Selesai Masalah Sebelum Duduk

 Selesai Problem Business sebelum masuk mesyuarat.


Ayah3... ada apa2 petang ni?
kena buat mesyuarat segera.

Rangkaian DBM Hospital yang makin bertambah dan merebak ini, telah diurus oleh anak2 saya.

- Seorang jaga Akaun dan Finance.
- Seorang jaga HR dan Marketing.
- Seorang masih belajar arkitek. Dia jaga properti dan design.
- 2 orang lagi, perempuan dalam bidang doktor dan Nurse, sedang menanti waktu untuk berperanan.

Mereka semua diletak bawah seorang asing(bukan Keluarga) selaku Pengurus Besar(GM).

Dan di bawah tadbir anak2 ini, mereka dibantu oleh 6 tenaga mahir bidang masing2.

Seorang anak yang jaga(Pengurus) HR dan Marketing. Dia baru posting balik dari Johor dan akan berkhidmat di HQ. Untuk lebih serius dan focus.

Bila dia masuk office dan bergelumang secara langsung dengan dokumen dan staff seluruh operasi dan rangkaian DBM.
Dia baru melihat, terlalu banyak masalah dan problem. 

Semua department dalam pengurusan ada masalah. Dan kakitangan bercakap- cakap sesama mereka. Dan dia mendengar. Ini menjadi dia kelam kabut.

Anak saya ni dia lupa. Itu lah pengurusan . Bergelumang dengan masalah.
Kerja pengurusan selesaikan masalah.
Selesai masalah, ada pulangan.

Bila balik makan tengahari bersama kami sekeluarga hari pertama masuk office. Dia mula buat gelabah.

Anak-: Ayah ada apa petang hari ni?
Saya-: tak ada apa. Kenapa?
Anak-: nak kena mesyuarat petang ni.
         Macam2 masalah. Banyak sangat.!!!



Saya- : ok. Kamu susun tiap2 titik masalah
          ikut ketagori deparment kerja. HR,
         Kewangan, Marketing, Stok/database.
         Siap tu. Kamu minta semua deparment komen dan cadang tindakan mereka pada tiap masalah. Lepas tu Kita jumpa dalam meting.

Selepas itu, saya pun berlalu pergi berjumpa Cina2 baru Islam saya. Bincang pasal aktiviti seterusnya.

Esok bila saya jumpa anak saya yang gelabah lebih tu. Saya tanya pasal masalah semalam.

Ok ayah.! Kita jumpa minggu depan lah. bila kami siap semua laporan dan tindakan.!! Jawab anak saya Manager HR dan Marketing.

Aiii...Masalah sudah selesai sebelum ayah masuk mesyuarat??

Kamu tau? Semua pengurusan ayah guna teknik Strategic Thinking. Badan Dakwah ka. Politik dulu2 ka, dan business ni.

Tonjolkam masalah tu. Jangan sembunyikan.

Semua aktiviti ayah akan nampak, dan sentiasa tertonjol. ...Sambung saya menurunkan ilmu serapah buruk ini.

Mereka lupa. Saya seorang pendiri empayar perniagaan ini. Saya sudah duduk dalam masalah pengurusan ini secara solo dan team work hampir 30 tahun. Dah masak dengan problem.

'Krisis akan bawa momentum'. Seperti 'bunyi' dentuman guruh mengaum kuat yang bawa kilat tenaga cahaya.

Jika kita tak faham. Kita kata kilat yang mula dulu. Sebab kilat nampak dulu sebelum guruh.....

Dalam pengurusan, buatkan kilat bagi nampak dulu.

DBM terus merempuh, memecah semua krisis  untuk terpancar laju......


Zolkifly Md Lazim
Presiden DBM Group.
September 2025.

Comments

Popular posts from this blog

Meniaga Jatuh. Apa Nak Buat?

Menulis Angan- Angan.

Kita perlu pada Dia