Posts

Showing posts from May, 2020

DATA. Strategi selamat Perniagaan Tragedi PKP

Image
Masuk pejabat rangka strategi Syarikat saya bernasib baik sebab dilanda kejatuhan 70%. Ini berlaku pada 2019,. Ini bersamaan tahun ke dua terlibat jadi YB.  Saya balik ke meja asal dalam usaha pemulihan kejqtuhan itu, awal sedikit dari PKP akibat COVID19. Masa saya balik ke meja awal saya mengurus syarikat ini. Saya mula membentuk strategi pemulihan pada  bulan Jun 2019 akibat kejatuhan. Tindakan awal ini rupa2nya telah menyelamatkan perniagaan saya semasa serangan COVID19 Mac 2020.   Kejayaan merancang perniagaan dan kegagalan membaca prospek dan persekitaran. Ramai kawan2 peniaga yang sudah lama berniaga, merungut semasa tragedi COVID19 yang melanda dunia sehingga Lock Down(PKP) dikuatkuasa pada Mac 2020. Keadaan sebenar di pasaran. Pengguna memiliki limpahan wang dan lebihan untuk berbelanja semasa PKP. Sama ada B40 yang dapat RM1600 dan banyak bantuan makanan,. Sama dengan Sepasang suami isteri berpendapatan RM6000 sebulan.  Gaji mereka tidak dipotong oleh bank sepe

Pengurus Perniagaan Jalanan Bantu Kerajaan Switch on Ekonomi.

Image
COVID19 menyebabkan kerajaan2 dunia bertindak Lock Down(Malaysia PKP) semua aktiviti normal masyarakat dunia. Perkara ini seolah-olah, switch off lampu di rumah.   Untuk tindakan Switch Off, begitu mudah rupanya. Tetapi untuk Switch on, semua kerajaan menghadapi sukar untuk hidupkan semula semua aktiviti masyarakat, terutama perniagaan. Saya sempat melawat peniaga jalanan dan pengurus peniaga jalanan Bob Zaini dan Nasorudin Shah Mat semasa PKPB dibuka sedikit demi sedikit. Mereka berdua memiliki persamaan, sebab meniaga di jalanan dan dalam masa sama, mengurus peniaga2 jalanan dilokasi mereka. Tetapi secara tidak sedar, mereka bertentangan pemikiran dalam menghidupkan peniaga-peniaga. Bob Zaini seorang yang miliki syarikat Mengurus Program (Event Organizer). Dia antara yang paling popular di Malaysia, kerana penganjuran2 Karnival Usahawan dengan perbagai 'TEMA' di banyak negeri seluruh Malaysia. Usaha ini menjadikan dia mewah dan bergaya. Nasorudin pula seorang

Dari Burger Boy jadi Pemilik Hospital

Image
Terpaksa berdikari awal usia kanak2, sebab kematian bapa sebagai ketua keluraga. Aku mula diajar mencari nafkah sara hidup dengan berjual. 1982 bermula jadi penjual Burger 5 stall 10 pekerja Semasa kecil, setiap pagi selepas subuh aku akan bawa raga berisi kuih  karipap, onde-onde (ada orang panggil Buah Peluru) yang dibuat oleh emak, untuk aku jual semasa ke sekolah.  Sekolah aku terletak jauh 5 KM dari rumah di Pulau Betong. Talent itu bisa dilatih Jauh rumah ke sekolah itu menyebabkan aku akan tukar 2 bas ke sekolah. Bukan tak boleh naik satu bas terus ke sekolah, tapi aku ada alasan untuk tukar bas. Pertama . naik bas yang bawa langsug ke sekolah dari rumah itu tambangnya 30sen. Jika aku berhenti separuh jalan di Simpang Empat Genting, tambang cuma 10sen. Kemudian, aku akan sambung ke sekolah di pekan Balik Pulau, atau nama 'Kongsi' panggilan kami orang tempatan akan tempat itu.  Dengan cara separuh jalan, sambung aku naik bas yang datang dari Tanjung ini,