Pengurus Perniagaan Jalanan Bantu Kerajaan Switch on Ekonomi.

COVID19 menyebabkan kerajaan2 dunia bertindak Lock Down(Malaysia PKP) semua aktiviti normal masyarakat dunia.
Perkara ini seolah-olah, switch off lampu di rumah.  
Untuk tindakan Switch Off, begitu mudah rupanya. Tetapi untuk Switch on, semua kerajaan menghadapi sukar untuk hidupkan semula semua aktiviti masyarakat, terutama perniagaan.

Saya sempat melawat peniaga jalanan dan pengurus peniaga jalanan Bob Zaini dan Nasorudin Shah Mat semasa PKPB dibuka sedikit demi sedikit.
Mereka berdua memiliki persamaan, sebab meniaga di jalanan dan dalam masa sama, mengurus peniaga2 jalanan dilokasi mereka. Tetapi secara tidak sedar, mereka bertentangan pemikiran dalam menghidupkan peniaga-peniaga.
Bob Zaini seorang yang miliki syarikat Mengurus Program (Event Organizer). Dia antara yang paling popular di Malaysia, kerana penganjuran2 Karnival Usahawan dengan perbagai 'TEMA' di banyak negeri seluruh Malaysia. Usaha ini menjadikan dia mewah dan bergaya.
Nasorudin pula seorang peniaga di pasar malam atau Night Market yang mereka namakan Up Town PERDA, dan Rope Walk Bagan. Dia sebagai perjuang kepentingan dan hak2 peniaga. Dengan usaha ini, dia juga sama2 dapat berniaga barang2 dibawah khemah.
Bulan Ramadan setiap tahun, menjadi bulan mereka buat duit, dan kejayaan menjual, membantu mereka melangsaikan semua tanggungan mereka setahun lepas.
PKP sebab COVID19 tahun 2020 telah menghalang mereka meneruskan usaha meniaga atau menganjurkan Karnival Perniagaan pada bulan Ramadan 2020. Apabila PKPB diumumkan. Mereka berdua telah bertindak bergabung, dengan membawa konsep 'penempatan semula' peniaga jalanan atau Night Market dengan jenama 'Up Town PERDA' di Tapak Expo Seberang Jaya Pulau Pinang yang lebih terkawal.
Kehebatan mereka ini berunding dan memperkenalkan gaya baru peniaga dan pelanggan telah memberi kemudahan dan jalan keluar pihak kerajaan menggerakkan ekonomi, terutama semua peniaga2 kecil untuk meneruskan usaha ini, dan memacu laju ekonomi yang beku selama hampir 2 bulan Lock Down.
Dengan peraturan ketat PKPB ini, pemikir juga sebagai pengamal ekonomi atau usahawan rakyat, mereka telah berjaya.
Ramadan ini mereka telah berjaya menarik pelanggan kembali ke pasaran2 terbuka. Laku jualan, pembeli yang berkemampuan, gerai2 yang tumbuh kembal

i bersemangat.
Tahniah !!.


Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing