Biduk Berlalu Kiambang Bertaut
Masa pagi aku masuk pejabat, terpandang buku Napoleon Hill yang tebal sejengkal atas meja aku yang belum habis aku baca . Selepas aku baca beberapa helai aku terhasud dengan kata kata ini. "WINNERS NEVER QUIT AND QUITTERS NEVER WIN" Vince Lombardi. Malam pula , Tazkirah Zainulfaqar berkenaan keputusan PRU13, dengan memetik, Al Maedah ayat 55, sehingga terlupa aku jadi tetamu istimewa Bayan Lepas pada masa ini, apabila 100 orang anak muda nak meraikan perjalanan aku ke luar negara, bermula 20hb May sehingga 1 Jun . Ini semua kerana sebelum itu aku sembang sembang dengan mereka anak muda di port mereka , Pasar Malam Bayan Lepas. Aku ceritakan tentang kelebihan berjalan yang ditekankan dalam surah Al-Haj . Mereka berasa teruja dan nak tumpang sama meraikan. Mana tau kalau kalau kami ada peluang kesana juga Abang Zol! Kata salah seorang dari mereka. Aku ceritakan kepada anak muda ini tentang perjalanan aku membawa semua keluarga bersama, bagi menghayati sejarah; ...