Naik Bas Cara Berhenti Rokok

Kisah aku naik bas loncat2 pusing Malaysia untuk berhenti rokok.

Amalan hisap rokok sudah lumrah dalam dunia ni. Tua sejarah rokok ini lebih lama melepasi zaman Nabi Muhammad, sebab itu ada Fatwa hukum merokok sejak Nabi Muhammad SAW.

 Perokok juga terdiri dari semua jantina, bangsa, agama, jawatan dan dikalangan miskin kaya.

Rasa Dewasa Bila Merokok.

Perbincangan tabiat merokok dikalangan remaja  selalu kita dengar di semua media atau di Balai Lintang Masjid, kedai kopi dan ibu2 membawang.

Sejak umur berapa manusia mula merokok?
 
 Saya pernah ke pendalaman Semenanjung Malaysia di Kuala Kerai, Baling, Grik, dan beberapa perkampungan di Sabah dan Sarawak. Di sana saya pernah jumpa kanak berusia 7 tahun sudah merokok.

Kanak2 ini merokok sebab galakan waris. Ibu dan bapa dia akan ketawa, menjadi bahan jenaka, bila melihat anak dia sedut dan lepaskan asap rokok. Ibu dan Bapa sambil gelak ketawa, berkata. Macam orang tua2 dia ni, merujuk kepada kebanggan waris, anak akan dewasa. Berkata dalam bahasa asli mereka. 

Sama juga di Kg Melayu, semasa kenduri perkahwinan. Malam sebelum kenduri, kebiasaan ramai² mereka berhimpun di rumah kenduri. Ada waris akan ketawa melihat anak kecil sedut dan hembus asap rokok. Amboi, macam orang tua2 hisap rokok. Kata2 sama akan keluar dari orang dewasa.

Merokok Zaman Sekolah
Pengalaman semasa belajar sekolah rendah juga memilih sebab utama merokok ialah. Ikut orang dewasa. 

Dia akan berpakat dengan rakan sebaya atau lebih 1 tahun umur dwngan diri dia, untuk membeli rokok di kedai dimana orang dewasa yang dia kenali, seperti Abang atau bapa pernah beli rokok. 

Biasanya ibu, bapa dan abang bawa anak2 sejak dalam raga motor sehingga anak besar mumayis semasa mereka ke kedai  beli rokok. 

Anak rasa sudah jadi dewasa dengan cara dia mampu beli rokok di kedai Bapa dan abang dia beli rokok.

Kalau bapa dan abang tak merokok, susah tabiat ini turun ke anak. 

Tetapi jika berlaku juga. Sebab anak ini berkawan dengan perokok dari orang yang lebih dewasa dari anak ini, dan orang yang lebih dewasa itu menjadi idola terpencil di mata dia. Dia rasa kawan dia lebih dewasa, lebih berani dan lebih hero(ikut sukatan dia) dia juga nak dipanggil 'dewasa'.

Bagi pelajar menegah. Tabiat merokok lebih mudah berjangkit. Ini sikap keremajaan/ menuju kematangan/ baligh( Teenage Syndrome). 

Zaman Teenage ini, apa saja perkara peraturan atau disiplin akan dirasai bertentangan dengan naluri dia. Ini zaman memberontak. Melawan suruhan ibu atau bapa dan guru. 

Dia akan mencuba semua yang mencabar. Naik motor laju, tidak terlintas dalam fikiran akan bahaya yang bakal menimpa. Apa perasaan keluarga sekiranya cedera atau mati. Kalau bawa kereta tak kira papan tanda. Semua diabaikan.

Arahan disiplin cikgu akan cuba dilawan sama ada secara terang atau sembunyi.

Masa sekolah menengah, saya dan kawan2 dari kelas sama tingkatan. Kami amat faham arahan  disiplin pakaian dan cara kemas diri. Kasut putih bersih, mesti pakai stokin putih, baju ke dalam, butang baju tidak buka dada, rambut tidak tendang telinga dan tidak mencecah tengkok.

Apa yang kami remaja buat. 

Rambut di minyakkan supaya rapat, tak nampak panjang. (Masa tu tak ada cream getsby, WAX untuk keraskan rambut).

 Secara sengaja putuskan butang baju di dada. Jika cikgu tangkap, jawapan ialah, butang putus. janji dada terbuka. Baru nampak macam hero dan dewasa. 

Baju yang masuk ke dalam, akan di tarik keluar supaya melebeh keluar, tetapi tidak lepas semua keluar. 

Stokin akan di kongsi bersama kawan yang pakai sepasang. Kami guna stokin sebelah kaki saja. Dalam perbarisan awal pagi, kami akan labuhkan sebelah seluar dan pendek sebelah. Supaya nampak pakai stokin oleh cikgu yang ada di depan. Semua ini bertujuan nak menentang peraturan dan disiplin. Ini sebahagian sikap remaja.

Hisap rokok adalah perbuatan menentang disiplin. Supaya dilihat dewasa seperti orang di luar pagar sekolah. 'Tak hisap rokok, tak smart la woii'.

Usaha berhenti rokok.
Bila umur meningkat lepas 40.  Ramai perokok berusaha untuk berhenti merokok.  Mereka akan dilakukan dengan berbagai cara untuk buang tabiat merokok. Banyak yang gagal, walaupun sudah berusaha beberapa kali. Kulum gula2, makan ubat dan berbagai lagi cara.

Cara saya berhenti rokok.
Semasa zaman sekolah menengah, secara sembunyi, saya suka membaca biografi orang2 berjaya di dunia.

Umur 15 bermula saya bercampur dengan orang lebih dewasa dari saya, mereka hisap rokok dan ada yang hisap ganja. Saya ikut mereka, hujung minggu naik bas ke Georgetown. Berjalan di kedai makan, bermain billiard dan snooker. Dengan rokok Gudang Garam yang meletit bara api semasa sedut, sehingga berlubang baju, sebab mangsa bara api rokok. Bau yang tengit Bunga Cengkeh dalam rokok. Kadang kala rasa pening dan loya dengan bau dan asap tadi apabila berkumpul dalam bangunan tertutup.

 Rokok di mulut, Kayu billiard di tangan menanti giliran untuk tojoh bola di meja. Wow... dewasanya aku.

Kalau ada perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, kami akan ke sana, tengok perlawanan bola dulu. Selepas bola,  sambung enjoy. Dan bila lewat malam, kami berpindah ke Night Club yang biasanya Mak Cik Ronggeng tua melayan pengunjung 

Oleh kerana kebijaksanaan saya mencari wang saku yang mudah. Saya mampu membeli lebih 2 kotak rokok setiap hari untuk kegunaan sediri dan boleh jiga kongsi dengan kawan2.

Pergaulan dan persekitaran cara hidup pelik ini membuatkan dalam diri saya satu pemberontakan membuak-buak untuk keluar dari kepompong hidup kepura-puraan dewasa ini.

Masa kawan saya asyik di meja billiard, saya curi keluar ke lorong buku second hand di pondok2 kecil kaki 5 Macalister Road. Di sana saya membeli buku2 murah biografy, perihal orang2 berjaya di seluruh dunia. 

Pemilik Clark,  pengeluar adidas, sejarah kereta mercedes bergabung dengan Benz menjadi Mercedes - Benz.

Fatima, pengeluar inai pewarna kuku dan rambut dari India.  pemilik pewarna rambut dan jamu Fatimah dari India yang menguasai pasaran dunia mencanai, menggiling dan menumbuk bahan menggunakan kaedah tradisional, dan dengan jumlah tenaga kerja yang ramai.

Halim Mazmin Bhd, bilionair dalam perkapalan.
Pencipta mainan lego. Kisah pengembaraan dunia dalam 80 hari. Dan ramai lagi.

Setiap minggu, 2 buah buku yang di beli. Saya sembunyi buku2 dalam bag rugged saya bertutup dengan baju T yang sentiasa dibawa untuk salin.  Ini sebab saya malu jika kawan tahu saya membaca. Pembacaan ini membakar lebih kuat semangat memberantak saya terhadap kehidupan dewasa sia2 hanya melanggar disiplin.

Untuk saya lari keluar dari kepompong yang membungkus kehidupan saya. Satu hari saya buat keputusan keluar rumah dengan sebuah bag kain nipis yang berisi sehelai Baju T dan 1 seluar jeans. 

Saya naik bas loncat2 merentasi bandar kecil dari Pulau Betong ke Jety. Saya naik Feri ke stesyen Bas Butterworth.
Dari pengkalan Sulatan Abdul Halim Butterworth, saya naik bas singgah bandar2 kecil. Tukar2 bas sehingga ke ke Johor.

Sekotak kecil rokok Benson&Hedges 6 batang dalam kotak kaedah sorong berwarna emas menjadi rokok terakhir dalam hidup saya. 

Tanpa kawan untuk saya team up merokok. dah tak ada suasana pendorong untuk saya cari rokok. Saya membawa diri mencari sesuatu yang baharu.

Bebas dan Berjaya
 Dengan kerana saya berhenti rokok. Secara tidak sedar, saya sudah membebaskan diri saya dari bergantung kepada sesuatu.  Bergantung kepada sesiapa

Dan pada masa itu, saya benar2 bebas melihat dunia yang bergerak laju, mereka yang berdikari dan berjaya menjadi pengusaha. Mereka yang bergaya,  pegawai bertali leher bergerak ke pejabat di bandar2 yang saya lalu.

Dalam perjalanan balik melalui Pantai Timur.
Bas saya melalui depan Masjid Rusila Terengganu. Saya lihat ramai orang berhimpun dengan fesyen pakaian tidak sama seperti orang berkumpul di Pulau Pinang. Berjubah, kopiah dan serban. 

Tiba2 ada seorang berjubah dan berseban warna hitam naik atas bas dan merampas kamera  seorang lelaki yang sedang mengambil gambar perhimpunan itu dari atas bas. 

Kamera itu dibuka dan di tarik keluar film KODAK, bertujuan merosakkan gambar2 yang diambil tadi.

 'Jangan ambil gambar di sini'. Suara garang memberi amaran.

Kesempatan Bas berhenti akibat insiden tadi,  saya turun dan mengikuti perhimpunan itu.
Itulah yang dinamakan 
 MUKTAMAR PAS.

Aku bebas rokok sehingga hari ini.
Terima kasih kepada emak aku yang selalu doakan aku suoaya dalam keadaan baik dan dilindungi Allah. 

Doa ibu adalah kalimah keramat.
Semasa saya berjalan di gerai2 jualan, saya kenal penjual kaset ceramah dan poster itu berasal dari Balik Pulau. Saya menumpang van mereka ke Kuala lumpur.
Sejak tarikh keluar rumah itu, saya tidak minat rokok. Saya tidak rasa rendah diri jika tidak hisap rokok. Malah, saya rasa bebas.
Nak berhenti rokok.. cuba cara saya!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing