Biduk Berlalu Kiambang Bertaut
Masa pagi aku masuk pejabat, terpandang buku Napoleon Hill yang tebal sejengkal atas meja aku yang belum habis aku baca . Selepas aku baca beberapa helai aku terhasud dengan kata kata ini.
"WINNERS NEVER QUIT AND QUITTERS NEVER WIN"
Vince Lombardi.
Malam pula , Tazkirah Zainulfaqar berkenaan keputusan PRU13, dengan memetik, Al Maedah ayat 55, sehingga terlupa aku jadi tetamu istimewa Bayan Lepas pada masa ini, apabila 100 orang anak muda nak meraikan perjalanan aku ke luar negara, bermula 20hb May sehingga 1 Jun . Ini semua kerana sebelum itu aku sembang sembang dengan mereka anak muda di port mereka , Pasar Malam Bayan Lepas. Aku ceritakan tentang kelebihan berjalan yang ditekankan dalam surah Al-Haj . Mereka berasa teruja dan nak tumpang sama meraikan. Mana tau kalau kalau kami ada peluang kesana juga Abang Zol! Kata salah seorang dari mereka.
Aku ceritakan kepada anak muda ini tentang perjalanan aku membawa semua keluarga bersama, bagi menghayati sejarah;
1. Aku akan singgah Jordon untuk melawat Gua Kahfi, supaya anak anak aku tidak tinggalkan perjuangan kelak nanti, sebab perubahan pasti berlaku samada kita terlibat atau pun tidak..Kisah Pemuda Kahfi sebagai bukti.
2. Aku akan bawa mereka anak anak aku ini, melihat makam kemasyuran Ayub Al-Ansary yang terkorban semasa berusaha menawan Konstantinopel, walaupun 600 tahun selepas itu barulah Muhamad Fatih berjaya membuka Konstantinopel dan didaulatkan sebagai Islambul, kini bertukar nama kepada Istanbul. Semoga keturunan aku ketahui bahawa, pendukung perjuangan tetap menerima anugerah kemenangan sepanjang zaman, sehingga ke akhir dunia.
3. Aku akan teruskan perjalanan ini ke Mekah dan Madinah, supaya anak anak aku merasai berjalan diatas tumpahan peluh dan darah mereka yang bersama Rasululah semasa menyemai benih Iman dan Islam yang menjadi tunjang kemualiaan manusia, walau apa bangsa dan ras mereka.
Ustaz Azahari sedang mengepalai Khalifah Yasin bersama AJK PAS Cawangan , JKKK, Bayan Lepas, Pemuda Club Go Green
Ikrar Ahli2 .Sangkarkan Mereka Yang Meliarkan Ukwah
Zainulfaqar sedang memberi tazkirah pilihanraya 13, dengan berjaya menarik minat anak muda mendengar kupasan Al Maedah ayat 55 yang menuntut supaya kita terus kehadapan.
2 orang Pengerusi JKKK menjadi tonggak Bayan Lepas
Mereka terus memberi sokongan padu
Sebahagian dari 100 orang hadirin bersilih ganti hadir majlis Ukwah Bayan Lepas
Comments