DATA. Strategi selamat Perniagaan Tragedi PKP
Masuk pejabat rangka strategi |
Syarikat saya bernasib baik sebab dilanda kejatuhan 70%. Ini berlaku pada 2019,. Ini bersamaan tahun ke dua terlibat jadi YB.
Saya balik ke meja asal dalam usaha pemulihan kejqtuhan itu, awal sedikit dari PKP akibat COVID19.
Masa saya balik ke meja awal saya mengurus syarikat ini. Saya mula membentuk strategi pemulihan pada bulan Jun 2019 akibat kejatuhan.
Tindakan awal ini rupa2nya telah menyelamatkan perniagaan saya semasa serangan COVID19 Mac 2020.
Kejayaan merancang perniagaan dan kegagalan membaca prospek dan persekitaran.
Ramai kawan2 peniaga yang sudah lama berniaga, merungut semasa tragedi COVID19 yang melanda dunia sehingga Lock Down(PKP) dikuatkuasa pada Mac 2020.
Keadaan sebenar di pasaran.
Pengguna memiliki limpahan wang dan lebihan untuk berbelanja semasa PKP. Sama ada B40 yang dapat RM1600 dan banyak bantuan makanan,.
Kejayaan merancang perniagaan dan kegagalan membaca prospek dan persekitaran.
Ramai kawan2 peniaga yang sudah lama berniaga, merungut semasa tragedi COVID19 yang melanda dunia sehingga Lock Down(PKP) dikuatkuasa pada Mac 2020.
Keadaan sebenar di pasaran.
Pengguna memiliki limpahan wang dan lebihan untuk berbelanja semasa PKP. Sama ada B40 yang dapat RM1600 dan banyak bantuan makanan,.
Sama dengan Sepasang suami isteri berpendapatan RM6000 sebulan.
Gaji mereka tidak dipotong oleh bank seperti ansuran rumah sekitar RM1700/sebulan. Pasangan ini ada lebihan dari ansuran 2 buah kereta sekitar RM1500/bulan. Perbelanjaan anak ke sekolah RM400/sebulan. Makan di tempat kerja. Atau ada 'Personal Loan' hutang tak perlu dibayar sebab dasar kerajaan semasa PKP COVID19.
Dulu pasangan berpendapat menegah ini ada sekitar RM1500/bulan untuk enjoy. makan luar, shopping pakaian dan belanja libur.
Semasa lock down PKP. Pasangan ini ada lebihan RM6000 untuk belanja enjoy, sebab tidak perlu bayar ansuran rumah, ansuran kereta, belanja anak sekolah, belanja ke pejabat dan tidak ada kos besiar- siar.
Namun..
Pengamal perniagaan menjadi hilang arah dalam mencari solusi untuk melepaskan diri dalam keadaan 'perniagaan lemas' sebab budaya hidup orang ramai atau pelanggan berubah serta merta.
Ada peniaga menjadi murung, ada menjadi agresif menyalahkan orang lain, ada yang berstrategi dengan berbagai gaya pendekatan. Semua tindak balas peniaga, adalah bertujuan demi meneruskan kelangsungan perniagaan dalam keadaan panik, sebab pantasnya tragedi C19.
Kesan COVID19 kepada peniaga besar atau peniaga kecil, dan penjaja, sama saja. Perniagaan merudum seperti gempa bumi melanda melepasi 9 sekala Ritcher. Sehingga tiada seinci bangunan mampu bertahan dari runtuhan.
Perniagaan kecil.
Mereka mengusaha perniagaan sendiri. Mereka pekerja, dan mereka juga pemilik.
Kesan COVID19 kepada peniaga besar atau peniaga kecil, dan penjaja, sama saja. Perniagaan merudum seperti gempa bumi melanda melepasi 9 sekala Ritcher. Sehingga tiada seinci bangunan mampu bertahan dari runtuhan.
Perniagaan kecil.
Mereka mengusaha perniagaan sendiri. Mereka pekerja, dan mereka juga pemilik.
Pemilik perniagaan kecil akan bertindak balas mengambil pekerja sekiranya pasaran melonjak sebab permintaan mendadak. Dan mereka meninggalkan atau memberhentikan pekerja buruh mereka selepas permintaan pasaran kembali normal atau menurun.
Tiada data, rekod perniagaan yang proper disimpan peniaga jenis ini.
Mereka tidak ada sebarang ikatan dengan pekerja, melainkan ikatan duit upah kerja. Tempat berniaga penjaja boleh berpindah sekelip mata macam Istana Balqis dipindah Nabi Sulaiman.
Data menjadi nafas baru dan penyelamat.
Untung.
Sebahagian besar mereka ada sedikit data terconteng simpan dalam buku excersise anak sekolah rendah yang mereka sendiri rekod atau, setidak tidak, hanya ada dalam kepala hotak dia.
Siapa pembekal dan siapa pembeli baik dan pembeli tak baik. Anggaran harga barang. Berapa banyak barang dalam simpanan. Berapa barang terbuang atau basi, tidak dapat dijual. Dan maklumat2 lain.
Peniaga Menengah dan Besar.
Bagi peniaga menegah dan peniaga besar. Syarikat perniagaan ini memiliki rekod data perniagaan hal pelangan, pasaran, permintaan yang baik tersimpan.
Peniaga Menengah dan Besar.
Bagi peniaga menegah dan peniaga besar. Syarikat perniagaan ini memiliki rekod data perniagaan hal pelangan, pasaran, permintaan yang baik tersimpan.
Peniaga saiz ini memiliki gedung sendiri atau sewa premis tetap yang perlu kepada tanggungan dan pengurusan bangunan.
Syarikat perniagaan ini ditadbir urus oleh sekumpulan pakar berkemahiran dalam bidang pengurusan berbagai sektor seperti, pemasaran, perakaunan dan sumber manusia dan lain2.
Perniagaan menengah dan besar ini memiliki kontrak dengan semua bidang, bangunan, pasaran, kewangan, pekerja, lesen2 dan lain2 yang ada dalam pengurusan perniagaan.
Peniaga menengah dan besar tidak semudah peniaga kecil meninggalkan tempat tapak meniaga dan memberhentikan pekerja semudah suiz padam dan nyalakan lampu. Mereka juga tidak boleh menutup mata atas hutang2 yang dibuat.
Ada tanggungjawab atas semua ini.
Pasukan pengurusan perniagaan saiz ini akan berusaha mencari strategi dan pendekatan melajak perniagaan dalam pasaran dengan data yang lengkap dimiliki syarikat.
Semua perniagaan, sifatnya bermusim.
Pasaraya akan buat sale musim gaji.
Syarikat kenderaan akan buat 'hit sale'⁵ masa perayaan, dan dekat waktu cuti sekolah.
Peniaga kecil dan penjaja melambak barang musim tuai padi di kawasan bendang padi seperti Selangor, Kedah dan lain2.
Menganjur bazar/karnival dalam tema musim percutian atau perayaan.
Teori dan Strategi Advokasi.
Percubaan saya mengaktifkan peniaga kecil murong dan hilang punca keluar dari kepungan tragedi C19.
Peniaga kecil dan penjaja melambak barang musim tuai padi di kawasan bendang padi seperti Selangor, Kedah dan lain2.
Menganjur bazar/karnival dalam tema musim percutian atau perayaan.
Teori dan Strategi Advokasi.
Percubaan saya mengaktifkan peniaga kecil murong dan hilang punca keluar dari kepungan tragedi C19.
M Razi, seorang kawan penjual durian setiap tahun di musim buah. Dia ada sedikit data perniagaan tahun2 sebelum yang tercatit dalam buku kerja anak sekolah.
Tetapi dia hilang punca untuk mula musim durian tahun 2020 ini.
Alasan dia. PKP.
Sapa nak beli? Sapa nak keluar rumah? PKP.
Rumours pula, buah durian akan jatuh harga sebab tak boleh eksport. Kesan PKP.
Saya cuba celik dan nampakkan dia, wang saku pengguna sedang lambak berlebihan.
Untuk permulaan, nak spark. Saya sendiri tempah durian untuk kawan2 luar Balik Pulau makan.
Saya dan kawan tetamu, telah viral dalam FB dan siap nombor telepon tangan M Razi si penjual buah Durian.
Secara otomatis, M Razi bertindak semacam 'unconscious mind' apabila menghidup peluang. Dan tindakan sepontan berlaku.
Dia mengaktifkan data2 yang dia ada dalam kepala hotak dan data tahun2 lalu terconteng dalam buku kerja sekolah anak .
Dengan tindakan berhubung telepon dan whatapp serta FB ini. Setiap hari dia dapat tempahan sebelum pekebun hantar buah.
Dia sekarang berjaya berniaga, dan hanya jual dari rumah, tak perlu buka gerai seperti tahun lepas.
Pekebun hantar, dan dia jual.
Dengan data pelangan tahun2 sebelum dan ditambah pelanggan baru online telah mengaktif jualan.
Selepas hari ke 3 saya viral, jualan durian M Razi melepasi RM3000/hari. Setiap hari dia mengadu. Buah habis, pelanggan masih minta.
Strategi dan tindak balas berkesan.
M Razi berjaya jual semasa PKP |
Jual Sebelum Masak.
Saya ada pekerja di pusat khidmat, Azmeer, yang mampu buat kerja2 kasar, potong pokok, tangkap ular dan runner surat dan barang.
Untuk mencuba teori strategi saya benar2 berkesan. Saya minta dia pergi tebang buluh Lemang 10 hari dalam Ramadan dan PKP.
Saya bagi dia kira2 mudah. Sebatang Buluh Lemang boleh jual RM1.50. Kalau boleh jual 1000 batang. Dalam masa 3 hari kerja potong buluh, boleh dapat RM1500.
Saya motivasi Azmer. Saya minta semua kawan dan kakitangan untuk tolong sebarkan melalui data fb dan group whatapp, hal buluk lemang.
Saya arahkan cari maklunat semua penjual lemang dalam Pulau Pinang untuk ditawarkan 'Buluh Lemang RM1.50'.
2 hari terakhir puasa, menjelang malam 1 Syawal Hari Raya.
Saya arahkan Azmeer bakar sendiri Lemang, bukan sekadar jual buluh.
1 batang Lemang RM18. Jika dia bakar 1000 Lemang, dia mampu buat duit raya sebanyak RM18ribu.
Sayangnya, buluh terjual habis dan masih ada permintaan buluh yang tidak dapat dibekalkan. Hanya baki 200 batang buluh yang dapat disimpan dari pokok2 buluh terbuang.
Dan Lemang berjaya di bakar. Tapi Azmer tak boleh jual keluar lagi Lemang siap.
Sebab semua sudah habis ditempah, malah pelanggan siap bayar deposit.
Azmeer berjaya jual Lemang habis, sebelum Lemang bakar.
Penjual Lemang |
Di Parit Buntar, seorang kawan peniaga pakaian menjadi bingung menghadapi PKP, dan hilang semangat untuk berjualan.
Bila saya ajak dia guna strategi data niaga dan ambil peluang wang melimpah di pasaran. Dia ikut dan laksanakan sehingga berjaya buat jualan luar jangka.
2019. tahun saya menerima padah kejatuhan perniagaan, selepas 1 tahun saya jadi YB dan biarkan perniagaan Hospital Bersalin saya jalan sendiri.
2019. tahun saya menerima padah kejatuhan perniagaan, selepas 1 tahun saya jadi YB dan biarkan perniagaan Hospital Bersalin saya jalan sendiri.
Doktor2 dan Nurse yang bertugas, akhirnya jumpa saya dan minta dan mendwsak supaya saya beri masa kepada perniagaan ini untuk di pulihkan. Pelanggan dan jualan jatuh sehingga 70%.
Bila kakitangan jadi panik sebab kejatuhan perniagaan, saya pun beri sedikit tumpuan masa untuk kerja pemulihan perniagaan ini.
Semua Manual Operation dan SOP perjalanan Perniagaan ini sudah tertulis 23 tahun lalu.
Data dikemas kini setiap tahun.
Sebab permintaan mendesak. Saya balik ke office menyemak semua dokumen serta senarai amalan dan perlaksanaan.
Apa yang berlawanan serta terabai dalam syarikat ini. Saya letak semula di landasan sepatutnya.
Saya guna pengalaman saya semasa buka kilang Roti dan menghadapai masalah roti baru masak di kilang telah berkulat sebelum sampai di kedai jualan.
Tanpa saya semak SOP dan Manual Operation yang saya sendiri sediakan. Saya terus salahkan seorang Cina pembekal, cuba sabotaj saya sebab perkauman.
Sehingga Cina Technicen Tepung ini tercabar. dia langsung ajak saya sama2 salin pakaian dan bancuh roti.
Dia minta bancuhan dilakukan ikut amalan 1 bulan terakhir pekerja saya bancuh, sambil melihat buku panduan rakaman saya tadi.
Akhirnya kami terpaksa tambah 2kg air pada setiap bancuhan 30kg tepung.
Ini semua gara pekerja nak mudah dan balik awal. Keraskan tepung lajukan proses. Mereka melanggar semua prosedur secara sedar. Yeast atau Bakteria Fungus pengemuk roti telah bertindak membiak apabila menerima oksigen baru sebaik berada dalam kontena lori yang mempunyai sedikit haba, sebab Bakteria Fungus penggemuk roti belum mati dalam proses bancuhan tadi. Maka flora kulat tadi mula membiak tumbuh.
Pelanggaran prosedur sering berlaku secara sedar atau tidak sedar dalam setiap pengurusan.
Selesai baiki amalan prosedur. Saya buat sedikit usaha tingkatkan hubungan pelanggan dengan berbagai aktiviti melalui data pelanggan sedia ada.
Menakjubkan.
Saya berjaya lonjakkan perniagaan balik pada asal dalam masa 3 bulan. Malah peningkatan dari pemulihan telah melepasi 110%
Iaitu pada Disember 2019. Sebelum tragedi PKP COVID19 pada Mac 2020.
Saya namakan Strategi ini PASAK.
juru bina akan pastikan
Untuk kuat tapak asas, PASAK.
untuk tidak bergoyang dan renggang.PASAK.
juru bina akan pastikan
Untuk kuat tapak asas, PASAK.
untuk tidak bergoyang dan renggang.PASAK.
PASAK. Sinkatan dari
Pastikan Amalan&Data Sentiasa Kemas.
Kini dengan (PASAK).
Comments