Dinar Kelantan Selamatkan Dunia.
Semalam saya bersama Tuan Hj Izham Hasim Pengarah Mutiara Infaq, Komuti anak yatim. Azran Chan Setiausaha Persatuan I.K.U.T (Infaq Kebajikan, Umat Takaful) terdiri dari kalangan komuniti pemeluk Islam baru. Dan seorang rakan lagi, telah berkunjung ke Kelantan atas urusan rasmi persatuan.
Kami telah membuat temujanji dengan Dato Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Bertujuan memberi kerjasama mengembangkan Dinar Emas Kelantan. Sesampai disana kami telah berkunjung dulu ke Yayasan Tok Kenali, dalam usaha meninjau kerja kerja NGO di Kelantan sebagai berkongsi idea dan meningkatkan kerja kerja NGO's yang di terajui kami dan sedang berjalan di Pulau Pinang .
Selepas makan tengahari , kami bertolak ke Komplek Kerajaan Kelantan, dan berjumpa dengan Dato Husam Musa. Beliau sudah bersedia dengan pengurus Dinar Kelantan, seta perunding antarabangsa kepada Kerajaan Kelantan.
Umar Vadillo, orang Spain yang menjadi perunding antarabangsa kepada Dinar Kelantan diperkenalkan kepada saya dan rakan lain. Oleh kerana Dato Husam ada urusan lain , Umar diarah oleh Dato Husam supaya menguruskan kami dengan tujuan tadi. Kami di bawa ke Renaissance Hotel Kota Bharu, di tingkat 5, bilik exclusif untuk berunding. Saya diterangkan oleh Umar Vadillo, bagimana kaedah menjadi dealer dan Distributor kepada Dinar emas dan prospek emas masa depan , serta nilai perjuangan menentang kapitalis dan musuh manusia zaman ini.
Dia berhujan dengan 2 fakta, Pertama , Emas sebagai barang permintaan dipasaran yang terus meningkat sedangkan pengeluaranya terhad. Faktor ini akan membuatkan harga emas terus meningkat dipasaran.
Saya yang membuat homework sebelum ke Kelantan ini, telah melihat beberapa fakta seperti berikut yang boleh menyokong hujah Umar. Di antara tahun 2005 – 2009, emas recycled telah menyumbang 32% dari jumlah pengeluaran emas tahunan. Kalau dilihat dari segi permintaan, Sehingga Disember 2009, jumlah dagangan untuk jewellery demand sahaja berjumlah US$55 billion dengan India menyumbang 27% daripada jumlah demand pada tahun tersebut. Kalau kita ambil kira permintaan China dan Eropah, tentu jauh lebih besar permintaan dari penghasilan emas.
Keduanya, USD menjadi matawang yang terus lemah dipasaran dunia dan akan pasti runtuh dalam masa terdekat. Emas akan kembali menjadi tukaran atau matawang yang unggul dunia.
Benar kata Umar ini sebab dari apa yang saya dapati angka berikut ini, berdasarkan hutang Amerika pada awal tahun 2011 mencatatkan USD14.3 triliun, satu angka yang hampir pasti kerajaan Amerika tidak dapat dipulihkan kembali. Juga dasar luar Amerika yang dari segi pembuatan, banking serta sumber asli yang bergantung kepada ketenteraan dan penjajahan. Faktor ini sudah pasti mempengaruhi semua matawang negara yang bukan dari emas tulin, akan menerima nasib yang sama dengan USD. Nilai matawang ini akan terus susut dan lemah. Emas akan terus kukuh dan menjadi pilihan tukaran pada masa depan.
Umar juga berhujah dari segi perjuangan menentang penjajahan dunia serta kebangkitan Islam yang mendatang. Dunia Islam sekarang sedang mengalami peralihan kuasa dan berusaha membebaskan diri dari cengkaman penjajahan baru US dan Israel. Emas sebagai matawang pasti dapat merialisasikan hasrat pejuang-pejuang yang telah dapat menguasai negara mereka.
Dari segi sunnah Nabi S.A.W. Emas dan Perak telah menyebabkan sekatan ekonomi kepada perjuangan Rasullulah tidak menjadi. sebaliknya Nabi membangunkan dunia yang bebas dari cengkaman para penghisap darah dunia. Patutlah masa Kelantan lancar Dinar Emas Kelantan , Bank Negara jadi gelabah semacam. Ada juga pemimpin politik BN yang desak di sekat walau dengan apa cara, dan seberapa segera usaha Kelantan ini. Kerana Dinar ini boleh memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemerintahan Kelantan.
Saya yang telah berjanji dalam mesyuarat PAS Bayan Lepas untuk menjadi hub Dinar Kelantan, dan meminta disegerakan tubuh Koperasi untuk mempercepatkan proses ini. Apa pun semalam saya telah membawa dua persatuan dan beberapa syarikat yang akan memulakan usaha Dinar Kelantan , dengan nilai awal pelaburan dipersetujui RM1 juta. Dan kami dijanjikan Distributor kepada perjuangan Dinar ini.
Semoga usaha mengisi perjuangan ini berjaya, InsyaAllah.
Comments