Masih terpelihara Rumah berbentuk Surau milik Hj Mansor J.P.yang menjadi persinggahan Pelayar Islam Dari China ke Arab dan Eropah. Rumah Hj Mansor J.P, Pernah menerima tetamu besar, Dr Burhanudin Helmi, Prof Dr. Zulkifli Muhamad, dan ramai lagi di masa awal tubuh PAS.Perigi dari batu granite ada dalam rumah sepertimana budaya pemimpin Cina menjaga sumber air dari diracun musuh. Semperna sambutan 60 tahun PAS..PAS Cawangan Bayan Lepas menawarkan khidmat kepada sesiapa yang berminat menziarahi Rumah dan Makam Tuan Hj Mansor JP, Naib Yang DiPertua/Bendahari PAS Pusat pertama 1951. Beliau seorang keturunan Cina. Rumah beliau yang masih kekal di Bayan Lepas, Pulau Pinang pernah ditandang oleh Dr Burhanudin, Prof Dr Zulkili Muhamad dan ramai lagi. Di Kawasan rumah beliau ini, masih ada lagi sebuah Pondok atau rumah kecil seperti surau bentukny, yang menjadi tempat persinggahan pedagang atau pelayar (samada menunaikan Haji, atau berkunjung ke Arab dan Eropah) dari China untuk singgah sementara, sebelum meneruskan perjalanan ke Barat atau dalam perjalanan kembali dari Barat ke China. Menumen sejarah ini masih kekal dalam bentuk asal di tengah Pekan Bayan Lepas, berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas . Bagi memudahkan keluarga Hj Mansor J.P, Sesiapa yang berhajat untuk ziarah sila hubungi Tuan Hj Rahim Sanusi (Pengerusi JKKK Bayan Lepas)013-4539706 atau Tuan Hj Akbar(Bendahari PAS Bayan Lepas) 0174284801.
Ustaz Mursyid Bin Mansor J.P, yang masih tinggal dirumah bersejarah ini, sebagai waris Islam dari China dan anak Pimpinan Dewan Harian PAS pertama.
Comments
Ustaz Murshid bukan pernah mengajar hang dulu kat SGS