Takziah Kematian Noramfaizul Mohd Nor


Takziah kepada keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh, manakala jurukamera TV3, Aji Siregar Mazlan mengalami kecederaan ringan. Beliau telah bekorban dalam bidang jurugambar sehingga kenafas terakhir.

Beliau ke Somalia bersama Kelab Putera 1 Malaysia, sebuah pergerakkan milik Pemuda UMNO. Oleh kerana UMNO dan kerajaan Malaysia bukan dari kalangan kesinambungan Islam, dan tidak merujuk Al-Quran atau Nabi S.A.W , maka mereka hanya mampu memberi gelaran dunia kepada Alahyarham.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: "Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam
memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat, sebagai seorang wira Malaysia sebenar “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.

Menurut Islam , Noramfaizul telah menemui tuhan sebagai seorang 'Syahid'. Atau mungkin UMNO tidak terlibat dengan Islam dalam kerja kerja amal mereka. Dengan itu mereka hanya mampu menganugerahkan gelaran 'WIRA MALAYSIA' dan 'Profesinal Tulin'.

Comments

Anonymous said…
Umnongok.....

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan