Duit melimpah Perniagaan Meletup musim PKP
Peniaga, usahawan, Saudagar, Entrepreneur.
Semua nama yang dipanggil kepada jenis manusia yang disiplin gigih.
Semua nama yang dipanggil kepada jenis manusia yang disiplin gigih.
Perangai usahawan, sentiasa berfikiran strategik & Strategic Thinking.
Setiap halangan akan mereka berjaya lepasi dengan pemikiran strategik mereka yang sentiasa berputar mencari jalan membawa cita2 menuju kejayaan ikut sasaran mereka.
Peluang di Manfaat
Faiz, saya kenal dia 4 tahun lepas di Makah. Kami sama2 menunaikan umrah dan melangsungkan persahabatan sehingga balik ke Malaysia.
Peluang di Manfaat
Faiz, saya kenal dia 4 tahun lepas di Makah. Kami sama2 menunaikan umrah dan melangsungkan persahabatan sehingga balik ke Malaysia.
Faiz seorang penjual barang2 keperluan Haji dan Umrah, serta barang yang berkaitan dengan bahan2 yang kena mengena dengan ibadat orang2 Islam.
Dia bermula di gerai, naik taraf masuk dalam kedai dan sekarang pemborong.
Seperti biasa. Saya suka orang meniaga dan akan mencungkil kelebihan dan kekurang yang jadi kunci dia sebagai usahawan. Maklumat ini semua, ada keperluan untuk saya dalam menguruskan perniagaan sendiri.
Faiz usahawan muda. Baru ada seorang anak kecil masa itu. Dia dulu saya kenal menjual radio Al-Quran. Radio ini akan mengalunkan bacaan Al-Quran 30 juzuk dan boleh pilih, juzuk2 yang kita kehendaki. Ada juga selawat dan zikir dalam canel radio kecil ini.
Faiz menjual radio ini secara gaya pos.
Untuk mencungkil rahsia, dan untuk meneruskan persahabatan lebih akrab.
Saya tempah setiap bulan 20 unit untuk saya jual kepada pelanggan Hospital saya.
2 hari lepas, hari PKPB di hujung kawalan.
Faiz call saya.
Nak panggil abang atau nak panggil YB?
Tanya Faiz dalam telepon.
Kalau panggil YB tak jadi kawan la kita. Jawab saya berseloroh.
Faiz maklumkan saya. Ada seorang anak muda Kristien beli Al -Quran.
Dia minta saya datang ke Arau dan jumpa pemuda ini. Dia harap saya mampu ajak pemuda ini masuk Islam.
Biasanya saya tak akan lepaskan peluang keemasan ini. Saya terus memandu ke Arau.
Saya sampai Arau 6.30pm bersama semua 6 orang keluarga saya.
Ketika sampai depan pejabat Faiz. Ada lori pos dari syarikat J & T
Pekerja Faiz bersama bungkusan barang untuk di pos |
Saya terus naik ke tingkat atas untuk ke bilik personal Faiz. Saya terpaksa berhati hati atur langkah untuk sampai ke bilik Faiz, sebab penuh dengan barang dan pekerja sedang membungkus barang2.
Ini mengimbau kenangan saya di tahun 80an. Di mana fenomena minat agama melonjak, dan peluang ini diambil oleh seorang mentor business bernama Ibnu Hashim.
Ibnu Hashim mengurus perniagaan yang dia terpaksa menjadikan semua bilik dan rumah yang dia ada sebagai stor, dan hanya tinggal ada lorong sempit untuk kita jalan.
Penuh dengan kaset ceramah.
Ibnu Hashim penerbit kaset, poster serta buku2 agama.
Ibnu Hashim akan isi duit jualan secara borong setiap hari dalam plastik bag hitam besar untuk isi sampah, sebelum duit di bawa ke bank setiap hari.
Begitu maju perniagaan dia masa itu.
Ada cerita yang tular masa itu.
Komposer Ahmad Nawab pernah intai Ibnu Hashim cetak kaset. Sebab Ibnu Hashim cetak 100ribu keping setiap tajuk ceramah. 100 ribu keping setiap design poster.
Sedangkan kaset penyanyi masa itu hanya mampu cetak paling top, 15ribu keping saja satu tajuk album.
Ahmad Nawab dan Ibnu Hashim cetak kaset di tempat yang sama.
Industri nyayian kena bayar royalti penyayi, komposer dan penulis lirik.
Sedangkan Ibnu Hashim cetak kaset ceramah cuma perlu rakam cetak dan jual.
100% milik dia sebagai penerbit.
Kejayaan di Kongsi Bersama Pekerja
Kejayaan di Kongsi Bersama Pekerja
Faiz sekarang sudah jadi 2 kali jutawan apabila COVID19 membina budaya hidup Norma baharu penduduk dunia.
Semua urusan dalam online, COD, delivery, dan berbagai panggilan digunakan kepada budaya niaga sekarang dan semakin berkembang masa PKP.
Faiz cerita pada saya. Bulan puasa baru2 ini, dia jadi takut, gelabah dan tak terurus diri.
Ini semua kerana tempahan datang mencurah curah setiap hari. Membungkus , melebel dan tampal alamat di bungkusan barang sehingga lewat malam tak habis kerja.
Dari pakaian tudung, jubah, sarung tangan dan sarung kaki wanita, kitab Al-Quran, makanan kesihatan dan lain2. Semua dia terima tempah online.
Dia terpaksa cari pekerja sambilan melebihi 15 orang. Jika lebih dari itu, tak cukup tempat, ruang untuk bekerja di dalam premis Faiz.
Untuk pastikan cerita Faiz benar berlaku.
Saya bertanya kepada pekerja di meja sebelah dengan saya.
Pekerja ini sedang tekun membungkus barang untuk di pos.
Saya mampu bungkus dan labelkan 1000 bungkus, dan terpaksa tangguh 1000 order hari ini. Kata pekerja tadi.
bila saya tanya. Berapa kamu dapat. Pekerja itu jawab malu2. RM2/bungkus.
Jadi, kamu dapat RM2000 hari ini. Tanya saya seperti tak percaya.
Ya YB. Jawab remaja itu.
Faiz terus tawarkan kepada saya untuk latih sesiapa saja yang berminat untuk usaha perniagaan runcit online ini. Mesti berjaya kecuali malas dan anak orang berduit yang tak minat duit.
Faiz tunjukan dalam FB, IG, akan ratusan pemilik kedai online yang jutawan dan menjadi rakan akrab beliau.
Ini semua anak murid abang la. Sebahagian besar mereka pernah minta tunjuk ajar Abang. Saya nak panggil abang YB. Faiz secara lisan tauliah saya...
Mereka ini berjaya kerana memilih untuk pembaharuan dan mampu menyesuaikan diri dengan semasa.
Adapun sebahagian peniaga masih nak ego mempertahan cara lama dengan didendangkan sejarah2 kejayaan dulu..
Baca Petanda
Semua cerita saya lakarkan ini sebagai bukti bahawa rakyat memiliki wang tunai yang banyak.
Ini petanda. Kedusukan dan kemampua dan mereka mampu membeli dan berbelanja.
Duit terlebih di pasaran ini dapat dilihat di semua kedai emas yang penuh pelanggan.
Kedai perabut yang tak sempat melayan pelanggan dan membungkus barang.
Kedai basikal yang sentiasa memasang basikal mewah yang sudah dibayar tempahan.
Dan banyak lagi jenis perniagaan yang melimpah pelanggan.
Mereka yang memahami petanda dari keadaan dan bijak ambil peluang, pasti akan menerima limpahan ini.
Comments