Kita perlu pada Dia

Cina Islam belajar sendiri tanpa ada guru Islam yang nak bantu mereka.

Yang pandai sikit, ajar yang kurang pandai. Ilmu mereka kurang. Iman mereka tak kurang.
Cina  Baru Islam Belajar Rukun Solat

Jika aku rasa beban, letih, marah dan sia2 kerja ini. Aku boleh saja tinggalkan beban ini.
Tapi Allah tak perlu pada aku. Aku yang perlu pada Allah.

Kisah  Nabi Yunus a.s. di utus kepada
Bangsa Asyiria bandaraya Ninawa di wilayah Mosul Iraq. Benar2 menyentak mata hati aku.

Setelah Nabi Yunus a.s. tidak dapat sambutan dan rasa tidak berjaya mengajak penduduk beriman kepada Allah.

Membawa hati yang kecewa dan marah. Nabi Yunus meninggalkan Kaum Asyiria, Baginda keluar kota Niwana yang maju, menuju pelabuhan Jaffa(sekarang dalam jajahan Israel)

Nabi Yunus menumpang sebuah kapal yang akan ke Tarshish.

Dalam perjalanan ini. Nabi Yunus di takdirkan Allah terjadi pilihan untuk di buang dalam laut Maditeranian, kerana Kaptain kapal nak kurangkan berat kapal yang sedang menghadapi gelombang.

Setelah terjun ke laut. Nabi Yunus di telan Ikan Nun( Paus Sperma/Sperm Whale). Nabi Yunus disimpan Allah 40 hari dalam perut Ikan Nun.

Dalam perut ikan, Nabi Yunus hanya berzikir dan minta ampun atas meninggalkan kerja dakwah sehingga didengari seluruh malaikat dilangit.
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha Suci  Engkau ya Allah. Aku dari orang yang menginaya dan zalim kepada diri sendiri.

Al Anbiya 87.

Setelah diperintah Allah untuk bebaskan Nabi Yunus. Ikan Nun telah luah/muntahkan Nabi Yunus di pantai Ashdod(sebuah bukit berhampiran pantai ini kemudian dinamakan Nebbi Yunus atau dalam bahasa Hebrew Girat Yonah). Tempat yang gersang masa itu.

Dalam keadaan Nabi Yunus ditinggalkan letih dan sakit  di tanah gersang ini. Allah perintahkan pokok daun lebar tumbuh secara segera, bagi melindungi tubuh nabi dan dapat makan buah labu tumbuh itu sehingga sembuh dan kembali bertenaga.

Setelah bertenaga, Nabi Yunus kembali ke Kota Ninawa. Allah persaksikan kekuasaan Nya mengubah kaum syirik kepada beriman tanpa perlu kepada kerja2 manusia.
Raja Kaum Asyiria dan seluruh penduduk Kota Ninawa telah beriman kepada Allah.

Sesungguhnya dengan Al Quran ini, Engkau telah pertontonkan keterangan ayat2 Mu dengan  jelas depan mata aku. Sesungguhnya aku juga telah menganiayai diri sendiri.  Ya Allah ampunkan aku.

Tanpa aku. Mereka (Cina) tetap beriman. Mereka(Cina) tetap menyembah Mu di bumi yang engkau hadirkan aku. Jangan Kau hukum aku ya Rab. Ampunkan aku.

Mereka belajar sendiri, mereka praktis tanpa aku hadir atau ada pengajar yang lahir sudah Islam mengajar mereka.

Aku bersaksi. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.




Comments

Popular posts from this blog

Meniaga Jatuh. Apa Nak Buat?

Menulis Angan- Angan.

Meriam Melayu Kesultanan Singora