Komunis dulu, Teroris sekarang....

Perbahasan berkenaan Komunis , Mat Indera dan Polis tali barut penjajah British , mengimbau kenangan aku ketika menziarahi Rashid Maidin, salah seorang anggota PKM yang menghabiskan sisa-hidup beliau di Selatan Thailand.

Pada pertengahan tahun 90an, aku memandu kereta Proton Saga bewarna merah, dengan ditemani oleh seorang kawan. Beliau seorang guru yang masih bertugas sehingga hari ini. Destinasi aku , sebuah kampung di daerah Yaha, bersebelahan Yala. Ban Balak, dalam bahasa Thai, atau Kampong Balak, dalam bahasa Melayu.

Jam digital di kereta dah menunjukkan pukul 3 petang waktu Malaysia, waktu Thailand 2 petang. Kampung ini aku belum pernah sampai lagi seumur hidup aku. Sampai di sebuah pekan kecil di Yaha , Aku bertanya orang disitu yang boleh berbahasa Melayu, ' Ban Balak, ikut jalan mana, berapa jauh dari sini?'. 'Dekat , 40 kilo, nuh', Jawab orang Melayu Siam dalam pelat Patani.

Aku teruskan perjalanan sampai ke Kampung Balak tadi. Kampungnya agak sunyi dengan rumah agak jauh 200ke 300 meter jarak setiap buah. Seperti kampung baru atau Tanah rancangan Felda, gaya kampung ini. Aku memandu perlahan dengan mata mencari, kalau ada orang yang boleh bertanya. Susah nak lihat orang disini berada diluar rumah dalam waktu awal petang ni. Aku terpandang seorang perempuan separuh umur sedang menghalau lembu, mungkin lembu dia sendiri, aku tanya dia, ' Mana rumah Rashid Maidin'. Perempuan itu geleng kepala, dengan maksud , tak faham bahasa aku. Aku terus memandu perlahan sambil mendaki cerun yang agak landai. Aku tahan sebuah basikal dan ulang pertanyaan ' Mana rumah Rashid Maidin' . 'Mei Daiy' dia jawab dalam bahasa Siam. Dalam jiwa mengesyaki sesuatu yang tak kena! Aku sambung soalan, 'Rashid Maidin Maley, Perak'. Ada, sana! sambil dia menunjukkan aku sebuah rumah diatas tebing, yang jelas nampak , dari arah mana sekali pun.

Sampai aku di rumah tersebut, terus aku beri salam. Seorang yang agak berumur membuka pintu, dan menjemput aku masuk bersama kawan aku yang menjadi diam sejak kereta aku pandu memasuki kampung Ban Balak . Tapi matanya agak liar melihat sekeliling. Mungkin keletihan sama kot.

Aku sungguh gembira hari ni kerana dapat melihat wajah seorang yang berani dan berperinsip berdiri di depan mata kepala aku ni. Tangan yang aku salam ini juga memberikan aku rasa bangga secara peribadi, apabila kulit aku bersentuh dengan kulit mereka yang dijanjikan maut sentiasa.

Perasaan yang sama juga, masa aku bersentuh kulit dengan Osama Hamdan, wakil Khalid Mash'al dari HAMAS Palestin, ketika di sebuah bilik semasa kami minum bersama di Beirut, Lebanon. Aku dapat rasa dan menjiwai akan kehidupan mereka yang sentiasa dilindungi insuran Syahid . Kulit bersentuh kulit, sungguh indah saat begini. Semasa aku di Damsyik , aku juga berpeluang berpelukan dengan mereka yang diberi jaminan syahid. Ada kalangan mereka yang mengiringi perjalanan aku semasa disana berani membuka baju menunjukkan bekas parut dari kesan terkena tembakan. Bukan satu kesan, ada yang memiliki 4 kesan parut. Mereka yang aku sempat jumpa di Damsyik, Syiria atau Mesir ini di gelar sebagai Teroris. (selepas runtuhnya Soviet Rusia gelaran Komunis kepada penentang British dan Amerika di tukar kepada Teroris). Mereka yang menentang Amerika hari ini dijamin Insurans syahid. Dalam negeri mereka , mereka diancam oleh tali barut Amerka, Di luar negara, mereka ditawarkan ganjaran besar oleh Amerika, bagi sesiapa yang berjaya syahid pejuang ini. Mereka ini yang aku temui, ada menhadiahkan cenderamata dan buku sebagai tanda persaudaraan.

Sebuah buku yang aku terima dari Ketua Polis Daerah Selatan Thailand sebagai tanda persahabatan, menambahkan lagi koleksi dan pengetahuan aku kepada Rashid Maidin. Buku yang ditulis sendiri oleh Rashid Maidin, di cetak di Hong Kong, sebab Malaysia haramkan penerbitan dan percetakkan buku Rashid Maidin.

Semasa aku sembang dengan Pak Rashid, panggilan aku kepada Rashid Maidin, sebagai tanda hormat kepada pejuang dan manusia yang berani dan berperinsip.

Aku tanya Pak Rashid, Orang kata Pak Rashid boleh hilangkan diri, meresap dan kebal, tak lut peluru, betul ka?

Pak Rasid lari dari tahanan di Melaka semasa kerja pembinaan sebuah balai polis disana. Masa tu ekonomi Britain merudum, British guna banduan sebagai buruh untuk jimat belanja. Pak Rashid mulakan kisah hidup beliau. Pak Rashid jadi banduan politik yang di tahan British kerana lawan penajah dan dipindahkan dari penjara di Pulau Pinang ke Melaka kerana Pak Rashid tumbuk Pegawai Polis Orang Putih di penjara. Pak Rashid lari semasa ke sungai dengan alasan nak buang air, Pak Rashid lari ikut seorang budak Cina yang menjadi petunjuk arah. Pak Rashid ambil masa setahun setengah berjalan dari Melaka ke Raub Pahang! Cerita Pak Rashid sebagai manusia biasa tanpa, secara tak langsung menafikan dia mampu menghilangkan diri.

Dulu, pokok balak sebesar 4 ke 5 pemeluk. Kalau ada kapal terbang British lepaskan bom kami sembunyi balik pokok besar. Bom dulu bukan macam bom hari ni, kalau kita sembunyi balik pokok tak kena dah. Pernah juga Pak Rashid terperangkap oleh askar. Askar yang kerja dengan British ni kebanyakan kenal Pak Rashid. Kebanyakan mereka pernah ikut dan dengar ceramah Pak Rashid. Kadangnya Pak Rashid ceramah dengan Dr Burhanudin, kadang dengan Ishak Muhamad. Orang kampung masa tu tak da kerja, jadi, minta masuk askar, kerja dengan orang putih. Bila terserempak dengan Pak Rashid dalam hutan, mereka minta Pak Rashid lari, nanti kami jawab dengan kepala orang putih. Ceita Pak Rashid sebagai bukti dia seorang pejuang menentang penjajah untuk merdekakan Tanahair.

Bila balik ke balai, askar orang Melayu yang kerja dengan British ni, akan buat repot, Rashid Maidin kami dah kepung dia semasa sedang sembahyang. Tetapi, masa dia bagi salam saja , terus hilang. Begitulah jawapan mereka kepada boss orang putih. Akibatnya, askar tadi akan di adu atau diambil tindakan disiplin, dengan dipaksa bekerja selama 3 hari berterusan jadi 'jaga' di pintu. Cerita Pak Rashid lagi, secara tak langsung menafikan cerita keajaiban yang beliau ada. Cerita ini akan aku sambung lagi sebagai tatapan anak-anak ku nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing