Ramadan @ Jutawan

 Ramadhan. Dah kaya dia. bila jumpa di Masjid tadi.


Ramadhan pencen YB. 
Saya ambil masa, ziarah kawan2 yang banyak membantu saya semasa bertanding dan semasa menjalan tugas YB.

Ust Imran. Saya jumpa dia Zohor di Masjid. Dia antara orang yang banyak bantu saya masa kempen dan masa khidmat.

Semasa kempen bertanding PRU14 DUN Teluk Bahang di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ust Imran saya tugaskan membina base(bilik gerakan maya) di Butterworth. Dia akan jaringkan saya dan maklumat saya dengan pengundi di Teluk Bahang. 

Isi, bahan dan nombor telepon serta FB pengundi akan dibekalkan setiap hari kepada Ust Imran di Base PRU14. Kerja membekal ini oleh petugas lapangan dan studio rakaman yang saya pajak. 

Ustaz Imran pula, tugas dia adun, editing dan terus jaringkan pengundi dengan saya, melalui berbagai platform media baharu, dari base.

Pendekatan saya, serta pendedahan dan kerja Online ini, telah menjadikan Ustaz Imran semakin mahir dan bersikap komersial. 

Ramai yang dekat dengan saya, mereka nikmati perkara sama macam Ust Imran.

Sembang Percuma.

Bulan Ramadhan ni banyak aktiviti saya percuma. Sebab tak perlu belanja makan dan minum atau apa2 belanja semasa mengisi waktu sembang gebang.

Saya nak hantar anak ke sekolah 1.30pm,  dan ambil anak yang satu lagi balik 2.30pm. Kita jumpa 2pm. Maklum Ust kepada saya.

Setelah setuju. Kami janji berjumpa di Masjid PERDA jam 2pm. Kami duduk berjuntai kaki di wakaf masjid untuk sembang kerja.

Untung saya jumpa bulan puasa ni. Tak perlu kopi. Tak perlu french Fries atau apa2 cucoq.

Rezeki.

Buat apa lani Ust?
Ok semua ka? Soal saya semasa sapakan tamu atau teman.

La ni. Dok buat Class Online. Boleh 20k sebulan. Kadang2 sampai nak 30k. cerita Ust.

Lama dah nak jumpa Abg Zol ni. Luah ust Imran seperti gaya dia selalu. Tersipu-sipu.

Dia mengadu. Kerja banyak. Kadang2 tak tau mana kena mula dan kemudiankan.   jawab ust Bila saya tanya.  
apa yang banyak?. Dia tak dapat nak senarai secara tersusun.

Tapi....

Saya nak tanya. Kalau saya nak tambah kerja dan buat lebih lagi. Boleh ka? Tanya Ustaz.

Keiklasan dan kesungguhan Ustaz dalam kerja2 sebaran Islam banyak membantu.  Ust Imran juga banyak bantu saya. Dia ditugas folow up orang2 yang saya syahadah atau akan syahadah. Kerja2 daftar saudara baru Islam, urusan penempatan mereka, dan kerja cari makan saudara baru ini, saya tugaskan kepada ustaz.

Benar janji Allah.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Frame Kerja

Bila Ust minta pandangan saya. Saya tanya dia beberapa soalan bagi mengenal pasti kedudukan usaha dia.

selepas itu saya terus nasihat. minta dia  catit dan senaraikan semua tugasan dia.  sehingga waktu tidur dan bangun tidur.

Ustaz buat rangka(Frama) kerja2 ustaz. Bagi kepada 4 tajuk utama. 

1.1 - Pendapatan dan Perbelanjaan.
        Semua pendapatan yang masuk. Dari jenis platform apa, dan harga. 
Harga bayaran. Potongan komisyen. Upah kerja.

1.2 - Petugas kerja(HR), 
        Berapa orang kerja. Apa kerja kena buat sebelum, semasa dan selepas. 
Seperti. Modul pengajaran, persiapan tempat rakaman, back drop dan pakaian, kerja2 editing dan posting. (Sekarang. dia dan Isteri saja yang buat semua)

1.3 - Pelanggan dan Pasaran(Marketing)
       Data pelanggan. Ikut jenis platform media apa. Pendapatan dan kerjaya pelanggan atau waris pelanggan yang bayar. Kawasan penempatan. Masa melanggan. (Prospek Pelanggan)

1.4 - Persiapan Peralatan
        Apa alat yang digunakan. Dari pensil sehingga Camera. Tarikh beli. Harga beli dan tempat kedudukan dalam studio. Cara simpan.

Siap semua ni. Ust bukukan menjadi.
'Manual Operation' perniagaan Saudagar Ustaz Imran.

Selepas siap ini. Bila saya tanya Ustaz. 

Apa yang sibuk? Apa yang kelam kabut? Apa yang masalah. 
Terus ustaz jawab, ikut line Frame yang dah dibuat. 

Lega kepala otak saya lani. Tu nak jumpa sangat Abang Zol ni.... suara Ust melepas lelah.

Serah Kerja.

Dengan Frame yang dibuat. Lahirnya 'Manual Operation'. Usaha ini akan ada 'Standart Operation Prosedur(SOP)' . 

Bermula era kerja2 yang boleh diserah kepada orang yang dipertanggung jawab. Dan mereka yang menerima kerja akan tahu tugas dan tanggungjawab secara jelas dan tepat.

Ustaz serah kerja ini kepada mereka melalui. upah kira waktu masa atau gaji bulan. 
Kira satu tugasan(job) atau secara outsource(Penyumberan luar).

 Semua akan berasas/merujuk 'Manual Operation' yang melapur, menggerak, mengawal.  
- punca wang, dan cara belanja.
- masa kerja, dan kontrak kerja.
- kemahiran dan fokus kerja. 
- Waktu/masa kerja, boleh lebih produktif.
-  pasaran yang bawa untung.
- Dan plan pembangunan perniagaan masa mendatang.

Modul boleh diupah.
Video editing boleh diupah.
Prop dan studio boleh diupah.

Scene2 disusun jadual,  boleh compact masa shooting. ia akan bantu untuk kurangkan kos dan tambah produk serta tambah untung.

5 hari minggu pertama bekerja shooting. untuk pasaran 1 bulan.

Jutawan Ramadhan.

Dengan  Frame kerja tadi. Ustaz akan ada lebih masa dan lebih fokus. Boleh menambah produk dan menjadikan, muncul satu lagi usahawan dan perniagaan.
 Tak kacau dan tak runtun ranap perniagaan yang dah bermula.

Dari 20k sebulan sekarang. Lepas Raya ni.
saya boleh ada kawan 100k sebulan.
 Siru Baraktilah.

Terima kasih Abg Zol.  Saya nampak dah. Dok ikut lama Abg Zol tapi tak belajar.. ha . ha..ha.


Jawatan kekal saya sebagai jurulatih meniaga.....

Ramadhan ni lahir satu lagi usahawan dan jutawan.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing