Posts

Showing posts from April, 2023

Ramadan @ Jutawan

Image
 Ramadhan. Dah kaya dia. bila jumpa di Masjid tadi. Ramadhan pencen YB.  Saya ambil masa, ziarah kawan2 yang banyak membantu saya semasa bertanding dan semasa menjalan tugas YB. Ust Imran. Saya jumpa dia Zohor di Masjid. Dia antara orang yang banyak bantu saya masa kempen dan masa khidmat. Semasa kempen bertanding PRU14 DUN Teluk Bahang di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ust Imran saya tugaskan membina base(bilik gerakan maya) di Butterworth. Dia akan jaringkan saya dan maklumat saya dengan pengundi di Teluk Bahang.  Isi, bahan dan nombor telepon serta FB pengundi akan dibekalkan setiap hari kepada Ust Imran di Base PRU14. Kerja membekal ini oleh petugas lapangan dan studio rakaman yang saya pajak.  Ustaz Imran pula, tugas dia adun, editing dan terus jaringkan pengundi dengan saya, melalui berbagai platform media baharu, dari base. Pendekatan saya, serta pendedahan dan kerja Online ini, telah menjadikan Ustaz Imran semakin mahir dan bersikap komersial.  Ramai yang dekat dengan saya, mereka