Nabi Isa Bawa Dia Kepada Islam.


Nur Azley Stanley. Saya seorang aktivis Kristein yang kuat dan membenci Islam. Begini permulan kisah beliau yang dikongsi bersama pada kuliah pagi Sabtu di Pasar Taman Tun Sardon, yang diadakan setiap minggu.

Sabtu, 17 Setember 2011, Ustaz Latif Ismail menggantikan Ustaz Mujahid Yusof Rawa. Dia dipertanggungjawab memberi hujah secara syari'ah dan praktikal masa kini, berkenaan da'wah yang berkesan kepada mereka yang masih di luar dari Islam.

Pengunjung minggu ini beruntung, kerana Ustaz Latif Ismail di kembarkan dengan Nur Azley Stanley, seorang keturunan India yang asalnya beragama Kristien, kini telah memeluk Islam. Saya bersekolah dan menghabiskan masa kanak-kanak di Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang, Nur Azley memulakan perkongsian cerita bersama tetamu. Kehidupan harian dan pergaulan harian Nur Azley, dikalangan orang Melayu yang tinggal sekitar Jalan P.Ramlee ini. Sebahagian dari kenalan dan rakan mainan beliau juga dikalangan India Muslim(Mamak). Laungan azan dari corong pembesar suara, urusan kematian dan kubur Islam, Takbir Raya, sembelih lembu korban . Amalan dan budaya Islam, yang diamalkan disini sudah biasa dengan Nur Azley, tiada apa yang curiga atau aneh, maupun was-was.

Bermula dia masuk ke asrama sekolah Vokesional di Selatan Pulau Pinang. Bilik hostel beliau berdekatan surau sekolah. Dari situ beliau dapat lihat dengan mata yang telah dewasa, bagaimana pelajar Islam tidak menghormati agama sendiri. Mula saat ini, Nur Azley mula menyimpan rasa benci kepada Islam. Dia mula bergiat aktif dengan kristien dan menjadi orang penting dalam gereja dan pertubuhan Kristien di sini.

Allah mengaturkan segalanya!! Nur Azley bekerja di sebuah syarikat penghataran anatarabangsa yang beroperasi di Pulau Pinang. Ketua syarikat disini seorang Kristien dan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu dari Bayan Lepas. Perempuan Melayu tadi ikut kristien atas dasar cinta dan kerjaya. Nur Azly juga mula bercinta dengan seorang Gadis Melayu yang kerja bersama. Dia bercita-cita membawa gadis Melayu ini memeluk Kristien, dengan dorongan dan cara boss tempat dia bekerja. Boss dia juga sentiasa memberi perangsang dan semangat untuk realisasikan cita-cita Nur Azley.

Takdirnya, Gadis ini bijak. Dia memujuk Nur Azley supaya mengetahui dulu asas Islam sebelum apa-apa keputusan dalam hubungan mereka berdua berkesudahan. Gadis ini cadangkan Ustaz Yusof sebagai rujukan. Ustaz Yusof bekerja di Pusat Islam USM. Dalam pertemuan inilah, Nur Azley yang kuat mempertahankan Nabi Isa a.s dan membenci Nabi Muhammad s.a.w., telah berubah fikiran. Ini disebabkan Ustaz Yusof telah menyakinkan dia yang Nabi Isa tidak akan hilang atau tiada dalam kamus hidupnya, kalau dia memeluk Islam, malah Nabi Isa akan lebih dekat lagi.

Beliau mula merasai beruntung kerana dapat tambah lagi Nabi dalam kepercayaan agama, dengan menerima Nabi Muhamad s.a.w.

Sayang kepada Nabi Isa, menyebabkan dia membenci Islam, Sayang kepada Nabi Isa, setelah diperbetulkan konsep dan kebenaran, menyebabkan dia memilih Islam.

Dalam majlis ini, Nur Azley meluahkan rasa penuh kesyukuran didepan pengunjung yang bersama , kerana bulan lepas dia berjaya Islamkan Bapa yang sudah berusia 82 tahun, dan emaknya dalam usia 78 tahun . Dan dia berazam untuk Islamkan seramai mungkin lagi pada masa depan.

Kisah Nur Azley yang beristerikan seorang wanita bijak bernama Nur Azizah. Nur Azizah kini, sudah berjaya melahirkan zuriat Nur Azley 2 cahayamata. Anak kedua dia lahir di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh...

Comments

Bapa Bro Nur Azley Stanley kini uzur dan sakit tua dan saya difahamkan beliau telah dimasukkan kewad GH. Bro Nur Azley memohon sahabat2 semua agar mendoakan supaya ayahandanya kembali sihat.

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing