Posts

Showing posts from 2020

Naik Bas Cara Berhenti Rokok

Image
Kisah aku naik bas loncat2 pusing Malaysia untuk berhenti rokok. Amalan hisap rokok sudah lumrah dalam dunia ni. Tua sejarah rokok ini lebih lama melepasi zaman Nabi Muhammad, sebab itu ada Fatwa hukum merokok sejak Nabi Muhammad SAW.  Perokok juga terdiri dari semua jantina, bangsa, agama, jawatan dan dikalangan miskin kaya. Rasa Dewasa Bila Merokok. Perbincangan tabiat merokok dikalangan remaja  selalu kita dengar di semua media atau di Balai Lintang Masjid, kedai kopi dan ibu2 membawang. Sejak umur berapa manusia mula merokok?    Saya pernah ke pendalaman Semenanjung Malaysia di Kuala Kerai, Baling, Grik, dan beberapa perkampungan di Sabah dan Sarawak. Di sana saya pernah jumpa kanak berusia 7 tahun sudah merokok. Kanak2 ini merokok sebab galakan waris. Ibu dan bapa dia akan ketawa, menjadi bahan jenaka, bila melihat anak dia sedut dan lepaskan asap rokok. Ibu dan Bapa sambil gelak ketawa, berkata. Macam orang tua2 dia ni, merujuk kepada kebanggan waris, anak akan dewasa.

Cara dapat Modal Perniagaan

Image
Telepon berdering 7 pagi, di awal pagi Isnin permulaan minggu  Ada tamu nak jumpa. Mereka minta tolong untuk dapatkan modal berniaga. Salah seorang ini, dia datang dari Kelantan, dia kenalan dalam politik (tidak sama parti) yang sudah mula tinggal kerja2 politik, tetapi telah termakan hasutan saya 3 tahun lalu, dan sekarang lebih kepada membina kehidupan kendiri. Seorang dari Rawang, kenalan kepada kawan pertama tadi. Mencari Modal. Saya nak meniaga buat film karton dan pasarkan melalui U Tube. Kalau subscribe mencecah 1000. Saya akan dapat duit. Abang Zol boleh tolong  dapatkan modal ni. Dari MARA atau mana2?  Dia pohon minta pertolongan  Permintaan ini berlaku sebab tersebar yang saya ini ada jawatan Lembaga Penasihat MARA Corp.  Saya mendengar dengan tekun dan teliti, sambil mulut mengunyah roti canai di warung sebelah rumah.  Panjang juga penerangan dia untuk meyakinkan saya. Semua disiplin pencari modal dia ada, demi supaya modal meniaga menjadi kenyataan setelah mengharung

Untung beringat awal

Image
Terpaksa berbaris panjang untuk urusan Tabung Haji. Orang tua selalu pesan '  Untung yang Beringat' merujuk kepada orang2 yang buat perancangan dan persiapan masa depan. Sepanjang wabak COVID19 melanda dunia. Malaysia memperkenalkan dasar PKP bagi mempertahankan penduduk dengan tindakan plan kesihatan menyeluruh dan mengekal kehidupan rakyat supaya lebih selesa. Beberapa skim bantuan di perkenalkan (kepada B40, pekerja, peniaga dan pelajar))telah membantu penduduk secara menyeluruh supaya ada makanan dan wang untuk terus hidup. Skim bantuan sokongan ini menyebabkan penduduk Malaysia melimpah wang. 1. Mereka tidak bayar sewa beli yang mereka tanggung. 2. Mereka tidak keluar belanja melancung. 3. Mereka tidak makan di luar yang memerlukan belanja lebih. 5. Hampir semua rumah mendapat bantuan makanan  asas percuma selama 3 bulan. Skim dan bantuan ini menyebabkan penduduk Malaysia memiliki lebihan wang saku. Bagi mereka yang beringat pada masa lebihan wang saku ini. Me

Duit melimpah Perniagaan Meletup musim PKP

Image
Peniaga, usahawan, Saudagar, Entrepreneur. Semua nama yang dipanggil kepada jenis manusia yang disiplin gigih. Perangai usahawan, sentiasa berfikiran strategik & Strategic Thinking.   Setiap halangan akan mereka berjaya lepasi dengan pemikiran strategik mereka yang sentiasa berputar mencari jalan membawa cita2 menuju kejayaan ikut sasaran mereka. Peluang di Manfaat Faiz, saya kenal dia 4 tahun lepas di Makah. Kami sama2 menunaikan umrah dan melangsungkan persahabatan sehingga balik ke Malaysia. Faiz seorang penjual barang2 keperluan Haji dan Umrah, serta barang yang berkaitan dengan bahan2 yang kena mengena dengan ibadat orang2 Islam.  Dia bermula di gerai, naik taraf masuk dalam kedai dan sekarang pemborong. Seperti biasa. Saya suka orang meniaga dan akan mencungkil kelebihan dan kekurang yang jadi kunci dia sebagai usahawan. Maklumat ini semua, ada keperluan untuk saya dalam menguruskan perniagaan sendiri. Faiz usahawan muda. Baru ada  seorang anak kecil masa itu. Dia du

DATA. Strategi selamat Perniagaan Tragedi PKP

Image
Masuk pejabat rangka strategi Syarikat saya bernasib baik sebab dilanda kejatuhan 70%. Ini berlaku pada 2019,. Ini bersamaan tahun ke dua terlibat jadi YB.  Saya balik ke meja asal dalam usaha pemulihan kejqtuhan itu, awal sedikit dari PKP akibat COVID19. Masa saya balik ke meja awal saya mengurus syarikat ini. Saya mula membentuk strategi pemulihan pada  bulan Jun 2019 akibat kejatuhan. Tindakan awal ini rupa2nya telah menyelamatkan perniagaan saya semasa serangan COVID19 Mac 2020.   Kejayaan merancang perniagaan dan kegagalan membaca prospek dan persekitaran. Ramai kawan2 peniaga yang sudah lama berniaga, merungut semasa tragedi COVID19 yang melanda dunia sehingga Lock Down(PKP) dikuatkuasa pada Mac 2020. Keadaan sebenar di pasaran. Pengguna memiliki limpahan wang dan lebihan untuk berbelanja semasa PKP. Sama ada B40 yang dapat RM1600 dan banyak bantuan makanan,. Sama dengan Sepasang suami isteri berpendapatan RM6000 sebulan.  Gaji mereka tidak dipotong oleh bank sepe

Pengurus Perniagaan Jalanan Bantu Kerajaan Switch on Ekonomi.

Image
COVID19 menyebabkan kerajaan2 dunia bertindak Lock Down(Malaysia PKP) semua aktiviti normal masyarakat dunia. Perkara ini seolah-olah, switch off lampu di rumah.   Untuk tindakan Switch Off, begitu mudah rupanya. Tetapi untuk Switch on, semua kerajaan menghadapi sukar untuk hidupkan semula semua aktiviti masyarakat, terutama perniagaan. Saya sempat melawat peniaga jalanan dan pengurus peniaga jalanan Bob Zaini dan Nasorudin Shah Mat semasa PKPB dibuka sedikit demi sedikit. Mereka berdua memiliki persamaan, sebab meniaga di jalanan dan dalam masa sama, mengurus peniaga2 jalanan dilokasi mereka. Tetapi secara tidak sedar, mereka bertentangan pemikiran dalam menghidupkan peniaga-peniaga. Bob Zaini seorang yang miliki syarikat Mengurus Program (Event Organizer). Dia antara yang paling popular di Malaysia, kerana penganjuran2 Karnival Usahawan dengan perbagai 'TEMA' di banyak negeri seluruh Malaysia. Usaha ini menjadikan dia mewah dan bergaya. Nasorudin pula seorang

Dari Burger Boy jadi Pemilik Hospital

Image
Terpaksa berdikari awal usia kanak2, sebab kematian bapa sebagai ketua keluraga. Aku mula diajar mencari nafkah sara hidup dengan berjual. 1982 bermula jadi penjual Burger 5 stall 10 pekerja Semasa kecil, setiap pagi selepas subuh aku akan bawa raga berisi kuih  karipap, onde-onde (ada orang panggil Buah Peluru) yang dibuat oleh emak, untuk aku jual semasa ke sekolah.  Sekolah aku terletak jauh 5 KM dari rumah di Pulau Betong. Talent itu bisa dilatih Jauh rumah ke sekolah itu menyebabkan aku akan tukar 2 bas ke sekolah. Bukan tak boleh naik satu bas terus ke sekolah, tapi aku ada alasan untuk tukar bas. Pertama . naik bas yang bawa langsug ke sekolah dari rumah itu tambangnya 30sen. Jika aku berhenti separuh jalan di Simpang Empat Genting, tambang cuma 10sen. Kemudian, aku akan sambung ke sekolah di pekan Balik Pulau, atau nama 'Kongsi' panggilan kami orang tempatan akan tempat itu.  Dengan cara separuh jalan, sambung aku naik bas yang datang dari Tanjung ini,

Tiada Kaki Dan 7 Lagi Fakta Tentang Kisah Hidup Pengasas Pasar Raya 99 Speedmart. Hebat!

Image
Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Cover image via  toodia.my Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Begitu juga dengan kisah hidup seorang pengusaha pasar raya yang terkenal iaitu 99 Speedmart yang begitu terkenal dengan harga yang rendah berbanding pasar raya lain. Image via yelpcdn.com Mungkin segelintir masyakarat masih belum mengenali siapa sebenarnya tulang belakang pasar raya 99 Speedmart ini. Kini kisahnya telah viral di laman sosial dan memberikan semangat yang tidak putus untuk masyarakat yang berfikiran bahawa mereka tidak mempunyai matlamat hidup hanya kerana tidak sempurna. Pengasas pasar raya 99 Speedmart Sdn Bhd yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah ini membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Jom kita baca serba sedikit fakta tentang kehidupan beliau yang akan membuatkan anda semua teruja! 1. Dilahirkan pada tahun 1964 dan diserang sakit kronik yang membuatkan beliau kehilangan kaki Image via laughingt