Rumah Guru

 Ini rumah Guru. Tahun 2023


Guru menjadi manusia yang melahirkan semua bidang kejayaan hidup manusia di dunia ini.

 Dalam menjayakan anak murid.  Guru tidak mengutamakan kemewahan hidup sendiri. Asalkan dia ada sekadar rumah tempat tinggal, makan minum mengenyang dia dan keluarga, dan kenderaan yang condition ok  untuk dia bergerak.

Guru. Sejak dia mula bertugas. Guru akan mengajar anak murid dalam bilik darjah supaya faham dan lulus peperiksaan.

Guru.  Matlamat hari2 dia. Mengajar dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia mengajar dengan bersungguh-sungguh untuk melihat anak murid faham dan berjaya membalas semua soalan yang dikemuka kepada kamu . 

Apa warna kulit anak murid dia tak kisah. guri hanya ada satu citi-cita, mesti jadikan anak murid faham, dan sebagai bukti faham. dengan setiap anak murid dia ajar, mereka berjaya menjawab apa saja soalan dan lulus peperiksaan.

Kepuasan.

Satu hari, bila guru di sapa anak murid yang sudah dewasa.. Dia rasa bangga dan lega serta rasa pusa hati. Hilang rasa penat, hilang rasa letih kerana geram kepada anak murid yang susah faham.

Anak murid menegur sapa pada guru. Bila di tanya guru. Buat apa sekarang?

Saya kerja kilang, saya pemandu, saya nelayan kelaut. Saya Jurutera. Saya Lawyer. Saya akauntan. 

Tinggal di mana. Anak berapa?

Jawapan yang guru dengar dari anak murid semuanya membuat guru rasa puas, dan bangga sebab dia berjaya. Berjaya bekerja dan berjaya membina keluarga sendiri walau apa bidang kerja.

Ada bidang kerjaya yang popular dan diketahui umum. Cikgu tak perlu tanya. Apa kerja kamu?.

Pemain Badminton, pemain kreket, pemain bola sepak negara  YB dan Menteri.


Bila mereka sapakan guru di jalanan. Hati dan perasaan guru kembang lebih tinggi dari kedudukan anak murid yang berjaya tadi. Kerana dia yang mengajar supaya anak murid  faham dan bertindak balas baik kepada persoalan yang di timbulkan. 

Guru ajar Geografi tak pernah sampai tempat diajar. Anak murid sudah sampai ke lokasi ilmu.  ada bercuti dan ada berurusan kerja.

Guru ajar ilmu kira2. Anak murid sudah miliki lebih angka dari jumlah yang guru ajar dulu.

Guru mengajar jana kuasa dan tenaga. Anak murid bekerja dalam aircond, kenderaan  aircond. Pentas kerja mereka semua berhawa dingin. Sekarang guru masih dalam bilik darjah panas buka tingkap dan pasang kipas

Guru tidak pernah meminta balas balik apa yang dia beri pada anak murid. Walau dia tahu mereka berjaya, sehingga anak murid jauh lebih besar berpendapatan, lebih besar rumah. Lebih selesa hidup dari guru.

Bukan Guru Ajar.

Guru tidak pernah ajar anak murid menipu. Malah jika anak murid menipu.  dia akan ajar secara lembut atau keras supaya anak murid jangan menipu.

Kenapa bila berjanji dan kita masih menipu. Guru tak ajar kita.

Guru tidak ajar anak murid mencuri. Malah sekiranya anak murid mencuri, guru akan mengajar dengan lisan dan hukuman. Guru ajar supaya anak murid balik ke pangkal jalan.

Kenapa ada kamu pencuri?

Guru tidak ajar anak murid supaya bayar wang tepi jika nak pandai, nak lulus. Malah dia akan ajar dan hukum supaya anak murid membuli serta ambil wang secara paksa pada anak murid lain.

Kenapa ada kamu makan rasuah?

  • Guru masih tinggal di rumah guru.
  • Ramai anak-anak murid tinggal di rumah banglo
Jika kamu akan/terlintas untuk melakukan kerja luar tabii luar dari norma keluhuran hidup seperti mencuri, rasuah, menipu, membunuh, kianat. Masa terlintas difikiran itu. bersungguh sungguh cuba ingat guru kamu! Pergi melawat rumah guru kamu! 

Dia guru, telah korban seluruh masa dan hidup mendidik kamu. Apa baik dan apa buruk.

Jika kamu lakukan juga kerja luar  tabii ilmu dan amal.  Ingatlah. Kesesatan kamu itu bukan guru kamu ajar. Malah dia sudah berusaha memulih kamu semasa kamu lakukan kesalahan sebelum ini.

Semoga Allah kurniakan guru dengan sebaik kurnia.



Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing