George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Sekolah St.George ini suntik cita2 aku
Juara di gelanggang Lawan.
Syahadah George @ Panglima Rom. Gregorius Theodore atau di kenali sebagai George oleh bangsa Inggeris moden disaksi Khalid Al Walid dalam berlawan pedang 1 lwn 1.  perang Yarmuk.

Kisah yang mengheret aku, sejak dari bangku Sekolah St George Balik Pulau. Sekolah milik gereja. dan gran tanah sekolah ini tersimpan di Vetican City. Tempat ini mengheret supaya aku bercita-cita memburu syahadah lawan dan kawan.

Rakaman pahlawan terbilang Komander Rom. George ialah Panglima utama Maharaja Heraclius. Berbadan sasa dan. Dia miliki rekod tanpa kalah.

George  yang mencabar Khalid Al Walid.
1 lawan 1.
Dengan harapan untuk membunuh Khalid Saifullah@Pedang Allah, depan tentera Islam yang 1/5 dari tentera Byzantine Rome. dan meranap semangat tentera Islam di Yarmuk.

Belum sempat penghujung lawan. Dia. Panglima George  telah melafaz syahadah, rukun pertama masuk Islam, apabila diseru oleh Khlalid Al Walid. dan Allah menerima Iman  George dengan  syahid pada hari dia lafaz syahadah.

1. Semasa dailog cabar mencabar. George minta supaya Khalid pulang bawa tenterq. Dia akan bayar gaji dan imbuhan tahunan. Khalid menjawab. Aku dapat khabar  darah orang Rome enak. Aku dahaga.

2. Semasa pedang George patah dan Khalid benarkan George ganti pedang sebelum sambung berlawan.
. Grorge bertanya. Jika kamu orang beriman. Jawab dengan benar. Kerana orang beriman tidak menipu.

George : Siapa yang beri dan Kenapa kamu digelar Pedang Allah?

Khalid : Dulu aku membenci dia dan aku adalah orang paling kuat memerangi Muhammad SAW. 
Setelah aku beriman kepada Allah. Muhammad memanggil nama aku Saifullah/Pedang Allah.

George: kenapa kau datang dan perangi aku.?

Khalid : Aku datang mengajak kamu beriman kepada Allah..

George : jika aku tolak seruan kamu?

Khalid  : Kamu mesti bayar Jizyah/cukai.

George  :  sekiranya aku tolak bayar cukai?

Khalid:  Aku lah Saifullah, akan perangi kamu sehingga kamu menerima Allah dan Muhammad Rasulullah.  Secara hidup atau kamu mati mengadap Allah di kubur

20 Ogos 636. Waktu pagi. Hari ke 6 perang Yarmuk. Selepas beriman, George berperang atas kalimah Syahadah dan megalahkan tentera sendiri, Rome Byzantine. Dia berjaya menang perang Yarmuk dan melenyapkan kuasa Rome di Arab, Meditranian dan Afrika.
dan hadiah kemenangan, dia mendapat syahid.

Semasa aku berdiri di Roman Teater. Atas bukit negara Jordon, 15 tahun dulu. Aku dapat melihat Yarmuk dan Tasek Tobari@Laut Galilee.. Tasek yang Nabi SAW kata.
Indicator tanda akhirnya. Kiamat.
Tasek ini kering.

وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ

Maksudnya: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.” [Riwayat Muslim (2937)    


Tempat kaki aku pijak masa ini telah membawa aku lebih dekat duduk dengan lokasi Khalid Al Walid membimbing Syahadah George.
Membantu wuduk George, dan
mengajar solat sunat 2 rakaat George.

Iman Chee dan Adam Oh saudara baru Islam ikut sama.

Aku telah cuba menurut Khalid Al Walid. Setiap yang aku bantu syahadah.
Aku ajarkan Al-Fatihah dan Tahiyat.
Aku ajak solat bersama buat pertama kali.
Dan selepas itu, aku serahkan mereka dengan Al-Muhaimin. Allah Maha Pelindung dan melindungi.

Kehebatan Khalid Al Walid mengislamkan lawan semasa tempur, sedang berdesing bunyi pedang bertemu pedang. Sangat meransang hidup aku.

Suasana ini sering mencengkam rasa dan jiwa aku yang rasa kurang, dan memberontak nak lebih.

Satu kaki aku di Tangga Ayam Roman Teater ini dan satu kaki dilantai teater. telah memerah jantung hati aku. Aku dipaksa lekas kembali ke tanah air sendiri. Melaksanakan tanggungjawab yang aku pinta.

Aku berdoa tanpa angkat tangan. Sebab malu kalau2 kawan sekeliling. mereka tahu angan2 aku. Aku yang bukan ada kelayakan dan sehebat mereka.
Sebab mereka yang bersama hari ini terdiri dari  Profesor, mereka ada PHD dan mereka pelajar Master di Universiti Syariah negara Jordon.

Ya Allah. Aku bukan Khalid Al Walid.
Ya Allah. Aku bukan alim.
Ya Allah. Aku tak petah berkata.
Ya Allah. Bagi pada aku kelebihan ini.
Aku bersumpah sedang kaki aku pijak bumi ini bersaksikan Laut Galilee dan Yarmuk. Aku sanggup pikul apa beban mendatang.
Gantilah anugerah kemewahan aku dengan keberanian mengajak syahadah mereka.
Gantilah anugerah lebih masa aku, dengan aku Kau tempatkan di gelanggan lawan dan lidah aku mudah bicara.

Aku pulang ke Malysia.
Menghimbau kenangan silam.

Sejak aku 7 tahun.  bermula pagi aku dihadapan gereja Balik Pulau.
Isnin sehingga Jumaat.
Sehingga aku 17 tahun.

Walau khalifah sudah ranap. Tapi.
Arwah Ibu aku selalu dendangkan kisah kebangkitan Othmaniah.
Siang jadi malam, dik asap meriam tentera Othmaniah menutup langit,.  dan malam jadi siang kerana api meriam dan kebakaran gempur tentera Othmaniah.
Diulang2 oleh Arwah sejak semasa aku kecil.

Sebab dendangan Ibu bertali arus ini. Secara diam2 sejjak umur belasan . Aku akan masuk semua Kampung bukan Islam di Daerah ini. Tapi aku buntu. Aku tercari cari cara.


Tapi bila aku dewasa. aku melihat Khalid, aku mendengar Khalid.  Aku nampak cahaya kilau pedang Khalid membebaskan nyawa manusia.

Allah perkenan doa aku lebih laju dari laju pesawat besar. 

Balik ke Malaysia.
Aku mula memikul tong speker sebesar bag perjalanan masuk dalam pesawat dan berkuasa bateri.
Setiap Sabtu. berdiri di Pasar Ikan Taman Sardun Gelugor bersama mualaf2. Berkongsi titik mula iman(turning point) mereka.


Semoga Allah sentiasa perkenan cita2 ini sehingga pejam mata terakhir aku. 
Jangan lagi aku lalai. Jangan aku cuai. 

Rome Teater di Jordon .
Doa aku di tapak lawan. Ikut langkah Khalid




 

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing