Korea: Berinovasi Untuk Berubah

Seoul, Korea Selatan. Setelah 12 tahun, sekali lagi saya berpeluang memijak kaki ke bumi yang menjadi pemain aktif dunia dalam peralatan elektronik dan kenderaan . Samsung, Daewoo,Hyundai dan banyak lagi jenama berasal dari Korea Selatan, berada dalam kedai diseluruh dunia. Bukan sekadar jadi pameran, tetapi jadi pilihan pengguna tanpa ragu dari mutu dan rekabentuk keluaran mereka. Telepon tangan Samsung Galaxy yang menjadi rebutan diserata dunia sekarang membuktikan mereka menjajah dunia dengan Inovasi.


Perubahan 7 tahun amat besar disini dari segi sosial dan pembangunan. Kini Korea menjadi pilihan masyarakat Arab, Afrika, India, Pakistan dan Melayu Malaysia maupun Indonesia. Kalau 7 tahun lalu saya berjalan disini bersama Isteri, kami akan menjadi penarik perhatian kepada masyarakat Korea yang tak pernah melihat pakaian perempuan Islam secara langsung. Ada kalangan mereka datang berebut nak bergambar bersama, ada yang mengelak jauh bila mereka berselisih ketika berjalan.

Budaya hidup rakyat Korea juga amat berbeza. Mereka aktif bekerja dan bergerak. Susah nak jumpa orang Korea duduk saja atau berbual kosong semasa dalam Train atau Bas. Tangan mereka sentiasa bergerak di telepon tangan mereka mencari maklumat dan mereka sentiasa berhubungan antara satu sama lain dengan maklumat. Hampir tiada orang Korea makan sambil berjalan. Mungkin ini sebab kenapa mereka tidak boroi atau obesiti, Nak cari perempuan perut kedepan memang payah sekali, hidung kedepan banyak. Kalau saya buka Hospital bersalin disini memang boleh lari malam. Tak nampak pun orang nak bersalin sepanjang hari saya di jalan.


Sekarang di Itaewon, daerah yang terdapat Masjid besar, telah dipenuhi peniaga, pengunjung dan pelajar Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ada kalangan peniaga mampu menyebut 'apa kabar' bila menyapa saya dijalan atau dalam kedai orang Islam yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kalimah 'assalamualaikum' menjadi kata-kata yang biasa di lorong-lorong di Itaewon. Makanan Turkish, India, Arab seperti Kabab, Biriani, Sup penuh di iklankan di muka pintu kedai.Macam di Arab pula rasanya.



Kedai menjual pakaian yang pelik dulunya dikalangan penduduk Korea, seperti tudung wanita dan jubah, kini menjadi penarik pelanggan kedai fesyen disini. 'Pak Itam' (istilah kawan saya di Bangkok) lelaki dan perempuan penuh dijalan dan lorong disini sekarang. Ada kalangan mereka yang berjalan memimpin tangan anak kecil berkulit putih sawa matang dan rambut kerinting halus(anak Korea + Afrika). Perkahwinan campur sudah menjadi kebiasaan disini.


Masjid yang 7 tahun lalu lengang, hanya ada Hj Rashid imam dari Thailand yang dibiayai oleh Libya dan seorang perempuan Korea Islam di pejabat tingkat bawah Masjid. Sekarang ramai yang bersantai di bangku panjang sekeliling Masjid, kanak-kanak beruniform sekolah belari membawa kitab, menghiasi halaman Masjid. Beberapa kumpulan yang betutur dalam bahasa India, Arab, Pakistan mau pun Melayu juga menjadi hiasan lanscap Masjid ini.

Perniagaan SME atau Perusahan Kecil dan Sederhana disini mampu berurusan peringkat antarabangsa. sama naik dengan Syarikat Multinational di Malaysia. Saya berkunjung ke salah sebuah premis kedai berukuran 20x25 yang menjadikan Refurbish sebagai kerja utama mereka. Dia berurusan dengan Bulgeria, USA, Rusia, Syiria, Filipina dan banyak lagi negara di Eropah dan Amerika Selatan. Mr Lee menjalankan perusahan baik pulih mesin perubatan dari seluruh dunia dengan seorang partner rakyat Korea keturunan Pakistan. Dia juga mempunyai rangkaian untuk outsourcing kerja mereka supaya cepat dan lebih banyak keluaran. Perusahan seperti ini menjadi paling popular di Korea dan mampu membawa pulangan jutaan Dolar US setahun. Cara berurusan dan berunding seta berfikir masyarakat Korea Selatan ini sangat saya kagum. Bahasa pertuturan bercampur Inggeris dan Korea, lebih banyak bahasa tangan dari mulut, tapi mampu memasarkan barangan peringkat antarabagsa.


Betul apa yang saya baca dari buku 'The Swordless Samurai'. Seorang yang tak mampu bermain pedang, dia akan kalah kalau bertarung dengan Samurai tingkat 3 pun. Bentuk fizikal badan yang tidak sasa seperti seorang jaguh. Toyotomi Hideyoshi seorang budak gelandangan yang pernah menjadi tukang angkat kasut telah membuktikan, menggunakan kaedah berfikir dan sedikit teknik berinovasi tinggi, telah menjadikan dia Shogun(Ketua seluruh Samurai) yang berjaya menyatukan kepulauan Jepun sekitar tahun 1550an dulu.



Telepon tangan Samsung Galaxy yang menjadi rebutan diserata dunia sekarang membuktikan rakyat berasal dari petani Korea sudah menjajah dunia dengan Inovasi.

Comments

Anonymous said…
Berapa harga? Mahai ka ?
Zolkifly said…
Macam mana nak jawab, kalau guna nama Anonymous said
Anonymous said…
sbb apa x blh jawab plak kalau guna anonymous...bgtau ja la...atau mmg bodo x tahu nak jawab...
Zolkifly said…
Harga Masjid ka ? nak jawab mana satu? kena turunkan otak pikiq bodoh macam si tanya
Anonymous said…
ha ha ha...ni sapa yg bodo...hang ka...pas ka...umno ka...pkr ka...dap ka...sbbnya hang eja byk yg x betoi...pi sekolah x habih ka....ha ha ha...masuk sekolah balik la bro...
Zolkifly said…
ha,ha,ha. sah dah......

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing