Menulis Angan- Angan.
Menulis impian sendiri
Semangat mahu berjaya yang saya buat... dengan menulis segala cita-cita(angan2) serta impian saya di dalam buku catitan. Ini mendorong saya untuk menyediakan pula rangka-rangka asas untuk berjaya.Saya tulis pula kerangka bagai mana untuk merealisasikan cita-cita(angan2) tersebut.
Saya akan catitkan maklumat seperti,
• Nama projek yang mahu diusahakan itu
• Bila akan dimulakan
• Di mana ianya akan bermula
• Bagaimana waktu operasinya
• Apa keperluan, peralatan, pekerja
• Berapa modal mula
• Dari mana nak dapat modal
• Dll
Saya masih ingat salah satu impian yang saya tulis dan rencanakan adalah cita-cita untuk membuka sebuah restoran terapung bersebelahan jambatan Pulau Pinang. Saya tulis perancangan tersebut pada 3 helai kertas 'Kajang'. Zaman ini belum popular kertas A4.Ada juga perancangan cita-cita yang saya tulis untuk menjalankan perniagaan minuman. Produk sebegini tak basi (tahan lama). Untuk itu, saya merangka perniagaan untuk membotolkan air minuman(miniral water).
Ada sekali saya tulis dan merangka cita-cita untuk membuka syarikat sewa kenderaan termasuklah kereta, sewa kapal laut dan juga sewa kapal terbang. Cita-cita itu juga menyebabkan saya membazirkan wang dengan mendaftar diri sebagai peserta dan pelajar di Penang Flying Club untuk bawa kapal terbang.
Dalam banyak-banyak cita-cita atau boleh dikatakan angan-angan yang saya tulis itu, yang sudah berjaya...
menjalankan perniagaan Sewa kereta pandu sendiri yang berpusat di Bukit Jambul Pulau Pinang.
Perniagaan sewa kereta pandu sendiri itu kemudiannya banyak membawa saya berkenalan dengan lebih ramai para usahawan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan menjual orang !
Datang mesyuarat. Datang buat presentation. Datang nak 'close deal'. Mereka(penyewa kereta) turun di Lapangan Terbang Bayan Lepas dan call untuk sewa kereta. Mereka datang dengan penerbangan pagi dan pulang dengan penerbangan petang.
Memulakan impian bina perniagaan hospital sudah berjaya.

Sekarang aku menulis lagi.. ber angan2 lagi...
Nak ubah Politik Pulau Pinang dengan Islamkan semua penduduk.
Comments