. 15 minit berbual bersama Dato CEO. Ini kerana dia juga kagum dengan rancangan saya.
Semasa saya balik ke kampung. Bila sampai rumah di Pulau Pinang. Pihak Bank Cawangan Bayan Baru sudah telepon, dia minta nak melawat tapak meniaga saya.
Dan bermula perniagaan Hospital Bersalin saya sehingga sekarang. Sekarang saya sudah ada 3 generasi pelanggan( nenek dia bersalain sini. Cucu dia juga bersalin disini). Alhamdulillah saya bersama. 90 ribu pelanggan setia.
Dato Seri Anwar semasa berkempen Parlimen Permatang Pauh. Pernah hadir jumpa pelanggan saya. |
Ramai juga menumpang kejayaan ini untuk promosi perniagaan mereka di premis2 hospital . Syarikat Makanan kesihatan bertaraf dunia dan tempatan. Insuran dsb. Ada untuk promosi kerjaya politik, dan ada letak tabung mencari derma.
20 sen yang mula saya mula belanja, sekarang akan masuk cawangan Hospital ke 6.
Anda ada 20 sen? Cepat2 guna........
Comments