OPR. Bukan tie. kuliah Sri Perdana.
Menaikan dan menjayakan Islam, bukan hanya dengan cakap bahasa puitis dan kuliah. Tetapi mesti perlaksanaan dan rancangan jelas kesan dirasai khalayak.
OPR ini, amalan mengubah janji selepas dapat pelanggan.
Sama seperti PM10 ubah janji2 pada pengundi semasa kempen PRU15 selepas dapat kerajaan.
Usaha mertabat Islam ialah, kebaikan untuk semua, meneguhkan amalan kewangan dan penguasaan Islam dalam hukum dan semua amalan.
Menerus dan menurut amalan OPR Amarika dan lain2 sekutu mereka, dengan menaikan kadar riba dan bunga dalam amalan kewangan negara, bakal membunuh kebaikan dan keadilan kehidupan sesama manusia dalam amalan ekonomi dan sejahtera rakyat. Dan membawa politik perhambaan berterusan kepada pemodal dan menekan kehidupan rakyat.
Kita melihat PM10 pegang menteri kewangan memilih isu2 populis seperti.
Buat Kuliah Agama di Seri Perdana. Buang Tali Leher. Bercakap istilah asing dan dengung arab.
Menaikan nama sebagai Islam Populis ini tidak akan membantu umat hidup dalam negara Baldatun Tayibatun waradhun Ghafur yang disebut dalam retorik PM10. Melalui semua media.
Pak turut kepada dasar OPR Amerika ini akan memberi kesan utama kepada kami usahawan, rakyat bawahan pembeli rumah untuk didiami, pengguna yang terpaksa membayar lebih dari janji awal.
Kesan rakyat rasai sekarang, harga barang terus memanjat tinggi dan keluaran hasil makanan terus merudum akibat kos meningkat dan pendapqtan rakyat terpaksa dibelanja lebih untuk binga belian rumah dan kereta teeus meningkat.
Banyak kaedah lain lebih adil dalam mencari pendekatan amalan bermuamalat. Selain menjadi pak turut dan talibarut USA
Zaman 80an Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan surau di semua pejabat dan tempat kerja. Ini bagi meningkat amalan beragama, memberi masa lebih di tempat kerja dan mengurang kos kepada kakitangan bekerja kerana bergerak jauh untuk solat.
Meningkat daya kerja kerana mengurangkan curi tulang atas alasan nak ke Masjid untuk solat walaupun sudah keluar rehat tengahari 1 jam
Memperkenalkan Bank Islam sebagai instrumen ekonomi baru yang mampu memacu pertumbuhan tersendiri dalam ekonomi Malaysia dan memjadikan Malaysia berpengaruh di dunia perbangkan ISLAM.
Jangan jadi seperti di Indonesia. Selepas PM10 berucap berapi dan bermadah menghina penganut Islam dan pejuang Melayu. Bila tiba soalan minta gabung matawang Rupiah dan Ringgit. PM tersipu sipu tak mampu jawab.
PM sebelum ini telah membentuk beberapa gagasan bersama negara Islam dalam pasukan ekonomi baru dunia bagi meningkat dagangan sesama dan berkongsi seperti G8 dan seumpama.
YAB Tun Razak, walaupun tidak pandai berceramah indah. Tetapi buat rancangan buku hijau, dan telah menjadikan Felda sebagai instrument pertumbuhan ekononi individu, domestik dan antarabangasa. Membaiki sosial rakyat melepasi abad dan zaman.
YAB Tengku Abdul Rahman bercakap meleret dengan bahasa pekat Kedah. Tetapi dia menjadikan OIC dan Musabaqah Al -Quran sebagai penarik kepada dunia Islam berpusat di Malaysia.
Memacu pertumbuhan negara dan ekonomi bukan berceramah sehingga meleleh air telinga pendengar. Menghina rakyat dan memfitnah negarawan. Tetapi mesti ada pembaharuan rancangan besar. Idea lebar selangkah kehadapan meninggal negara2 dunia besar.
Apa jadi sekarang.
Pendekatan menukar janji PRU, seperti OPR menukar harga bunga pinjaman semasa perjanjian awal. ini semua t
elah menekan dan membunuh perniagaan tulus. Menghukum pengguna dengan harga lipat.
Comments