Posts

Showing posts from June, 2020

Cara dapat Modal Perniagaan

Image
Telepon berdering 7 pagi, di awal pagi Isnin permulaan minggu  Ada tamu nak jumpa. Mereka minta tolong untuk dapatkan modal berniaga. Salah seorang ini, dia datang dari Kelantan, dia kenalan dalam politik (tidak sama parti) yang sudah mula tinggal kerja2 politik, tetapi telah termakan hasutan saya 3 tahun lalu, dan sekarang lebih kepada membina kehidupan kendiri. Seorang dari Rawang, kenalan kepada kawan pertama tadi. Mencari Modal. Saya nak meniaga buat film karton dan pasarkan melalui U Tube. Kalau subscribe mencecah 1000. Saya akan dapat duit. Abang Zol boleh tolong  dapatkan modal ni. Dari MARA atau mana2?  Dia pohon minta pertolongan  Permintaan ini berlaku sebab tersebar yang saya ini ada jawatan Lembaga Penasihat MARA Corp.  Saya mendengar dengan tekun dan teliti, sambil mulut mengunyah roti canai di warung sebelah rumah.  Panjang juga penerangan dia untuk meyakinkan saya. Semua disiplin pencari modal dia ada, demi supaya modal meniaga menjadi kenyataan setelah mengharung

Untung beringat awal

Image
Terpaksa berbaris panjang untuk urusan Tabung Haji. Orang tua selalu pesan '  Untung yang Beringat' merujuk kepada orang2 yang buat perancangan dan persiapan masa depan. Sepanjang wabak COVID19 melanda dunia. Malaysia memperkenalkan dasar PKP bagi mempertahankan penduduk dengan tindakan plan kesihatan menyeluruh dan mengekal kehidupan rakyat supaya lebih selesa. Beberapa skim bantuan di perkenalkan (kepada B40, pekerja, peniaga dan pelajar))telah membantu penduduk secara menyeluruh supaya ada makanan dan wang untuk terus hidup. Skim bantuan sokongan ini menyebabkan penduduk Malaysia melimpah wang. 1. Mereka tidak bayar sewa beli yang mereka tanggung. 2. Mereka tidak keluar belanja melancung. 3. Mereka tidak makan di luar yang memerlukan belanja lebih. 5. Hampir semua rumah mendapat bantuan makanan  asas percuma selama 3 bulan. Skim dan bantuan ini menyebabkan penduduk Malaysia memiliki lebihan wang saku. Bagi mereka yang beringat pada masa lebihan wang saku ini. Me

Duit melimpah Perniagaan Meletup musim PKP

Image
Peniaga, usahawan, Saudagar, Entrepreneur. Semua nama yang dipanggil kepada jenis manusia yang disiplin gigih. Perangai usahawan, sentiasa berfikiran strategik & Strategic Thinking.   Setiap halangan akan mereka berjaya lepasi dengan pemikiran strategik mereka yang sentiasa berputar mencari jalan membawa cita2 menuju kejayaan ikut sasaran mereka. Peluang di Manfaat Faiz, saya kenal dia 4 tahun lepas di Makah. Kami sama2 menunaikan umrah dan melangsungkan persahabatan sehingga balik ke Malaysia. Faiz seorang penjual barang2 keperluan Haji dan Umrah, serta barang yang berkaitan dengan bahan2 yang kena mengena dengan ibadat orang2 Islam.  Dia bermula di gerai, naik taraf masuk dalam kedai dan sekarang pemborong. Seperti biasa. Saya suka orang meniaga dan akan mencungkil kelebihan dan kekurang yang jadi kunci dia sebagai usahawan. Maklumat ini semua, ada keperluan untuk saya dalam menguruskan perniagaan sendiri. Faiz usahawan muda. Baru ada  seorang anak kecil masa itu. Dia du