Cara dapat Modal Perniagaan

Telepon berdering 7 pagi, di awal pagi Isnin permulaan minggu 

Ada tamu nak jumpa. Mereka minta tolong untuk dapatkan modal berniaga. Salah seorang ini, dia datang dari Kelantan, dia kenalan dalam politik (tidak sama parti) yang sudah mula tinggal kerja2 politik, tetapi telah termakan hasutan saya 3 tahun lalu, dan sekarang lebih kepada membina kehidupan kendiri. Seorang dari Rawang, kenalan kepada kawan pertama tadi.

Mencari Modal.
Saya nak meniaga buat film karton dan pasarkan melalui U Tube. Kalau subscribe mencecah 1000. Saya akan dapat duit.

Abang Zol boleh tolong  dapatkan modal ni. Dari MARA atau mana2?  Dia pohon minta pertolongan 

Permintaan ini berlaku sebab tersebar yang saya ini ada jawatan Lembaga Penasihat MARA Corp.

 Saya mendengar dengan tekun dan teliti, sambil mulut mengunyah roti canai di warung sebelah rumah. 

Panjang juga penerangan dia untuk meyakinkan saya. Semua disiplin pencari modal dia ada, demi supaya modal meniaga menjadi kenyataan setelah mengharung banjaran Titiwangsa semalaman dengan  motor 100cc.

Kawan dia pula datang dengan motosikal KRISS, dari Rawang sejak semalam juga.
Kawan ini rosak motor, dan di tinggal di Kepala Batas. Dia membonceng motosikal dari tempat motosikal rosak untuk  mereka berdua  bertemu untuk berjumpa dengan saya.

Dia bertanya saya. 

Abang boleh tolong carikan Pomen. Motor saya ini saya beli RM650 saja. Kalau belanja baiki banyak sangat. Tak payah repair.

Saya pun terus telepon bengkel motor kawan yang lengkap dan terbaik untuk uruskan.

3 Cara Dapat Modal.

Setelah dengar dengan minat dan tekun. Saya syarah kepada  dua mereka.

Untuk dapat modal meniaga dalam dunia ini ada 3 cara.

1. Pinjam dari Bank @ intitusi kewangan.
2. Pinjam dari keluarga atau Kawan.
3. Modal dari tawaran syer.

1. Pinjam dari Bank 
Pinjam bank atau mana2 institusi kewangan. Ini amalan yang selalu dan paling popular kepada peniaga yang bersemangat nak mulakan perniagaan lebih besar dari kemampuan kewangan dia ada.

Tetapi selalunya, mereka akan kecewa dengan syarat dan peraturan yang diminta. Malah, mungkin mereka yang tidak dapat memenuhi permintaan ini, akan jadi pengkritik bebas kepada apa yang dia faham ketidak adilan si kaya kepada dia, dia bahasa sebagai si miskin.

Biasanya Bank akan minta kertas kerja, minta daftar syarikat, minta penyata bank dan cagaran atau jaminan. Dan kebiasaan Bank dan institusi kewangan akan minta  buktikan  perniagaan yang sudah berjalan. Bukan, baru bercadang nak mula. 

Bank pun nak jaga duit penyimpan dan  pelanggan dia, takut lesap kepada peminjam.

Saya buka cerita tahun 1980an. Kisah seorang jutawan rakyat Malaysia pemilik armada kapal angkut minyak yang beratus buah di lautan luas samudra.

Dia asal seorang pekerja cuci Dek kapal. 

Satu hari dia mendapat peluang apabila diberi surat tawaran kontrak kerja angkut minyak. Surat tawaran ini dari syarikat minyak terkemuka dunia.

 'Bagai bulan jatuh ke riba' dia rasa. Kerana cita2 dan harapan dia untuk menjadi tauke, sudah bermula.

Dia bawa surat tadi ke Bank2 tempatan di Kuala Lumpur. 

Semua Bank2 yang dia jumpa, telah minta cagaran sebesar harga modal kapal tadi. Dia mengeluh sendiri. Kalau aku himpun seluruh harta aku di daratan dan di campur harta datuk aku. Semua harta ini tak mungkin aku akan dapat nilai atau jumlah untuk cagar sebuah kapal untuk belayar di laut.

Dia mencuba nasib dengan berjumpa Bank di Singapura pula.

Dengan surat kontrak bernilai 20 tahun kekayaan perniagaan minyak tadi. Dia dapat meminjam Sigapore Dolar 300ribu untuk membeli sebuah kapal hanya bercagar surat kontrak tadi. 

Selepas kejayaan ini. Semua pengurus2 Bank di Malaysia berbaris di depan tangga pejabat dia. Pengurus Bank ini minta, melobi dan merayu supaya dia meminjam dengan Bank mereka.
'Perigi sudah cari timba'

Pinjam dengan Bank dan institusi kewangan, kita akan bayar balik pokok dan faedah keuntungan.

Jika pinjam 5 tahun. 60% keuntungan mesti dibayar. Kalau pinjam 20 tahun, sudah lebih 100% keuntungan mesti dibayar.

Jika pinjam tunai untuk modal pusingan. lebih besar fardah perlu dibayar kepada peminjam.

Ceritanya. Mesti ada perancangan yang sangat baik untuk dipercayaai BANK.
 Mesti kongsi keuntungan dengan Bank.

Artinya, kalau tak mampu buktikan meniaga kamu untung. Tiada Bank akan beri wang pinjam.

2. Pinjam dari keluarga atau kawan.
Ramai juga peniaga dapat duit mula meniaga dengan pinjam dari keluarga dan kawan.

Lumrah dalam memulakan perniagaan, ada yang pinjam duit dari keluarga atau kawan.
Cara ini adalah atas ehsan keluarga atau kawan. Tiada masa mereka, iaitu pemberi pinjaman tadi nak siasat, atau analisa perniagaan itu baik atau tidak. Boleh untung atau akan rugi.

Peminjam ini bagi, dengan alasan nak lihat keluaraga dia atau kawan dia berjaya.

Dia bagi pinjaman juga ada bertujuan yang kadang2 dia tak sebut. (kalau2 dia dapat sama2 kongsi keuntungan).

Banyak juga kes pinjam keluarga dan kawan ini berakhir dengan  bergaduh, tidak bertegur siapa antara peniaga yang pinjam dengan peminjam dikalangan  keluarga atau kawan. 
Kerana hutang tak bayar.

Pernah pada 2003. Seorang kenalan kepada kakak saya datang minta modal nak berniaga. Kakak saya recomen kuat, sehingga saya malu alah bagi pinjaman.

Selepas itu dia hilang. Nombor telepon dah tak aktif.

Selepas 3 tahun. Peminjam tadi   dia telepon saya minta maaf, dan dia  minta nombor akaun bank untuk dia masuk duit. Dia bayar lebih dari apa yang dia ambil. 

Semasa berbual dalam telepon, dia cerita yang dia sekarang berniaga kerja2 bekalan dalam Oil & Gas. 

Sekarang perniagaan telah cecah RM12j setahun.

Tetapi.....

Peniaga pinjam kepada keluarga atau kawan, biasanya gagal. 

Sebab peniaga ini tidak audit perniagaan. Sebab tidak audit dan memperdulikan rekod sebab tiada tekanan supaya dia bersungguh2. 

Kadang kala, peniaga ini sudah pusing semua Bank. dan telah di tolak pinjaman, kerana permohonan hanya lojik kepada dia saja.
peniaga syiok sendiri.

3. Modal dari tawaran Syer.
Modal juga boleh dapat dari pemilik modal yang sanggup syer sama dalam perniagaan yang kita rancang, cadang. Apatah lagi kalau perniagaan sudah bermula dan nampak maju.

Perniagaan yang meyakinkan, sudah pasti mampu menarik ramai pelabur menyertai. Dengan janji2 jelas terpampang dalam dokumen bertulis.

 Ini satu cara boleh berjaya membawa masuk modal.

Susah orang nak percaya untuk bagi modal.
Tapi banyak pemodal cari peluang, yang akhir jadi realiti.

Pemilik penerbangan terkemuka dunia di Malaysia telah menawarkan syer kepada CEO Bank antarabangsa untuk dapat modal. Dan tawar syer kepada  Pegawai tinggi Kementerian Pengangkutan untuk dapat lesen. 

Ini dia cerita sendiri masa kami di Bangsar buat kali pertama dan terakhir saya minum dengan dia diteman seorang palaing kanan CEI Bank berorwntasi Islam.

Sekarang pemilik penerbangan ini,  dia dah tersenarai 40 usahawan berjaya dunia.

Seorang kawan saya nak jual seluar Jeans di bazar Ramadan. Untuk dapat modal. 
Dia tawarkan perkongsian dengan saya. 

Apabila dikira syer jangka pendek, setiap helai seluar, saya akan dapat purata RM3,

Saya perlu keluar modal RM6200 untuk belian pertama 200 helai. 

Duit dari hasil jualan akan beli seluar tambahan. Syer jadi kenyataan dalam 1 bulan puasa dengan jualan cecah 5000 ribu helai. Peniaga yang usaha jualan mendapat 7x ganda. Pemodal dapat RM3 pada seluar belian pertama sahaja. 
Tiada ganda2.

Cerita ini bukan pasal saya ada jawatan. Tapi saya ada maklumat.



Apa saja bentuk modal. Peniaga mesti berkongsi untung dengan sumber modal.

Mereka berdua yang datang jauh rasa lega mendengar penjelasan dan penerangan. Dalam kepala mereka.  Mereka sudah nampak modal yang banyak di luar sana ubtuk dikaut balik.
 

Ini 3 cara dapat modal yang ada di dunia. Jika anda nak guna mana2 cara. Silakan.


Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing