Dari Burger Boy jadi Pemilik Hospital
Terpaksa berdikari awal usia kanak2, sebab kematian bapa sebagai ketua keluraga. Aku mula diajar mencari nafkah sara hidup dengan berjual.
1982 bermula jadi penjual Burger 5 stall 10 pekerja |
Semasa kecil, setiap pagi selepas subuh aku akan bawa raga berisi kuih karipap, onde-onde (ada orang panggil Buah Peluru) yang dibuat oleh emak, untuk aku jual semasa ke sekolah.
Sekolah aku terletak jauh 5 KM dari rumah di Pulau Betong.
Talent itu bisa dilatih
Jauh rumah ke sekolah itu menyebabkan aku akan tukar 2 bas ke sekolah. Bukan tak boleh naik satu bas terus ke sekolah, tapi aku ada alasan untuk tukar bas.
Pertama. naik bas yang bawa langsug ke sekolah dari rumah itu tambangnya 30sen. Jika aku berhenti separuh jalan di Simpang Empat Genting, tambang cuma 10sen.
Talent itu bisa dilatih
Jauh rumah ke sekolah itu menyebabkan aku akan tukar 2 bas ke sekolah. Bukan tak boleh naik satu bas terus ke sekolah, tapi aku ada alasan untuk tukar bas.
Pertama. naik bas yang bawa langsug ke sekolah dari rumah itu tambangnya 30sen. Jika aku berhenti separuh jalan di Simpang Empat Genting, tambang cuma 10sen.
Kemudian, aku akan sambung ke sekolah di pekan Balik Pulau, atau nama 'Kongsi' panggilan kami orang tempatan akan tempat itu.
Dengan cara separuh jalan, sambung aku naik bas yang datang dari Tanjung ini, aku cuma bayar 10sen. Jumlah tambang aku cuma 20sen sehala. Dengan itu aku jimat 10 Sen sehala, dan 20 sen jimat pergi/balik setiap hari bersekolah.
11 tahun kehidupan hari2 sekolah aku begini. Jimat 20sen setiap hari. Arwah bapa dan emak aku selalu pesan dan mengajar aku supaya simpan duit di Post Office.
Zaman itu, ada satu cara simpan duit, iaitu dengan beli Stem, dan tampal di buku yang diberi Post Office. Buku ini akan dibawa ke Pejabat Pos di Pekan Kongsi, untuk di cop oleh Pegawai Pos.
Atau, kami akan tunggu lori Post Office datang di Pekan Pulau Betong setiap hujung minggu.
Aku selalu pilih ke lori merah ini. Kaunter dia agak tinggi, ini memaksa aku 'ginjat' untuk aku hulurkan buku yang dah aku tampal stem. Masa sekolah darjah 3, aku masih tak nampak Pegawai Pos itu Cop buku Stem aku. Yang aku dengar cuma bunyi kuat hentakkan besi cop, dan aku dapat rasa lori ini bergegar akibat kuat hentakkan tadi.(sejujurnya aku rindu bunyi dan gegaran ini). Bila dah penuh buku, pemilik buku ini boleh tukar dengan wang tunai (dari wang syiling dah jadi wang kertas).
Aku mula faham tabiat orang berjaya, apa yang aku jumpa dalam bacaan buku pasal pengurusan wang.
Ungkapan William Lowndes (1652-1724), Bekas Setiausaha Perbendaharaan Great Britain, “Take care of the pence, and the pounds will take care of themselves.”
Atau
"Take care of the pennies and the pounds will take care themselves".
JIWA KENTAL
Selalu aku akan seronok kira duit yang sentiasa bertambah. Tetapi duit ini akan terpaksa dibelanjakan, dan akan habis. Masa ini aku terfikir, semacam satu cita2.
1. Aku nak belanja sehingga tak habis duit.
2. aku nak belanja, tapi semua perbelanjaan aku ditanggung.
Semua kisah pertama ini berkenaan aku kedekut dan ada sikap berkira-kira . Menulis dan merancang kewangan.
Sebab ke dua. Kenapa aku tukar bas semasa sekolah ialah kerana. Ini peluang aku cari duit setiap hari ke sekolah. Raga kueh emak aku bekalkan itu, aku akan letak kueh2 tadi di kedai kopi Melayu dan kedai kopi Cina sepanjang jalan aku ke sekolah.
Sebelum naik bas pagi2 ke sekolah, aku akan naik basikal dulu untuk hantar kueh tadi ke kedai kampung sendiri, Pulau Betong.
Seterusnya aku naik bas dan turun separuh perjalanan ke sekolah di Simpang Empat. Tujuan cuma untuk aku letak kueh2 di kedai2 kopi di sini. Selepas itu, aku sambung perjalanan ke sekolah dengan bas lain, dan turun di Station Bas Balik Pulau.
Dari sini aku berjalan kaki sejauh 800meter dari station bas ke bilik darjah aku di sekolah St George Balik Pulau.
Sepanjang berjalan kaki, mana kedai kopi yang aku jumpa, aku akan letak kueh untuk dijual oleh kedai2 tadi.
Aku akan tinggal raga kueh bekalan emak di kedai kopi Cina terakhir aku letak kueh(kalau ada kueh lebih, aku bungkus dalam surat kabar dan bawa ke sekolah).
Bungkus kueh ini, bukan sebab aku malu atau aku rasa hina di perli kawan2 (walau pun perkara itu selalu berlaku). Tapi aku takut Cikgu marah aku, dan hukum bermacam cara, berdiri atas bangku, berdiri depan papan hitam. Pernah Cikgu aku minta aku berdiri di padang, kerana dia jumpa raga kueh bawah meja aku. Dan kebetulan kueh2 aku bawa lebih, untuk jual pada rakan2 sekolah aku yang ada duit. Tapi ramai Cikgu yang buat tak nampak saja, walau kadang2 mereka tak senang dengan tindakkan aku.
Aku langgar semua peraturan dan kemarahan Cikgu ini, kerana untuk hidup dan untuk ada makan setiap hari di rumah, dan ada makan semasa di sekolah.
Sewaktu balik sekolah pula, aku akan ambil raga kueh dan jelajah setiap kedai yang aku letak kueh pagi tadi. Kerja2 kutip hasil jualan dan kueh tak habis di jual.
Kedai Kopi tadi akan potong 25% dari hasil jualan. Mana kueh tak habis, aku bawa balik. Ini boleh buat makan petang dan malam kami di rumah.
dan wang hasilnjuakan aku terima diserahkan duit kepada ibu, untuk buat modal meniaga esok hari..
Fasa ini mengajar aku berjiwa kental, memghilang rasa malu dan menanam jati diri sebagai insan.
SKIL MENGURUS.
Semasa sekolah menegah, aku pernah beberapa kali ikut kawan2 ke Tanjung untuk tengok bola di stadium atau tengok wayang di Panggung Cathay (sekarang Pasaraya Mydin). Masa ni aku belajar makan Burger. Kawan aku suka Hot Dog. Aku sampai sekarang tak boleh telan Hot Dog ni.( aku ingat burger dan hot dog ni, entah apa kuih/cucur daging orang Putih ni?).
Semasa menunggu Burger tu, aku memerhati setiap kerja penjual Burger ini.
Selepas sekolah menegah aku mula jual Burger di Pesta Pulau Pinang.
Untuk berniaga, aku mula guna pen dan pensil. Dari melukis bentuk stall burger. Setiap sendi dan laci, jenis roda, jenis Bumbung, plat besi memasak dan setiap alat perkakas atas meja sehingga projection perniagaan. Aku tulis.
Aku mula menulis untuk sediakan sebuah perniagaan Burger. Aku sewa tapak di PESTA Pulau Pinang. Setiap bucu gerai, akan ada stall burger aku. Di luar tapak pesta berhampiran parking, aku buka stall Burger. Ini untuk aku sasar pelanggan yang baru sampai atau nak pulang dari PESTA, tetapi mereka lapar, atau anak nak mencuba jenama makanan remaja semasa itu.
Aku memerlukan setiap Stall 2 orang pekerja. Oleh kerana Burger ini makanan baharu kita, dan tak ada orang pandai buat ikut menu2 tertulis.
Aku perlu melatih pekerja. Aku perkenalkan 'On Job Training'. selepas sehari latih tubi siapkan burger. Mereka2 akan dipindah untuk kendalikan stall baru. Begini cawangan Burger aku berkembang dalam ruang kecil tapak pesta.
Mengurus manusia, mengurus pasaran. Mengurus bekalan dan stock telah melatih aku dewasa berniaga.
Tulisan kertas perancangan kerja berniaga aku yang bermacam itu, aku buat pilihan HOSPITAL, apabila aku berkahwin dengan doktor.
1996 selepas setahun berkahwin aku berjaya pujuk isteri aku berhenti kerja, dan ikut aku buka sebuah Hospital Bersalin.
Comments
..